IKLAN BERBAYAR

Saturday, July 25, 2009

SI BADUT SARKAZ BERNAMA IBRAHIM ALI VS KUASA RAKYAT

PETIKAN KENYATAAN BADUT BERNAMA IBRAHIM ALI.

Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main. "Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mereka. Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.


Kata-kata Ibrahim Ali yang dipetik dari blogger BPN (pejuang Bangsa).


Hahahahahhahaha.....nampaknya badut ini berjaya membuatkan kita geli hati dan ketawa,badut ini memang hebat,hebat membuat lawak antarabangsa,tapi badut ini "bodoh sombong",badut ini selalu fikir yang dia tu hebat sangat dan ramai sangat pengikut. Badut ni sebenarnya tak habis-habis nak bodek CHIEF BADUT...ala yang bernama Najib Altantuya tu....

Al-maklumlah badut dari Pasir Mas ni kononnya nak jadi hero....
Rakyat sibuk nak sertai Himpunan Mansuhkan ISA...
Si badut ni pulak nak buat Himpunan Sokong ISA...bersama-sama pertubuhan badut-badut sarkaz lain yang diberi nama PEWARIS dan PERKASA.....
Dua2 pertubuhan badut ni tak ubah macam ayam daging dalam sangakar atas lori ayam...seronok jalan kehulu-kehilr beramai ramai,pusing2 bandar,kota,riuh gembira,tapi tak lama lepas round2,takde seekor pun yang terlepas,semuanya kojol kena sembelih dek tuan punya nya.....

Macam tu lah perumpamaan perkasa dan pewaris,tapi pada pandangan saya lah....kiranya benar perkasa dan pewaris anjurkan himpunan sokong ISA pada tarikh yang sama dengan himpunan mansuhkan ISA,1 Ogos 2009 ni,saya rasa lah,bilangan ayam atas lori ayam yang duk round tu lagi banyak berbanding bilangan badut-badut yang akan sertai himpunan sokong ISA....dan badut-badut sarkaz ini pasti akan lari lintang pukang macam ayam berak kapur bila melihat gelombang ketibaan "kuasa rakyat" yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA.....

Oleh itu.....marilah kita ramai-ramai sahut cabaran Ibrahim Ali ni.....kita tunjuk pada dia yang dia tu benar-benar BADUT SARKAZ UMNO dan kita tunjuk pada dia yang kita ini adalah para pejuangan keamanan rakyat,para pejuang Islam yang menentang keras segala kezaliman dan para pejuang yang tak pernah takut berdepan dengan sesiapapun apatah lagi setakat berdepan dengan badut-badut....kita hanya takutkan Allah Rabbul Izzah....

Wahai "berahim ali"....mu bawaklah badut ramai-ramai ye.......

Kita tunggu dan lihat je lah.......

Ingat....mu jangan main kasar....mu tu badut je.....he he he hehe....eh eh...lupa....katak kalau menyibuk celah-celah lautan manusia......lagi mudah mati katak......mati kena pijak.....he he he......katak oh katak......janganlah nak jadi hero.....geli aku dengan katak ni....

Hah.....kepada PEMUDA PAS Taman TAS....jom kita gi ramai-ramai.....jangan lupa...kumpul di PASTI Al-Huda jam 8 a.m..........pakai baju hitam/merah....jangan pakai baju putih tau....sebab pada hari tu....badut-badut PEWARIS dan PERKASA nak pakai baju putih.....agaknya ISA ni suci sangat...sesuci "lubang hidung katak".....ha ha ha,geli hati aku....

betapa bodohnya badut badut yang menyokong ISA....dah jelas zalim dan durjana...menyeksa rakyat....tapi badut-badut ni boleh sokong.....piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrah......

sah badut dapat gaji....ha ha ha ha.....entahlah....
badut-badut yang akan diketuai katak....

Friday, July 24, 2009

MENGAPA UNDI PAS MEROSOT DI MANEK URAI???

"Menang walaupun satu undi, tetap menang," itulah kata-kata keramat Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu jadi Perdana Menteri. Jawapan yang diberi apabila BN mengalami kemerosotan undi dalam pilihan raya kecil. Demokrasi memang begitu. Tiada beza antara menang dengan majoriti 10,000 undi atau dengan satu undi, sebab hanya seorang calon yang menang berhak jadi YB.

Angkatan Perpaduan Ummah menang semua kerusi Dun pada pilihanraya umum 1990 di Kelantan. Manakala dalam pilihan raya umum 2004, PAS hanya lebih dua kerusi Dun dengan satu kerusi daripadanya hanya menang majoriti dua undi.

Dalam kedua-dua pilihan raya tersebut PAS yang berjaya bentuk kerajaan dan Menteri Besarnya tetap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tiada beza apa-apa.

Peliknya di Manek Urai, yang menang PAS tapi yang seronok lebih BN. BN terasa 'menang' kerana berjaya kurangkan majoriti kemenangan PAS tahun 2008 dengan banyaknya. Siang malam pagi petang pukul canang dalam semua media propaganda mereka kononnya sokongan rakyat untuk BN sudah pulih.

Itu baru berjaya kurangkan majoriti, sudah takbur seantero alam. Kalau ditakdir BN menang di Manek Urai, bayangkan berapa bulan pula mereka nak pukul canang untuk ceritakan kepada dunia bahawa BN sudah kuat dan diterima rakyat.

Belum ada kaji selidik yang tepat berhubung sebab musabab mengapa undi majoriti PAS merosot. Semua penganalisis politik mengulas berasaskan persepsi masing-masing. Semuanya andaian belaka.

Jawapan yang paling tepat terletak di minda pengundi, mengapa peralihan terhadap BN berlaku dengan besar, hampir-hampir memenangkan BN.

Secara persepsi juga, saya cenderung untuk menerima pendapat Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin PAS bahawa 'rasuah' yang ditawarkan BN sukar untuk ditolak oleh para pengundi. Janji pembinaan jambatan, bandar agro politan Manek Urai dan menjadikannya kawasan industri baru tentu menjadi pakej duniawi yang boleh mengabui mata.

BN bijak memainkan perang saraf, "Elehh terima jelah semua pakej pembangunan tu, paling lama BN pegang tiga tahun, kerajaan PAS tak tumbang pun tapi pembangunan untuk rakyat Manek Urai melimpah ruah, lepas tiga tahun pembangunan dah dapat kita beri balik dekat PAS, ini baru bijak berpolitik namanya." Memang power ayat tu! Ramai yang cair.

Dikhabarkan PAS Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap pakej 'rasuah' yang ditawarkan. Memang ada asas laporan tersebut kerana Muhyidin bercakap mewakili kerajaan Pusat yang telahpun wujud.

Khazanah kekayaan

Mereka memegang khazanah kekayaan negara dari duit cukai yang dikutip dari rakyat jelata. Ia berbeza dengan janji manifesto pilihan raya, di mana bakal kerajaan belum diketahui.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak menyiasat dari aspek undang-undang sama ada terdapat unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa atau ugutan di situ. Tapi nak mengharapkan SPRM menyiasat pemimpin BN pun satu masalah juga. Sama macam suruh Amerika Syarikat siasat kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebenarnya dalam sejarah pilihan raya kecil di Kelantan, Manek Urai bukan pengalaman pertama di mana kemerosotan undi PAS berlaku. Dalam pilihan raya kecil Semarak, kerusi PAS berpindah tangan kepada BN. Begitu juga di Pengkalan Pasir, kerusi PAS berpindah ke BN.

"PAS Kelantan mempunyai jentera pilihanraya yang sangat mantap sehingga bantuan dari luar semacam tak dihargai sangat,� ulas seorang veteran pilihan raya dari Kedah mengulas mengenai keputusan di Manek Urai.

Saya berhujah bahawa Kelantan mempunyai sosio budaya yang unik. Mereka bukan tidak menghargai bantuan PAS dari luar, tapi khuatir jika tersilap perhitungan maka undi PAS akan lari. Sebab itu dalam mana-mana pilihan raya pun di Kelantan, jentera mereka yang mengatur program dan tenaga luar cuma membantu. Tidak boleh orang luar pandai-pandai mengatur program sendiri.

"Masalahnya dari pilihan raya kecil Dun Semarak dulu pun, kita pergi nak membantu tapi akhirnya cuma makan tidur dan melancong saja. Kita nak buat apa pun 'tak dibenarkan', sedangkan mereka sendiri pun tak mengatur program hingga ke tahap maksimum; pemantauan hati ke hati terhadap pemilih secara harian, pengedaran perang saraf gerak saraf pintu ke pintu secara harian, program-program memasyarakatkan PAS dalam pelbagai bentuk secara agresif seperti yang kita buat di Kedah setiap kali pilihan raya tidak berlaku di sini, mereka macam tak tahu nak buat kerja mengubah kecenderungan pengundi selain dari ceramah," ujarnya.

Seorang lagi sahabat begitu bersemangat ke Manek Urai dengan skuad yang terdiri dari pakar komputer, pakar perang saraf dan 'pakar' ziarah khusus. "Sampai sini kami hanya diberi tugas mengawal keselamatan dalam kampung," ceritanya sambil ketawa berdekah-dekah.

"Di Kedah kita tak pernah hadkan jentera luar yang nak datang membantu, kalau tenaga berlebihan kita beri Surah Yasin suruh mereka bermunajat siang malam. Kita tahu yang datang membantu adalah pakar-pakar pilihan raya peringkat negeri masing-masing, pastinya jauh lebih baik dari tenaga unit peti undi tempatan, jadi tak perlu sekat kebebasan mereka mengatur program, kita tak boleh bersikap 'bodoh sombong'," luah hatinya.

Saya berhujah dengannya, lain padang lain belalang. Mana boleh samakan cara bekerja di Kelantan dan Kedah. Memang betul PAS alami kemerosotan di Semarak, Pengkalan Pasir dan Manek Urai. Tapi kalau mereka beri kebebasan sepenuhnya kepada jentera luar pun, boleh jadi kemerostan undi lebih teruk.

Tidak semua pilihan raya kecil undi PAS merosot. PAS pernah rampas kerusi BN di Pulai Chondong. Hanya ahli Madinah yang tahu hal ehwal Madinah dan ahli Makkah tahu sosio budaya Makkah.

Thursday, July 23, 2009

Matahari Menangisi Penderhakaan Penghuni Bumi Terhadap ALLAH



GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.


Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin._

Analisa Qur'anik; Zulaikha vs Yusuf dan kematian Teoh

Analisa Qur'anik; Zulaikha vs Yusuf dan kematian Teoh

"Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu." (Surah Yusuf: 25)

Nabi Yusuf a.s digilai isteri pembesar al-Aziz kerana ketampanannya. Suatu hari Yusuf diminta masuk ke kamarnya dan wanita itu menutup pintu lalu membujuk rayu dan menggoda Nabi Yusuf. Nabi Yusuf menolak pujukan itu lalu berdoa memohon perlindungan Allah s.w.t daripada godaan dan fitnah tersebut.

Nabi Yusuf berlari ke arah pintu, tapi isteri al-Aziz mengejarnya dari belakang. dipegangnya baju Nabi Yusuf, lalu baju itu ditarik sehingga terkoyak. Ketika itu juga, pintu terbuka dan al-Aziz ternampak gelagat mereka berdua.

Dengan pantas, wanita itu menfitnah bahawa Yusuf berlaku serong kepadanya dan menyuruh suaminya penjarakan Yusuf atau pun menghukumnya dengan hukuman berat.

Melihatkan fitnah yang terpalit ke atas dirinya, Yusuf tidak berdiam diri, malah pemuda tampan itu mempertahan maruah dengan menjelaskan kepada Al-Aziz bahawa isterinyalah yang cuba menggoda dirinya.

Pada ketika genting itulah seorang saksi tampil dan memberitahu agar diperiksa. Kalau baju Nabi Yusuf koyak bahagian depan maka itu adalah bukti isterinya berkata benar, jikalau baju Yusuf koyak di bahagian belakang, itu adalah bukti isterinya berdusta.

Apabila al-Aziz melihat baju Yusuf a.s koyak di bahagian belakang, dia menyedari akan tipu daya isterinya. Dia meminta Yusuf melupakan saja peristiwa itu, lalu disuruh isterinya bertaubat di atas kesalahannya.

Kisah tentang bagaimana Nabi Yusuf a.s ditimpa fitnah yang dilemparkan Zulaikha itu disebutkan lewat surah Yusuf, ayat 23 sehingga 29 sebagai yang disebut di bawah ini.

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf supaya berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf hal-hal yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.

"Dan mereka berdua berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya."

"Yusuf pula berkata: "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

"Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar."

"Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

"Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

Beberapa analisa penting tentang kematian Teoh

Filem James Bond: Quantum of Solace telah mengingatkan kita kepada salah satu jenis seksaan yang telah dikenakan ke atas perisik British itu, iaitu dengan cara mendudukkan beliau dalam keadaan berbogel di atas sebuah kerusi.

Sementara itu pihak musuh telah melubangi bahagian bawah kerusi itu dan melalui bahagian itulah punggung James Bond terdedah lalu musuh menyeksanya dengan cara melantunkan bola besi tajam ke bawah punggung melalui lubang kerusi yang terdedah itu.

Ini membuktikan bahawa, lazimnya pada kebanyakan kes pergelutan yang mengakibatkan mangsa yang tak bersalah mati atau teraniaya, tindakan mencederakan bahagian belakang tubuh manusia ini mungkin boleh disandarkan sebagai bukti.

Mendiang Teo Beng Hock mungkin lebih mudah menanggalkan seluar dengan zipnya di depan. Apakah ada kemungkinan pasukan penyiasat sudah gabra dan gelabah, takut rahsia terbongkar akibat berlaku penganiayaan ke atas si mati lalu cenderung menolak si mati ke bawah sebagai jalan mudah?

Sepatutnya setiap kali soal-siasat yang mahu dijalankan mesti ada CCTV agar rakyat dapat melihat jika ada unsur-unsur penganiayaan berlaku ke atas si mati.

Dalam kes Teoh, kita jangan hairan jika penguasa akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa Teoh membunuh diri, sedangkan Teoh akan berkahwin dalam tempoh terdekat.

Teoh tergolong dalam kategori lelaki baik dan bertanggungjawab kerana apabila beliau mendapat tahu teman wanita beliau sedang mengandung anaknya dua bulan, beliau terus menyatakan hasrat untuk mendaftarkan perkahwinan.

Ini bermakna, beliau tidak akan bertindak meninggalkan teman wanitanya bersendirian untuk menjaga anaknya yang masih berada dalam kandungan itu. Jadi, mustahil dia membunuh diri dalam keadaan dia mahu bertanggungjawab untuk meneruskan kehidupan bersama bakal isterinya.

Kita biasa melihat watak-watak dalam drama yang menunjukkan seorang lelaki atau perempuan yang tidak ingin berkahwin lagi apabila mereka mengetahui bahawa riwayat hidup mereka akan berakhir tidak lama lagi akibat penyakit tertentu.

Tapi, sikap ini tiada pada Teoh. Dia tidak mengidap apa-apa kesakitan dan sebaliknya dia ingin maju meneruskan hidup bersama orang yang dikasihinya. Jadi, teori Teoh membunuh diri ini tertolak. Jika dia bukan membunuh diri, maka yang tinggal adalah - teori dia telah dibunuh.

Tetapi, dibunuh oleh siapa? Maka, spekulasi-spekulasi daripada rakyat inilah yang akan membantu siasatan.

Kita jangan hairan kalau kumpulan pro-Umno akhirnya cenderung menyalahkan Teoh dengan pelbagai pertuduhan. Al-Qur'an membuktikan bahawa pada mulanya Al-Aziz mahu memihak kepada isterinya sendiri dan menyalahkan Yusuf a.s. Ini perangai Umno yang biasanya telah diketahui rakyat secara umumnya.

Tetapi, Allah s.w.t telah mengirimkan panduan kepada kita mengenai suatu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Pada Surah Yusuf, ayat ke-26, Allah s.w.t berfirman:-

"Yusuf pula berkata: "Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.

Seorang saksi yang datang daripada keluarga Zulaikha itu sendiri yang tampil memberikan pendapat yang rasional dan tidak memihak atau bersifat objektif. Saksi dari keluarga pendakwa (Zulaikha) sendiri yang tampil menolong siasatan.

Ini bermasud, samada pasukan penyiasat SPRM yang boleh tampil memberikan penjelasan jika beliau tidak gentar diancam ugut Umno. Atau, kalau saksi sudah takut, hanya pasukan penyiasat pemblog yang jujur saja dapat memberikan keputusan yang akan lebih meyakinkan khalayak.

Kisah kematian Teoh sangat ganjil dan pelik. Mungkin CSI yang boleh menyelesaikan misteri tak terungkap dan teka-teki ini. Kalau kita menyerahkan hal ini kepada pihak polis seperti syor klise yang dibangkitkan oleh Najib dan Muhyiddin, akan semakin menebal keraguan dasn prasangka orang-ramai.

Cara serbuan itu dilakukan sudah menunjukkan aksi yang meragukan ramai pihak. Oleh sebab itu, jangan disalahkan orang ramai yang akan membuat andaian sendiri dan spekulasi.

Ini kerana, masyarakat sudah tidak percaya polis akibat terlalu banyak kes tertunggak, kes tertutup dan akhirnya kes itu mencapai tahap X-Files khasnya ketika melibatkan politik.

Kes Altantuya diletupkan oleh bom C4 (bom digunakan sesuka hati saat Najib masih menjawat jawatan Menteri Pertahanan) adalah contoh mudah yang kerap dirujuk apabila Abdul Razak Baginda terlepas lalu beristirehat di Eropah.

PM, TPM tidak serius, rakyat berhak memajukan spekulasi

Najib dalam kenyataannya berkata, polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan profesional agar semua pihak dapat kepastian apa yang berlaku sebenarnya. Ini kenyataan yang biasa didengar. Tak bercakap pun orang tahu.

Najib turut meminta semua pihak tidak membuat kenyataan atau tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat umum sepanjang proses siasatan. Rasanya, untuk kes Teoh, masyarakat yang peka terhadap usaha membela kebenaran, perlu berlumba-lumba memajukan hipotesis, andaian dan spekulasi yang tersendiri.

Semua sikap ini akan memberikan tekanan ke atas polis, SPRM, Najib dan Muhyidin untuk menjelaskan hal yang sebenarnya. Lihat juga kenyataan Muhyiddin..

"Dalam soal ini kita mahu supaya tidak ada perkara yang perlu diselindungkan, siasatan perlu dibuat secara telus. Saya fikir ini langkah sewajarnya dibuat kerana ia sekarang di bawah tanggungjawab polis," kata TPM.

Muhyiddin seterusnya berkata, jika perlu, polis juga akan menyiasat parti politik dan anggota SPRM.

Ditanya tindakan segelintir pihak membuat bermacam-macam tuduhan melulu berhubung kematian mengejut bekas wartawan itu, beliau berkata, semua pihak perlu bertenang.

"Mereka mungkin terlalu emosional, sepatutnya mereka mesti bersikap rasional, kita jangan awal-awal buat tohmahan atau menuduh pihak tertentu melakukan itu ini, ini akan timbulkan salah faham.

"Saya fikir dalam kes sebegini berat sepatutnya pihak berkuasa polis buat siasatan rapi, eloklah kita tunggu hasilnya," katanya.

"Saya percaya polis akan kendalikan kes ini, jangan cakap banyak kita semua tak tahu apa sebenarnya berlaku," katanya. Tamat kenyataan Najib dan Muhyiddin yang tidak mahu banyak cerita dibongkar dengan cara meminta masyarakat tidak akan membuat sebarang spekulasi.

Spekulasi sebenarnya membantu polis meneruskan siasatan

Sebenarnya spekulasi masyarakat mungkin membantu polis meneruskan siasatan juga. Tidak betul andaian bahawa spekulasi mengganggu. Spekulasi dan andaian orang-ramai inilah yang mungkin membantu polis dan memangkin motivasi, merangsang minat polis untuk meneruskan siasatan.

Mungkin polis juga mengalami kebuntuan dalam beberapa hal. Maka, spekulasi dan maklumat yang dimajukan dengan andaian ini akan menyebabkan polis lebih banyak berfikir mengenai kematian Teoh juga.

Tanpa spekulasi-spekulasi, polis akhirnya akan membiarkan kes itu mati dengan sendirinya kerana masyarakat tidak lagi heboh membicarakannya.

Apabila masyarakat makin banyak menimbulkan teori, membangunkan andaian dan spekulasi, maka polis, Najib dan Muhyidin akan tertekan dengan sendirinya dan akan tergerak menyiasat kes kematian Teoh ini daripada semasa ke semasa.

Ringkasnya, kita tidak perlu tunduk lagi kepada permintaan Najib, Muhyiddin dan polis yang meminta kita tidak membuat spekulasi. Malah, spekulasi inilah yang akan membantu pihak polis menjejak kebenaran ke atas pembunuhan Teoh.

Lihat apa yang sudah berlaku ke atas kes adik Sharlinie Nashar dan Nurin Jazlin Jazimin. Apa yang dah berlaku apabila sudah kurang spekulasi?

Akibatnya, kes itu tenggelam timbul begitu sahaja. Dalam realiti masyarakat kita di Malaysia, sebenarnya spekulasi itulah yang lebih banyak membantu dan mendorong pihak polis melakukan siasatan.

Masyarakat tidak bersalah mengemukakan spekulasi kerana mereka didorong rasa ingin tahu ketika pihak polis mendiamkan kes itu atas arahan Umno.

Lihat saja gambaran perilaku dan sikap Al-Aziz ketika memberikan nasihat kepada Yusuf a.s untuk melupakan kes itu.

"Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!" (Yusuf: 29)

Sikap Al-Aziz yang cuba seboleh-bolehnya untuk menutup keaiban isterinya itu mirip sikap Umno yang cuba menutup aib para penguatkuasanya sendiri.

Jika hal itu kesalahan Yusuf, mungkin Al-Aziz akan hebahkan. Jika ada kaitan dengan Zulaikha, kes itu didiamkan saja seperti kes PM yang buat-buat tidak tahu lalu mendiamkan saja isu ilmu hitam yang terpalit ke atas isterinya itu.

Demikianlah Umno. Jika hal itu terkait dengan kesalahan orang-orang Umno sendiri yang perlu dilindungi, maka ucapan Umno kepada rakyat adalah seperti berikut, 'jangan buat spekulasi,' 'lupakan isu ini, biar polis uruskan', dan semua itu akan dilupakan apabila polis lengai, lambat bertindak dan akhirnya kes itu ditutup, ditindan isu lain pula.

Sikap ini, persis seperti yang digambarkan lewat ucapan Al-Aziz kepada Yusuf, "Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini."

Al-Quran tidak diamkan kes Zulaikha mengoyak baju Yusuf a.s di bahagian belakang walhal kes itu tidak diketahui ramai kerana hal itu berlaku dalam bilik tertutup. Allah tetap hebahkan walaupun watak Al-Aziz seperti Umno cuba membiarkan kes itu luput dalam kenangan dan lipatan ingatan zaman.

Tetapi Allah s.w.t tetap membongkar isi kejadian itu dengan lebih rinci sebagai panduan kepada kita, setidak-tidaknya untuk membantu kita menyelesaikan kekusutan berhubung teka-teki, kenapa bahagian belakang Teoh telah terkoyak.

Setidak-tidaknya, rujukan teori bersandarkan surah Yusuf telah membantu kita membuat andaian bahawa Teoh bukan bunuh diri, sebaliknya berkemungkinan besar dibunuh secara teknik yang kelihatan seolah-olah tidak disengajakan. Wallahu'alam..

SPRM CONTENG MUKA NAJIB ALTANTUYA

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak cuba untuk memulakan langkah 100 harinya sebagai Perdana Menteri dengan mengemukakan apa yang disifatkan sebagai insentif dan faedah kepada rakyat Malaysia.

Insentif ini dikemukakan dengan tujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau adalah PM yang lebih baik daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang 'dipaksa' melepaskan jawatan akibat prestasi buruk Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008.

Sebaik mengangkat sumpah, Najib memperkenalkan KPI (Key Performance Index atau Petunjuk Prestasi Utama) bagi mengukur dan menilai prestasi setiap Menteri diikuti dengan penilaian prestasi Kementerian, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

KPI ini pada aspek pengurusan, merupakan satu usaha yang baik ke arah mempertingkat ketulusan, kesungguhan dan keberkesanan seseorang Menteri atau agensi yang berkaitan.

Kononnya jika KPI dapat dilaksanakan sebaiknya, tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dapat dipertingkatkan.

Seterusnya Najib memperkenalkan konsep One Malaysia, khusus untuk menarik sokongan rakyat bukan Melayu yang semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Umno-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

Kemudian Najib menyusuli langkahnya dengan membuat 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat bersempena genap 100 hari beliau menjadi PM, 12 Julai lepas.

Najib juga turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) untuk mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah, mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan Najib dengan tujuan untuk memurnikan persepsi rakyat terhadap kepimpinan barunya, tercalar dan dipertikaikan rakyat akibat kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh merupakan Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah, disoal siasat SPRM berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri.

Kematian Teoh membuka persoalan yang sangat besar, bukan sahaja kematiannya menjadi suatu misteri yang harus disiasat dengan seadil-adilnya.

Malah, ianya membuka mata rakyat terhadap SPRM, yang sejak keujudannya gagal menampilkan imej sebagai sebuah badan professional, telus dan terkecuali daripada pengaruh pemimpin kerajaan Umno-BN.

Tindakan SPRM menyiasat dakwaan salahguna peruntukan Dun oleh Adun Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu tindakan yang bermotif politik untuk memburukkan imej kerajaan negeri dan parti komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya SPRM langsung tidak memperdulikan, malah tidak langsung mengambil tindakan ke atas aduan rasuah yang dibuat terhadap ramai ahli politik Umno-Barisan Nasional terutamanya Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dan yang terlibat dalam skandal PKFZ.

SPRM menunjukkan bahawa ia berperanan dan berfungsi sebagai alat Umno-BN untuk mencabuli kebebasan individu, autonomi rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka dan konsep Federalisme yang kesemuanya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

SPRM hanya membuktikan bahawa semua langkahnya bermotifkan politik, dengan tujuan untuk melindungi parti perasuah yang terbesar dalam negara iaitu Umno yang terkumpul di dalamnya penjenayah rasuah politik wang.

Imej Najib sudah tercalar dengan buruk, langkah 100 harinya begitu sumbang dan tersasar. Belum lagi KPI terlaksana, sudah wujud tanda-tanda kerapuhan kerajaan Umno-BN.

Usaha untuk memalitkan imej negatif terhadap Pakatan Rakyat akan terus gagal kerana Najib, Menteri-menteri, agensi kerajaan, Umno dan BN terus melakukan kesilapan yang semakin menjerumuskan mereka ke lembah kehancuran.

Thursday, July 16, 2009

SYOK NI....JOM PAKAT PI RAMAI-RAMAI....HIMPUNAN MANSUHKAN ISA

PAS seru ahli sertai himpunan mansuhkan ISA, 1 Ogos depan

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos depan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata PAS sudah mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

"Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini.

"Semua ketua-ketua penerangan negeri dan PAS kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini," kata Idris dalam satu kenyataannya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau mengajak semua NGO dan individu yang prihatin untuk hadir bagi memastikan kerajaan memansuhkan akta kontroversi tersebut "yang sering dijadikan alat politik segelintir pihak berkepentingan untuk menakutkan rakyat.

Pada 22 Jun lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah 'sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)' dua tahun lalu.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur namun tempat-tempat itu belum diputuskan lagi.

Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu 'deklarasi rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga menggalakkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan tersebut agar memakai pakaian warna tema merah hitam.

Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping. - azm _

Friday, July 10, 2009

MANEK URAI : ISLAM PASTI MENANG

ISLAM PASTI MENANG

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala.

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi
banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Sikap kita
Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Saturday, July 4, 2009

SENARAI JAWATANKUASA PARLIMEN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT



KUALA LUMPUR, 3 Julai - Berikut adalah senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada dalam Jawatankuasa Parlimen mengikut 25 Kementerian yang telah ditubuhkan semalam.

Kementerian

1. JABATAN PERDANA MENTERI

Ahli Parlimen PAS


YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
YB Ust Nasharudin Mat Isa
YB Salahuddin Ayub
YB Dr Hatta Ramli
YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin
YB Khalid Samad

Ahli Parlimen PKR


YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Mohamed Azmin Ali
YB Sivarasa Rasiah
YAB Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim
YB William Leong
YB Ahmad Kasim
YB Fuziah Salleh

Ahli Parlimen DAP


YB Lim Kit Siang
YB Ngeh Koo Ham
YB Hiew King Chiew
YB John Fernandez

2.KEMENTERIAN DALAM NEGERI


YB Dato Johari Abdul
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS)
YB Karpal Singh

3.KEMENTERIAN KEWANGAN


YB Mohamed Azmin Ali
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS)
YAB Lim Guan Eng

4.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


YB Dato Zahrain Mohamed Hashim
YB Khalid Samad (PAS)
YB Tan Kok Wai

5.KEMENTERIAN KERJA RAYA


Dato Kamarul Bahrin Abbas
YB Dato Mahfuz Omar (PAS)
YB Gobind Singh Deo

6.KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI


YB Dato Rashid Din
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS)
YB Er Teck Hwa

7.KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR


YB Chua Tian Chang
YB Nasir bin Zakaria (PAS)
YB Charles Anthony Santiago

8.KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


YB William Leong
YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS)
YB Teresa Kok

9.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


YB Ahmad Kassim
YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS)
YB Sim Tong Him

10.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA


YB Azan Ismail
YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
YB Jeff Ooi

11.KEMENTERIAN PELAJARAN


YB Yusmadi Yusoff
YB Che Uda Che Nik (PAS)
YB Chong Eng

12.KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


YB Amran Abdul Ghani
YB Dato Mahfuz Haji Omar (PAS)
YB Teo Nie Ching

13.KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


YB Abdullah Sani Abdul Hamid
YB Muhammad bin Husin (PAS)
YB M Kulasegaran

14.KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


YB Nurul Izzah Anwar
YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS)
YB Chow Kon Yeow

15.KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


YB Hee Loy Sian
YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
YB Nga Kor Ming

16.KEMENTERIAN PERTAHANAN


YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS)
YB Liew Chin Tong

17.KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


YB Ab Aziz Ab Kadir
YB Dato Ab Halim bin Ab Rahman (PAS)
YB M Manogaran

18.KEMENTERIAN LUAR NEGERI


YB Sivarasa Rasiah
YB Dato Kamarudin Jaffar (PAS)
YB P Ramasamy

19.KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


YB Tan Tee Beng
YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS)
YB Anthony Loke Siew Fook

20.KEMENTERIAN KESIHATAN


YB Dr Lee Boon Chye
YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS)
YB Dr Tan Seng Giaw

21.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


YB Zuraida Kamaruddin
YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS)
YB Fong Po Kuan

22.KEMENTERIAN PELANCONGAN


YB Manikavasagam a/l Sundaram
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah(PAS)
YB Fong Kui Lun

23.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


YB Wee Choo Keong
YB Dr Lo Lo Haji Mohd Ghazali (PAS)
YB Lim Lip Eng

24.KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS)
YB Tony Pua

25.KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


YB Gobalakrishnan a/l Nagapan
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS)
YB Chong Chien Jen

PEMBUBARAN DUN PERAK SEMAKIN PASTI?

KUALA LUMPUR - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya. - mks. _

Thursday, July 2, 2009

DASAR PAS IALAH ISLAM - SALAHKAH???

Kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. Azman Sapawi bahawa: (Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor)...sebenarnya ibarat air keramat yang dicurahkan ke atas bumi yang kering merekah. Lantas dedaunan yang kering kecoklatan itu bertukar menjadi rimbun kehijauan.

Saya sangat pasti, ramai anggota Gerakan Islam PAS ini berasa sangat bahagia dengan kejujuran, keberanian dan kesungguhan Pemuda PAS. Lantas saya teringat antara titipan bicara yang pernah diluahkan oleh Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor di dalam Muktamar Tahunan PAS di Kelantan yang terakhir dihadirinya, ketika mana mengulas pendirian tegas dan agak "keras" Pemuda terhadap beberapa figure kepemimpinan PAS yang dikatakan kurang "ummphh"...bahkan pada ketika itu Pemuda ditegur juga oleh beberapa tokoh kepimpinan di dalam PAS.

Namun ironinya Almarhum menegaskan betapa beliau gembira dengan semangat, sikap dan keprihatinan Pemuda PAS. Bahkan beliau juga menegaskan di situlah bezanya semangat seorang Pemuda dan semangat itu perlu dizahirkan.

Bahkan Almarhum menegaskan juga bahawa selagi adanya kritikan terhadap pemimpin dan hala cara perjuangan parti maka SEBENARNYA selagi itulah Perjuangan PAS berada di landasan perjalanan yang betul!

Saya berada dalam Dewan Muktamar pada ketika itu. Dan saya sangat bersyukur Almarhum Presiden PAS memberikan ulasan sedemikian rupa. Bagi saya, saya sangat jelas perbezaan frekuensi dan 'wave lenght' jihad yang ada pada diri anak-anak muda. Dan perbezaan itulah yang akan senantiasa menyegarbugarkan perjuangan Islam ini. Mengimarahkannya. Memakmurkannya. Menyemarakkannya.

Tiada yang pelik dan tiada yang salah dengan kenyataan Sdr Azman. Bahkan ianya adalah manifestasi pertanggungjawaban kita semua, anggota gerakan ini dalam mengangkat martabat dan dasar perjuangan PAS seperti mana yang termaktub dalam Fasal 3, Perlembagaan PAS (Pindaan 2001).

Juga tiada apa yang patut kita malukan atau kesalkan dengan kenyataan Sdr. Azman ini. Justeru kerana PAS tidak pernah berselindung, menyembunyi, mengubah apatah lagi menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah dan Insya-Allah tidak akan pernah! Itu komitmen kita anak-anak muda yang akan mewarisi perjuangan ini.

Masakan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak tahu itu?

Lantas bagi saya kenyataan Lim Kit Siang bahawa: [PAS Youth's proposal to implement an Islamic administrative system in Pakatan Rakyat states is totally unacceptable. (Cadangan Pemuda PAS untuk melaksanakan sistem pentadbiran Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak boleh diterima sama-sekali) adalah satu kenyataan yang gopoh, tidak bijak dan tidak hormat. Beliau mesti belajar bagaimana memberikan reaksi yang spontan tetapi hormat kepada rakan-rakan gabungan. Apatah lagi bila menghadapi reaksi daripada anak-anak muda. Apa salah beliau bersikap fatanah (bijaksana) seperti "orang tua" yang memahami?

Masakan tangan dan kaki kita semahunya diikat; mulut dan mata kita sewenangnya ditutup agar tidak bisa berdiri dan menyatakan pendirian kita secara wajar?. Ketinggalankah beliau dalam menerima prinsip dan kaedah-kaedah kerjasama Pakatan Rakyat bahawa "kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara"? Dan ketidakbersetujuan kita itu mesti ditangani juga secara hormat. Bukannya dengan sikap ibarat meletak titik nokhtah pada satu-satu ayat. Umpama "No more discussion and no more negotiation"?

Bagi saya, kenyataan Azman adalah kemahuan semua penyokong dan pendokong PAS tidak kira apa pun agama, bangsa dan ideologinya. Kemahuan semua pihak yang mempercayai serta meyakini prinsip keadilan dan kebajikan di dalam pemerintahan Islam. Itu Pemuda PAS sekadar menyebutkan "dalam proses merangka agenda", bukannya merampas hak "melaksanakan" yang dimiliki oleh setiap kerajaan negeri. Justeru, mempolitikkan kenyataan itu sangat menampakkan ketidakwibawaan beliau dalam memimpin perbezaan.

Kita tidak pernah dan tidak akan pernah memaksakan Islam kepada rakan-rakan serta anggota masyarakat kita yang bukan Islam. Itu mesti difahami.

Tahniah dan syabas buat Azman Sapawi.
Semarakkan fatanah jihad. Allahu Akbar!

GEMPUR UMNO DI MANEK URAI

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara.

Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.

PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.

Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan.

Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.

Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.

PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.

PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.

PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.

Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.

Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.

PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.

Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.

Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.

Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.

PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.

Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim._