|
| |||
Sejarah itu akan tercatat pada 28 Febuari ini di Balai Islam, Lundang apabila Menteri Besar Kelantan dijangka hadir menonton filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi. Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, tayangan filem berkenaan dijangka bermula jam 9 malam. “Selain itu pihak penganjur turut menjemput pensyarah Jabatan Pengajian Media UM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengupas filem tersebut. “Oleh itu, saya menjemput orang ramai hadir bersama-sama menonton filem bercorak kerohanian itu selain untuk berhibur, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya di sini. Baru-baru ini, lebih 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ bahagian pertama yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC). Tayangan filem tersebut diadakan sempena Hari Hiburan Islam yang turut menampilkan penulis asal cerita berkenaan, Habiburrahman yang didatangkan dari Indonesia. Tayangan tersebut diadakan secara percuma dan ia merupakan box office di Indonesia 2009.
|
Bayi Yang Lahir Di Negeri Pahang Hari Ini Dapat Nombor MyKid Cantik
26062606xxxx, Bertuah Jatuh Pada Hari Asyura 10 Muharam
-
*PETALING JAYA: *Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja
membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna
media ...
21 hours ago

