IKLAN BERBAYAR

Wednesday, April 8, 2009

BUKIT GANTANG DAN KEJAYAAN PAS


KAMI SEMPAT BERGAMBAR DENGAN YB DATO HUSSAM MUSA,NAIB PRESIDEN PAS



Alhamdulillah....Ir.Nizar Jamaludin telah berjaya memenangi PRK Bukit Gantang atas tiket PAS mengalahkan Ismail Safian calon BN. Pemerhatian kami di Bukit Gantang menggambarkan bahawa Ismail Safian sepatutnya tidak bertanding di Bukit Gantang tetapi bertanding di Danok atas tiket BN juga dan mungkin boleh menang setelah menganjurkan konsert-konsert seperti yang telah dianjurkan oleh UMNO di Bukit Gantang. Pemuda PAS TAMAN TAS telah bersama-sama ahli-ahli PAS yang lain berkonvoi.Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat kami ambil semasa di Bukit Gantang.

Monday, April 6, 2009

KEMEJA DAN T-SHIRT PEMUDA PAS /PAS Cawangan TAMAN TAS

Alhamdulillah. Ini gambar t-shirt dan kemeja Pemuda PAS / PAS Cawangan TAMAN TAS. Harga t-shirt RM25 sehelai dan kemeja RM95 sehelai. FAZ Group telah sponsor RM10 untuk setiap helai kemeja dan juga sticker kereta. Bermakna,harga jualan kepada mereka yang tempah ialah RM85 sahaja. Terima kasih kepada FAZ Group dan juga Sdr.Shideen kerana turut sponsor. Moga semakin bertambah-tambah rezeki anugerah ALLAH dan dapat dimanfaatkan untuk Islam. Amin



Depan....logo PAS dan tulisan PAS TAMAN TAS disebelah kiri. Nama disebelah kanan.T-shirt tiada nama...



Belakang....ejaan "PAS" dibahagian atas tengah dan alamat blog....http://tamantassyabab.blogspot.com dibawahnya.....

NAJIB,ALTANTUYA,PILIHANRAYA DAN MASA DEPAN

Assalamualaikum wbt.
Hari ini 6 April 2009,Isnin. Pemuda PAS Cawangan Taman TAS akan bertolak ke Bukit Gantang beberapa jam dari sekarang,maklumlah semua kerja,cuti tidak diluluskan dan bermacam-macam kesulitan ditempuhi bersama untuk menjayakan konvoi ke Bukit Gantang. Moga Allah memberikan kemudahan dan kelapangan kepada kita semua dalam usaha memenangkan Islam dan perjuangan Islam.
Konvoi hari ini Insya Allah menaiki dua buah kereta,BMW 525 SE milik Sdr.Rahim dan Naza milik Sdr.Amran. Insya Allah. Antara yang turut serta ialah,Sdr.Rosli,Sdr.Adi,Sdr.Shideen,Hj.Zaharudin,Sdr.Azman dan Sdr.Zali.
Kita ke Bukit Gantang,Perak dengan mengikhlaskan niat kepada Allah. Pergi untuk Islam,bekerja untuk Islam. Walaupun sebanyak mana pun manusia menolak kebenaran dan hakikat Islam mewajibkan berpolitik atas kedangkalan pemikiran dan ilmu,kita yang telah mengikuti tarbiyyah hendaklah membulatkan tekad dan iltizam untuk bersama barisan perjuangan Islam.
Seumpama menggenggam bara api,kita bersama dalam perjuangan Islam. Biarpun pemimpin Barisan Nasional berubah ganti,tetapi selagi hakikat menegakkan hulum Allah tidak terlaksana,selagi Islam terus dipinggir,selagi maksiat berleluasa,selagi Al-Qur'an terus disisih,kita tidak akan berganjak dari medan perjuangan. Biarpun jihad kita tidak sehebat jihad para pejuang HAMAS di Palestin,tidak memegang senjata seperti mereka,tapi disisi Allah,perjuangan untuk menegakkan agamaNya tetap murni. Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya,Al-Qur'an dan Sunnah adalah dasar ketetapan Allah sebagai panduan,namun BN terus menyisihkan dua sumber utama ini,apatah lagi ijma' Ulama dan Qias.
Najib terus dikongkong bayangan Altantuya,pilihanraya kecil ini menjadi medan ujian yang teramat besar,masa depan politik BN tertumpu disini. Masa depan dan keyakinan rakyat keatas pemimpin baru BN akan dinilai dsini. Medan ini adalah medan ujian yang teramat besar. Najib akan buat apa sahaja bagi menarik minat rakyat dan pengundi,menutup aib dan memadam arang-rang yang pernah terconteng diwajahnya.
Pakatan Rakyat sewajibnya melangkah dengan "gah",bukan kerana ego atau berbangga diri,tetapi bergerak dengan suatu ilitizam keyakinan bahawa masa depan adalah ditangan mereka yang berjuang atas dasar kebenaran,keadilan yang termaktub dalam Islam.
Biarpun rasa takut,risau menyelubungi diri-diri kita yang kerdil ini,tetapi apabila melangkah ke medan,marilah kita melangkah seperti para sahabat Rasulullah SAW semasa memasuki Makkah diperistiwa Fathul Makkah,walaupun mereka penat berjalan berhari-hari dari Madinah ke Makkah,tiba sahaja di Makkah,mereka melangkah dengan "izzah Islam",keyakinan,harapan dan kesyukuran bahawa MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM.
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan.....
Kalah dan menang adalah ketentuan Allah,yang penting....kita usaha...jangan kita tersungkur dilapangan dakwah sebelum kita mengatur langkah. Awasilah....HARTA,TAKHTA dan WANITA.......moga ALLAH menjadikan kita ini hamba-hamba yang tulus ikhlas dan sentiasa memberikan taufik dan hidayahNya untuk kita terus melangkah agar tidak tersilap langkah yang mebuatkan kita tersungkur rebah.
ISLAM PASTI MENANG......itulah JANJI ALLAH........cepat atau lambat.....kita hendaklah terus berusaha.

Friday, April 3, 2009

NAJIB ANGKAT SUMPAH PM-Hari ini jatuhlah maruah setiap rakyat Malaysia


Pada hari ini 3 April 2009,Jumaat,jam 9.30 pagi,Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Maka telah sempurnalah teori " RAHMAN" dalam sistem perlantikan PM Malaysia. Rahman,Abdul Razak,Hussein Onn, Mahathir , Abdullah dan akhirnya Najib.
Sebenarnya apabila kita fikir kembali, apabila sesuatu itu telah sempurna maka akan berlaku suatu peristiwa besar. Contohnya,apabila Rasulullah SAW membaca ayat Al-Qur'an yang bermaksud " Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu,dan aku telah sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha ke atas kamu Islam sebagai agama"...maka para sahabat Rasulullah SAW ada yang berteriak menangis kerana telah tahu bahawa Rasulullah SAW akan wafat tidak lama lagi kerana misi dakwah baginda SAW telah sempurna.
Kiranya kita fikirkan teori RAHMAN ini,mungkin adalah suatu simbolik akan kehancuran Barisan Nasional dan bakal berakhirnya PM dari Barisan Nasional. Mungkin selepas ini akan terukir sejarah bahawa Perdana Menteri Malaysia bermula dari yang pertama hingga ke enam sahajalah dari Barisan Nasional. Tetapi PM Malaysia yang ketujuh dan seterusnya mungkin dari Pakatan Rakyat pula dan mungkin teori baru ialah teori "ANWAR"....yang dimulakan oleh Anwar sendiri sebagai PM...atau teori HADI yang dimulakan oleh Ust.Hadi....walau apa pun.....hakikat kesempurnaan dakwah Rasulullah SAW adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan teori "RAHMAN"....Rasulullah SAW diwafatkan oleh Allah SWT kerana telah sempurna mesej dan wahyu Allah sebagai panduan umat manusia,tetapi teori RAHMAN pula berbeza,berakhirnya PM dari Barisan Nasional kerana mendukung maksiat dan bertambah hina,tiada langsung penghijrahan kearah kebaikan,pemimpin yang menggantikannya pula sangat jijik di mata dunia. Barisan Nasional akan berkubur kelak kerana PM yang ke enam dari Barisan Nasional adalah seorang yang jijik,dibenci oleh kawan dan lawan. Namanya masih belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah didunia ini,skandalnya dan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya tersebar diseluruh dunia.
Rakyat Malaysia pada hari telah kehilangan maruah kerana Najib dilantik menjadi PM. Setiap rakyat Malaysia akan dipandang hina oleh dunia seluruhnya kerana membenarkan Najib menjadi PM. Walaupun kita dari PAS menentang keras perlantikan Najib,tapi kita tetap berasa malu kepada masyarakat dunia seluruhnya diatas perlantikan ini.
Ini lah satu tarikh yang perlu kita ingati bersama. Tarikh kita kehilangan maruah dimata dunia dengan terangkatnya seorang yang jijik menjadi PM.
PAS tetap mencabar Najib untuk saman media antarabangsa yang telah menyiarkan berita skandalnya dan penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kiranya Najib benar,mengapa tidak diambil tindakan? Apakah hanya setakat itu sahaja maruahnya. Pemuda PAS TAMAN TAS berasa amat-amat kecewa dengan perlantikan Najib sebagai PM. Kami berasa amat malu kepada dunia seluruhnya.
Pemuda PAS TAMAN TAS mengajak seluruh penduduk sekitar Taman TAS khusunya dan seluruh rakyat amnya agar cukuplah memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah Najib menjadi PM terakhir dari Barisan Nasional sekaligus BN berkubur bersama-samanya. Biarlah PM yang ke 7 muncul dengan teori baru setidak-tidaknya teori ANWAR atau teori HADI.....

Thursday, April 2, 2009

BUKIT GANTANG DAN KEM POLIS


Inilah trend baru setiap kali pilihanraya sekarang ini. Asalkan ada PRK pasti akan kelihatan khemah-khemah putih ini didirikan. Seolah-olah akan meletus peperangan di tempat tersebut hingga polis dikerah beramai-ramai hingga berkampung. Yang jelas inilah projek-projek untung segera kepada " sang buaya"....UMNO dan Barisan Nasional memang betul-betul buaya.

Membazirkan harta rakyat. Sia-sia je rupanya cukai-cukai yang kita bayar selama ini. Bayar kepada buaya untuk dibazirkan dengan projek-projek yang langsung tidak penting dan langsung tak menguntungkan rakyat. Yang untung cumalah buaya dan kroni-kroni mereka.

Yang pasti projek ini kalau kita ambil kira kos sewaan khemah,penghawa dingin,makanan dan elaun-elaun......mesti tak kurang 20 Juta?,atau mungkin 30 Juta atau mungkin 50 Juta?......hanya buaya yang tahu....YA ALLAH...KAU lihat lah KEZALIMAN ini....duit kami dan harta kami disalah guna oleh BARISAN NASIONAL.

"RAJA BUAYA"

USRAH PEMUDA CAWANGAN 3 APRIL 2009- TEKS RUJUKAN

SEPULUH WASIAT
Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

LPT-"LEBUHRAYA PANTAI TIMUR"-"LEBUHRAYA PENUH TONG"


Saudara...LPT adalah antara projek gah Barisan Nasional yang telah diserahkan kepada MTD....

East Coast Expressway Phase 1 (ECE1)
It was a year of improved performance for the division, emanating from much improved operating conditions and efficiency achieved. Contribution from MTD Construction Sdn Bhd (‘MTDC’) augurs well for the division’s prospects in the near and medium term. The division registers a combined pre-tax profit of RM25.6m, a marked improvement as compared to the previous year. This is on the back the acceleration of works at the RM1.3bn East Coast Expressway Phase 1 project (‘ECE1’).

Existing outstanding orderbook remains sanguine at RM1.0bn as at 31 March 2002. In addition to ECE1, the division maiden venture in India worth approximately RM175m went underway in the period under review. This is expected to keep the division occupied over the next two years. Efforts are underway to look for projects in the
domestic and overseas markets, which is in line with its on-going earnings diversification plans.

The division is expected to benefit immensely from the Federal Government pump priming efforts in the near and medium term. The Federal Government recent intention to resume construction of ECE2, which is a continuation of ECE1, is expected to strengthen its existing outstanding orderbook further. In addition to bidding for Federal Government funded and privatisation projects, the division is expected to
benefit from the spin-off benefits generated from its newly acquired subsidiary, Metacorp Bhd which is likely to be involved in some road upgrading works within its concession area and property development.



Demikianlah antara petikan dari lama sesawang MTD Berhad. Kita boleh melihat bahawa projek LPT Fasa 1 bernilai 1.3 billion dan MTD terus mengaut keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 25.6 juta. Fasa dua projek LPT antara Pahang dan Terengganu tidak kurang hebatnya. Bernilai hampir RM 1.4 Billion.

Lebuhraya sepanjang 169 KM dengan 8 susur keluar dan tol. Kadar tol anatara Karak - Kuantan ialah RM 19.60 dan kadar antara Karak-Gambang ialah RM 16.90.

Persoalannya. Sejak dibuka pada tahun 2002 hingga kini LPT tak pernah siap-siap. LPT sering dipenuhi oleh "tong-tong merah" (kon-kon),sering ditutup sebelah,berlubang disana-sini dan antara lebuhraya pembunuh utama di Malaysia. Bayaran tol sepatutnya dilupuskan hingga LPT benar-benar siap,tol dikenakan adalah untuk perkhidmatan kononya,tetapi apabila perkhidmatan yang disediakan amatlah teruk,apa guna tol? Seseorang itu sanggup membayar tol yang mahal kerana mahukan perjalanan yang selesa,pemanduan yang tenang dengan kelajuan 110 km/jam. Namun apakan daya.....keadaan di LPT sama-sekali tidak memberikan ketenangan dan kedamaian pemanduan.

Jalan penuh lopak,beralun-alun,bergelombang dan hampir setiap 10km ada sahaja susur ketepi kerana jalan ditutup sebelah. Keadaan ini berlaku sejak LPT dibuka dan hinggalah sekarang. Apakah dalam projek pembinaan pun BN membiarkan prinsip "TERUK! Dulu,kini dan selamanya". Memanglah segala yang sedang dilakukan adalah untuk membaik pulih LPT,tetapi dalam keadaan yang teruk begini MTD yang sedang makan hasil suapan rakyat Malaysia perlulah memikirkan untuk melupuskan tol atau sekurang-kurangnya "diskaun lah 90 peratus".....kan untung dah banyak tu.





Kerajaan pula.....sedarlah dari mimpi.....ingatlah,tiada seorang pun hamba Allah yang melalui LPT berpuas hati dengan kadar tol berbanding perkhidmatan yang amatlah teruk ini. Menggunakan LPT hanyalah "penggunaan dalam keterpaksaan".

Wednesday, April 1, 2009

AKIDAH YANG BENAR - USRAH CAWANGAN 31 MAC

Bahwasanya Allah adalah Rabb (Penguasa) kita semua, maka taatlah kamu
padaNya. Inilah cara sebenarnya. Q.3:51.
Ayat-ayat tersebut di atas serta maksudnya masing-masing, sebagai
contoh yang ala-kadar. Apabila anda dengan saksama membaca al-Quran itu
akan terbayanglah oleh anda, bahwa seluruh isi al-Quran itu merupakan
bimbingan dan petunjuk pada keempat istilah itu melulu. Iaitu:

(1) Bahwa Allah, adalah Rabbul-alamin (Pemilik dan Penguasa atas segala
sesuatu) dan Ilah (Tuhan/Pelindung).
(2) Bahwasanya, tiada Tuhan, atau Ilah dan Rabbul-alamin, selain Allah s.w.t.
(3) Bahwasanya, segala kegiatan dan ketaatan sayugianya diperuntukkan Allah
(yakni disesuaikan dengan ketentuanNya).
(4) Dan hanyalah Allah semata yang membuat Din (agama/ tatacara hidup).

Jelaslah sudah, bahwa barangsiapa ingin memperdalam pengetahuan dan
fahamnya tentang isi al-Quran itu, hendaknya lebih dahulu faham benar erti dan
maksud keempat istilah tersebut. Dan barangsiapa belum faham akan difinisi Allah,
ar-Rabb, al-lbadah dan ad-din itu, maka dia akan menganggap al-Quran itu
sebagai buku cerita dari manusia zaman dahulu.
Kerananya, sulit baginya untuk melaksanakan Dinul-Lah (agama Allah) itu. Mustahil baginya menjunjung tinggi Kalimatullah. Ini semua, disebabkan kekaburan fahamnya, kerapuhan aqidah dan imannya, kendatipun dia percaya terhadap Allah dan Rasul-rasulNya, percaya terhadap para Malaikat dan kitab-kitab suciNya, percaya terhadap hari kiamat dan terhadap Qadha dan QadarNya. Selain itu, dia pun tidak meninggalkan
solat lima waktu setiap hari dan rukun-rukun Islam yang lain, serta tidak lupa
bahkan selalu berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

Akan tetapi, kerana kabur pandangannya tentang tauhid, maka tanpa sadar dia memperbanyak tuhan, memperbanyak ilah dan rabb dalam kelakuannya sehari-hari. Ia
terumbang-ambing oleh situasi dan terkendalikan oleh hawa nafsu dan emosi,
serakah, dengki dan lain-lain sikap yang tak terpuji. Tanpa sadar, bahwa dia
telah melanggar batas-batas tauhid dan terjerumus ke dalam jurang
kemusyrikan. Dan alangkah marah meradangnya, sekiranya anda tegur, bahwa
dia telah keluar dari Islam, yakni murtad. Keluar dari Dinullah, atau dari
Kalimatullah karena telah mempersekutukan Allah, memperbanyak tuhan
sebagai sekutu-sekutu Allah dalam Uluhiyah dan RububiyahNya itu. Semua itu
disebabkan kekaburannya memahami erti atau maksud dari kata Ilah dan Rabb
itu sebagaimana mestinya.

Orang-orang Arab sebelum Islam dan sewaktu Islam mulai datang,
semuanya mengerti kedua istilah itu, iaitu al-Ilah dan ar-Rabb. Kedua patah kata
atau kedua istilah tersebut, mereka pergunakan dalam percakapan sehari-hari
dan pandai juga mempergunakannya. Kiranya untuk siapa diberikan. Apabila di
katakan kepada mereka, bahwa bukan Ilah dan bukan Rabb, bukan tuhan dan
bukan penguasa selain Allah, serta tiada barang satu pun atau seorang orang
pun bersekutu dengan Dia, baik dalam Uluhiyah (Ketuhanan) mahupun dalam
Rububiyah (kekuasaan atau wewenang)Nya, maka fahamlah mereka bahwa
kedua istilah tersebut adalah sebagai dua gelar atau kedudukan yang
dikhususkan untuk Allah s.w.t. Tidak boleh digelarkan ke pada siapapun.

Dengan demikian, bukanlah Tuhan dan bukan jugalah Penguasa dan pemilik
utama yang harus ditaati ketentuan-ketentuan dan perintahnya, selain Allah
Rabul-alamin itu. Maka yang beriman dan yang kufur atau menentang
pernyataan ini, berdasarkan kefahaman dan pengertian sebagimana mestinya.
Begitupun terhadap kedua patah kata, iaitu il-Ibadah dan ad-Din yang tidak
asing bagi orang Arab zaman dahulu itu.

Mereka tahu apa arti ‘abdun itu dan apa yang harus dilakukan olehnya.
Apa arti ‘ibadah dan apa latar-belakangnya serta gerangan apa yang tersimbol
dalam kedua patah kata atau istilah tadi. Kerananya, mereka tidak akan salah
faham kalau diperintah untuk beribadah kepada Allah dan mengenepikan si
taghut. Dalam pada itu, mereka harus meninggalkan cara hidup mereka dan
menunggu cara hidup baru yang akan diserukan kemudian.

Kemudian zaman berganti, dan generasi-generasi pun berganti sekali,
dengan demikian kefahaman tentang keempat istilah dalam al-Quran itu,
berubah. Erti atau maksud yang sedemikian luas dan gambelang menurut
bahasa Arab yang sesungguhnya, berubah menjadi sempit dan kabur. Erti yang
terkenal oleh bangsa Arab pada masa wahyu Ilahi itu bergema, lambat-laun
berubah, terisulir dan terbatas dengan berbagai-bagai dalih dan tafsir yang
kabur. Ini disebahkan dua faktor:

(1) Ketidak-murninya bahasa Arab dan keringnya sumber kreasi di kalangan
muslimin sendiri sejak beberapa abad.
(2) Generasi-generasi yang menerima waris Islam, tidak diwarisi pengertian
tentang keempat istilah itu, sebagaimana dimengerti oleh nenek-moyang
mereka, kaum jahiliah yang begitu luas pengertian mereka tentang
bahasa Arab itu.

Kerana dua faktor itulah, maka ahli bahasa Arab dan ahli Agama Islam
menafsirkan kebanyakan kata-kata dalam al-Quran menurut kefahaman kaum
mutaakhir, tidak menurut kefahaman kaum jahiliah yang luas dan murni itu.
Sebagai contoh:
- Kata al-llah, disenyawakan dengan kata patung-patung berhala dan
sebagainya.
- Kata ar-Rahb. disenyawakan dengan kata pemelihara, pendidik dan
sebagainya.
- Kata ad- Din, disenyawakan dengan kata religion.
- Taghut, disenyawakan dengan syaitan atau berhala.

Penafsiran dan pengertian tersebut, menyulitkan orang mencapai tujuan dan
maksud al-Quran yang sebenarnya. Apabila al-Quran melarang
mempertuhankan selain Allah, maka yang ditinggalkan hanyalah patung-patung
berhala. Dengan demikian yakinlah mereka telah mentaati larangan al-Quran
itu. Padahal mereka masih mempertuhan lain-lainnya - kecuali patung-patung
berhala dalam ertikata taghut yang luas itu.

Apabila diperingatkan al-Quran, bahwa Allah adalah ar-Rabb, disambut
dengan pernyataan bahwa tidak pernah terlintas di benak kami untuk
menganggap siapapun sebagai pemelihara dan penjamin keinginan kami selain
Allah s.w.t, Dengan demikian menurut kefahaman mereka telah memenuhi
tuntutan tauhid itu. Akan tetapi kenyataannya, banyak di antara mereka tunduk
pada Rububiyah (Ketuhanan) yang lain bila ditinjau dari sudut yang lain
daripada arti Pengasuh, Pemelihara dan Penjamin.

Apabila diseru al-Quran, “Sembahlah Allah dan tinggalkanlah taghut itu”,
maka sambutan mereka ialah, kami tidak menyembah berhala, dan mengutuk si
syaitan. Yang kami sembah hanyalah Allah dengan khusyu’. Dengan demikian
mereka yakin telah melaksanakan seruan al-Quran tadi. Padahal mereka
menggantungkan diri dan nasib pada banyak taghut yang tidak berbentuk batu
atau kayu pahatan (berhala).

Begitu juga faham kebanyakan orang tentang ad-Din. Mereka mengaku
sebagai muslim, menunaikan lima rukun Islam dan percaya terhadap keenam
rukun Iman. Akan tetapi, apabila diteliti akan nyatalah bahawa kebanyakan
mereka tidak mengikhlaskan diri untuk Allah dalam melaksanakan tuntutan
Islam sebagai Dinullah yang luas ertinya itu.

Tuesday, March 31, 2009

USRAH CAWANGAN 31 MAC 2009




ALHAMDULILLAH......syukur kepada Allah kerana dengan izinNya kita dapat berusrah hari ini. Mendirikan solat maghrib berjemaah,membaca al-mathurat,berbincang dan seterusnya mendirikan solat isya' berjemaah. Topik kita hari ini adalah Ciri-ciri manusia yang berakidah. Usrah hari ini mendapat sambutan luar jangkaan. Moga Allah merahmati mereka yang hadir dan bagi ahli-ahli yang tidak dapat hadir moga dapat menghadirkan diri pada usrah akan datang. Pada minggu hadapan usrah kita ditangguhkan ke minggu yang akan datang kerana konvoi cawangan ke Perak. Moga Allah swt merahmati kita semua dan kita digolongkan bersama golongan yang berjuang untuk agama Allah swt.