IKLAN BERBAYAR

Saturday, May 9, 2009

ISLAM PASTI MENANG-Semangat Bagi Pejuang

ISLAM PASTI MENANG

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala.

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.
Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi
banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Sikap kita
Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Thursday, May 7, 2009

POLIS "BARUA" KERAJAAN - PDRM parti komponen BN



Tindakan POLIS menangkap Naib Presiden PAS semalam,Tn Hj Mohammad Sabu adalah suatu tindakan "barua kerajaan" yang teramat bodoh dari segi perlaksanaannya dan jelas ketinggalan zaman dari segi "professionalisme" nya....

Polis Malaysia semakin tunduk kepada telunjuk UMNO dan BN,Polis wajar memikirkan kemungkinan menjadi sebuah parti politik berdaftar dan elok kiranya menjadi parti kompenen BN.

BN dan UMNO serta barua mereka semakin kurang ajar dan bertindak zalim.

Walau bermacam-macam cara ditegur tetapi sikap polis tak pernah berubah,hanya menjadi budak suruhan BN.

Saudara lihat sendiri gambar penangkapan diatas,betapa biadapnya polis itu dan saya berdoa kepada Allah agar Allah jua membalas akibat segala perbuatan polis yang zalim dan pemimpin barua yang memberi arahan.

Monday, May 4, 2009

AWAS-ANTARA ULAMA JAHAT DAN PROFESIONAL JAHAT

Mutakhir ini kecoh isu perbandingan antara Ulama dan Profesional....

Maksud Ulama dan Profesional ada saya catitkan di blog terdahulu....

Sebenarnya bila kita fikir,ulama sebenarnya adalah profesional dan profesional juga adalah ulama.

Seorang ilmuan di gelar ulama kerana ilmunya....

Dan seorang profesional di gelar profesional juga adalah kerana ilmunya.....

Maka saya berpendapat......

Dalam memilih kepimpinan eloklah kita memilih yang berilmu,yang beriman,yang beramal dan yang lebih mementingkan kemasyarakatan (jamaah).....

Tidak kira ulama atau profesional.....pasti ada antara mereka yang "berniat jahat"...atau ulama sukk seperti yang disebut didalam hadith nabi terdahulu.....

Dan ada juga ulama bisu atau syaitan yang bisu kerana menyembunyikan kebenaran.....seperti yang disebut dalam hadith nabi...."Yang berdiam akan kebenaran adalah syaitan yang bisu"

Perkataan ulama ada disebut dalam Al-Qur'an tetapi perkataan PROFESIONAL tiada dalam Al-Qur'an kerana ia adalah perkataan Inggeris....

PROFESSIONAL DALAM BAHASA INGGERIS bermakna "expertise"....atau keilmuan dalam sesuatu bidang....kemahiran dalam sesuatu bidang.....mahir dalam undang-undang Islam adalah juga professional...mahir dalam pembacaan Al-Quran juga adalah professional...mahir dalam politik juga adalah professional....

Dalam memilih kepimpinan....

Kita kembali kepada Islam....

Jangan taksub dengan kalimah Ulama dan Profesional kerana kiranya hanya kerana kalimah atau title Ulama dan Professional kita memilih seseorang maka punah dan hancurlah PAS dan kepimpinan dalam PAS....

Kita memilih biarlah atas landasan Islam,Iman dan Amal yang ditatang dengan keikhlasan....

Tidak berguna memilih seseorang hanya kerana title USTAZ nya atau title DR nya atau title LAWYER nya atau title IR nya atau title DIRECTOR nya sahaja....

Tapi kita lupa ramai juga golongan ini yang "sesat",yang bisu,yang lesu,yang mata RM....

maka dalam PAS jangan kita pilih USTAZ-USTAZ berperangai seperti USTAZ-USTAZ UMNO semata-mata....

Dalam PAS jangan kita pilih DR-DR yang berperangai seperti Dr-Dr dalam UMNO....

Dalam PAS kita pilih Ulama dan Professional yang ikuti tarbiyyah harakiyyah....yang ikuti sistem jamaah,yang tahu selok belok jamaah dan yang tahu apa itu PAS...

Tak guna pilih hanya sebab dia USTAZ atau DR atau LAWYER tapi tak tahu apa itu jamaah,apa itu wala,apa itu taat,apa itu haraki,apa itu fiqh awlawiyyat....tak guna hanya sekadar tahu baca marhaban dah digelar ustaz dan diangkat sebagai pemimpin dan tak tahu menahu soal kemimpinan....

Dalam PAS....kita ada USRAH,Kuliah dan Tamrin....ulama atau professioanal yang tak ikuti sessi usrah kita,yang tak boleh ikuti sesi tarbiyyah kita...kita tolak awal-awal lagi....

Kerana ustaz-ustaz atau dr,atau lawyer atau apa sahaja dia,selagi tak ikut sesi tarbiyyah PAS dia tak lagi "ULAMA dan tak lagi PROFESSIONAL"....tentang PAS dan tak layak jadi pemimpin dalam PAS pun.....

Elok kita kembali kepada Islam.....kita pilih yang berilmu,beriman,iklhas dan mahir dalam urusan jamaah...tak kiralah dia ustaz atau lawyer....kita pilih yang kualiti melebihi cakap-cakap kosong...kita pilih yang memimpin kejalan yang benar,memimpin ke syurga Allah....

Antara seorang ustaz atau seorang DR....jangan title mereka yang jadi soal pemilihan...

Mungkin Dr itu lebih arif soal kepimpinannya dan ilmunya lebih mantap...atau mungkin Dr itu juga menghafal Al-Qur'an,arif dalam bidang agama....

Atau mungkin Dr itu tak tahu apa apa soal kepimpinan dan agama...maka selidikilah....

Tak kira dia Ustaz atau Dr atau LAWYER atau Dato'....yang penting...kita selidiki....kita siasat....

Mana tahu Ustaz tu Ustaz UMNO...

Mana tahu Dr tu Dr UMNO...

Mana tahu Dato tu Dato UMNO....

Maka....Kita istikharah memohon petunjuk Allah....jangan hati kita mati,buta kerana ketaksuban title "ULAMA atau PRO" sahaja....

Jangan kita mewarisi kebodohon UMNO yang memilih kepimpinan atas dasar kroni dan RM atau atas dasar title sahaja....

Paling penting....antara USTAZ dan PRO...kalau dua-dua tak tahu menahu sejarah PAS atau tak pernah ikuti tarbiyyah PAS....elok.....awal-awal kita tolak tepi.....tak guna hanya sebab dia pandai berzanji terus di lantik jadi YDP sedangkan USRAH pun dia tak pandai buat....dan tak tahu apa itu USRAH....

Bertindak professional lah dlam memilih ulama atau professional wahai perwakilan-perwakilan yang professional dan mengundi berasaskan ilmu dan keilmuan anda...

Moga ALLAH merahmati kita....

PROFESSIONAL

Professional 1
Definition: Of or pertaining to a profession, or calling; conforming to the rules or standards of a profession; following a profession; as, professional knowledge; professional conduct.

Professional 2
Definition: Engaged in by professionals; as, a professional race; opposed to amateur.

Professional 3
Definition: A person who prosecutes anything professionally, or for a livelihood, and not in the character of an amateur; a professional worker.

professional 4
Definition: an authority qualified to teach apprentices

professional 5
Definition: a person engaged in one of the learned professions

professional 6
Definition: an athlete who plays for pay

professional 7
Definition: engaged in a profession or engaging in as a profession or means of livelihood; "the professional man or woman possesses distinctive qualifications"; "began her professional career after the Olympics"; "professional theater"; "professional football"; "a pr

professional 8
Definition: characteristic of or befitting a profession or one engaged in a profession; "professional conduct"; "professional ethics"; "a thoroughly professional performance"

professional 9
Definition: engaged in by members of a profession; "professional occupations include medicine and the law and teaching"

professional 10
Definition: of or relating to a profession; "we need professional advice"; "professional training"; "professional equipment for his new office"

professional 11
Definition: of or relating to or suitable as a profession; "professional organizations"; "a professional field such as law"

THE CONTRIBUTIONS OF ULAMA

The Contibutions from Ulama

My most honourable congregation of Muslims,
There is only one God and Muhammad is His Messenger. So let us, my brothers, increase our Taqwa to Allah s.w.t. Let us obey Him. Let us avoid things that He has forbidden. Let us strengthen our faith in Him. Let us devote our lives to Him. Let us do all that we can to strengthen Islam. Let us do all that we can, to protect Islam. Let us do all that we can, to see to it, that Islam will stand strong. That we may all belong to the group of Believers who are successful in this world and in the akhirat.

My brothers all,
There are two kinds of Man - the leader and the one who is led. The Leader and the Follower. The leader has an important role to play. He has to make sure that he will bring his followers to success. The follower must also play a role. He has to be loyal to his leader. He has to obey his leader. He has to obey his leader, so long as his leader brings him towards goodness. So long as his leader leads to him to a direction that does not go against Islam.

There are several kinds of leaders. There are political leaders. There are organisational leaders. There are Religious Leaders. These leaders in religion are the ones who are called the Ulama or asatizah. They are required to lead the ummah to the path of Truth. They are to lead the ummah to the path of Allah. There are no other prophets or Messengers to come after our Messenger Muhammad s.a.w. There is no truer religion than Islam. Therefore, who then can ensure that Islam continues to be strong? Who then can ensure that the Muslims will continue to be guided to the Truth?

They are the Ulama.

This is why, the Prophet s.a.w. had characterised the Ulama as the inheritors of prophethood. They inherit the tasks of the prophets and Messengers. They ensure that mankind will continue to worship Allah s.w.t. And they ensure that Islam will continue to be practiced and that the faith in Islam is maintained and strengthened. The Messenger of Allah had said:

Meaning : The Ulama are the heirs of the prophets.

We are obliged to be loyal to our Ulama in matters of religion. In fact we are required to listen to them on matters of religion. Let us not let our own shallow understanding of religion blame the Ulama. Let us not let our own lack of knowledge of Islam accuse or wrongfully criticise the Ulama. Indeed, it is wrong to insult or belittle the Ulama. The ulama are the heirs of the Messenger. To insult or belittle them is like insulting or belittle the Prophet Muhammad s.a.w.

My dear blessed congregation,
To each person is his place. To each person is his area of responsibility. Let us imagine the world without a single asatizah or ulama. Who then can tell us what is halal and what is haram in Islam? When we have strayed far from Islam, who then is there to pull us back towards our religion? Who can then remind or correct us when we become to engrossed in the affairs of this world? Who else will ensure that the future generations will continue to read and understand the Quran?

Remember what Allah has determined for us. That - should there be no one person who fulfills the task of amar ma’ruf nahi munkar, then, for certain, the punishment of Allah will will fall upon that ummah.

To arrest disobedience and to promote goodness, the Muslim community need experts in the field of religion. Who are these experts? Not the doctors. Not the businessmen. Not the politicians. But the Ulamas. The Ulamas are the ones to save the faith of the Muslim community. They are the ones to save mankind.

And to produce an ulama is not an easy task. They cannot be produced instantly. They have to be instilled with Islamic education -intensively - whilst still a child. They need to be nurtured in an Islamic teaching environment from young. When we look at how the Ulamas were raised in the past, we will find that from as young as six or seven years old, they have already started to read and memorise the Quran. They have been exposed to the knowledge of Islam since they were children. This is because the best time to train and educate a person is when he is a child. What is taught and instilled in a child will remain with him till adulthood. There is an Arabic saying that goes like this:

“Learning when you are young is like engraving on stone. Learning when you are older is like writing on water.”

As such, Islam has always stressed the importance of beginning education at a young age. Its true that a person can also learn Islam and be an ulama if he starts learning when he is older. But is the one who has been exposed and instilled with Islamic knowledge from young different from that who has just learnt Islam when he is an adult? The percentage of persons who have studied Islam as an adult and have continued to become a religious leader is very rare and very few. The larger number of ulamas are those who have been trained from young.

It is compulsory that Muslims produce Ulamas. This is a command from Allah s.w.t. in surah At-Taubah, verse 122:

Meaning : And it is not compulsory for every Muslim to go to war. There has to be a group of them who devote themselves to study the religion so that they can remind those who return to be careful of committing sins.

ULAMA' DAN ULAMA' SUK

Kalimat ulama di dalam al-Qur'an

Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang mengetahui, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.

Daripada sebanyak seratus enam puluh tiga perkataan alim dan ulama di dalam al-Qur'an hanya sepuluh sahaja digunakan sebagai adjektif untuk manusia. Yang lain, dan yang terbanyak, adalah untuk Allah.

Hanya yang diturunkan di sini adalah ayat-ayat yang mengandungi perkataan "alim" atau "ulama" yang berkaitan dengan mansuia sahaja. (Bagi maksud "ulama agama" sila rujuk kalimat habr di halaman lain)



7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

7:112. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."

12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."

15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."

26:34. Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

26:37. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?

35:27. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.
35:28. Di antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
(ulama di sini bukanlah ulama agama tetapi ulama sekular)

51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka memberinya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).

ULAMA SUK'

Telah berkata Saiyidina Umar r.a,
"Perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara". Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal" , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, "Ulama Sukk".

Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan-tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.

Nabi pernah menggambarkan orang-orang yang boleh membaca Quran dengan baik, tetapi bacaannya itu tiadalah melewati kerongkongnya, iaitu hanya sekadar bacaan dan bukan menjadi amalan. Mereka sebegini terlucut dari agama Islam bagai terlucutnya anak panah dari busurnya.

Dalam sebuah hadis yang lain: "Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit". Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnyaapa yang keluar dari mulutnya adalah omongan kosang sahaja.

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang yang mengajar ilmu pengetahuan secara lahir sahaja iaitu bukan sebab kebenaran yang dicari, tetapi nama dan kedudukan yang dihajati, maka ia adalah munafiq yang durjana. Malah ilmu yang diajarnya itu membawa kepada mudharat untuk semua manusia dan pada dirinya sendiri juga.

Hakikatnya, ulama yang alim yang beramal dengan ilmunya, dan mengajarkannya pula kepada orang lain maka dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, akan tetapi mengajarkan ilmu yang baik kepada org lain, maka nasibnya dalam bahaya, tetapi alim yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan apa yang dia tahu malah tidak pula mengajarkan kepada orang lain, maka golongan manusia inilah yang teramat rugi dan bahaya.

Apatah lagi jika dia mencipta-ciptakan ilmu yang tak pernah wujud dan menyuruh orang melakukan yang salah dan perkara-perkara syubhat dan keliru, lagi teruklah azab bagi alim ulama sebegini.

Kita sebagai muslim mutaakkhir, wajib kita tahu untuk membezakan antara golongan-golongan ulama ini. Yang manakah yang tulen dan yang manakah bertopeng supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubang kehancuran dek kerana kelemahan kita sendiri.

Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 175: "..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat"

VIRUS H1N1 - SELSEMA BABI

BINATANG YANG DIHARAMKAN ALLAH.....
MANUSIA ENGKAR AKAN ARAHAN ALLAH...
MANUSIA DI BALAS DENGAN AZAB BALA' MUSIBAH AKIBAT KEENGKARAN DAN KESOMBONGAN MANUSIA SENDIRI....

Friday, May 1, 2009

ALTANTUYA - meaning in Cambridge Dictionary

FAM,AFC,BAM,FIFA bakal tiru SPR???

SPR telah buat peraturan untuk had kan penyokong semasa pilihanraya....

Saya cadangkan lepas ni FAM , AFC , BAM , FIFA pun buat peraturan tiru SPR tidak membenarkan para penyokong hadir semasa sebarang perlawanan.

Kalau orang tanya...kenapa???

Jawablah....."kami tiru SPR"...."bila penyokong ada,timbul huru-hara"....

Kalau orang kata "bodoh punya undang-undang"....

Jawablah "memang kami bodoh pun".....

TAKUT PADA PENYOKONG......

Rupanya kubu-kubu polis yang dibina setiap kali Pilihanraya tak berguna langsung....

Polis pun takut kepada penyokong parti politik rupanya....

Aduhai UMNO....

Sekarang ni lah kamu beria-ia buat macam-macam undang-undang "pra-sejarah"....

Sejak melihat sokongan kepada UMNO semakin kurang....

Sejak melihat poster Altantuya lebih banyak dari poster Najib.....

Sejak lihat keranda Altantuya diusung dihari mengundi....

Sejak lihat bulan purnama semakin terang menderang disetiap sudut.....

Untuk segala alasan yang anda bagi....

Rakyat tahu dan tidak bodoh seperti anda.....

Rakyat 1000 kali lebih cerdik dari Rosmah dan SPR....

Rakyat tahu....sebenarnya....

BN Penakut...bacul...pondan.....

SPR budak suruhan BN.....

Najib takut kepada Altantuya.....

dan....

Poster ALtantuya akan kembali muncul di PENANTI.....

ha ha ha ha ha ha ha.....

bersedialah NAJIB....

NAJIB PENAKUT????

Enggan saman isu Altantuya, Najib rahsiakan sesuatu?
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Apr 29, 09 | 11:14:33 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar agar Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mustafa Ali, cadangan itu wajar kerana nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walaupun sebelum ini terdapat desakan oleh pelbagai pihak agar Najib atau kerajaan Malaysia menyaman akhbar-akhbar asing yang membuat laporan itu.

Namun kata Mustafa, Najib atau kerajaan masih terus berdiam diri, dan hanya membuat penafian sahaja.

"Penubuhan suruhanjaya ini wajar kerana sebelum naik jadi PM lagi, Najib memiliki 'bagage' yang sarat dengan isu-isu yang dikaitkan dengannya," kata Mustafa ketika temui di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Beliau juga melihat, semacam ada kebimbangan atau rahsia yang disimpan apabila Najib enggan menyaman akhbar asing berhubung tuduhan ke atas Perdana Menteri itu.

Malah beliau juga melahirkan persoalan samada ada perkara yang disembunyikan agar tidak terdedah berikutan keenganan Najib atau kerajaan membersihkan namanya dengan landasan undang-undang.

"Najib atau kerajaan boleh memanggil kedutaan negara-negara yang mana akhbar mereka melaporkan isu tersebut untuk meminta kerjasama memberi penjelasan," katanya.

ImageNamun hingga kini, tindakan tersebut juga gagal dilakukan Najib hingga pelbagai persepsi atau spekulasi yang timbul kerana kegagalan itu.

Terdahulu, Mahfuz bersama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Kata Mahfuz, penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Beliau menegaskan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Najib menyebabkan nama baik negara kini tercemar.