Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah
KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.
Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.
Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini.
Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.
Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Kajang.
Kelantan sifatkan Dr Ismail Salleh manusia luar biasa
Kerajaan Kelantan menyifatkan kematian pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, 61 merupakan satu kehilangan besar kepada negara.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, kemampuan luar biasa yang dimiliki Allhayarham cukup dikagumi, lebih-lebih beliau merupakan orang kurang upaya (OKU).
"Beliau seharusnya menjadi idola kepada OKU dan rakyat negara ini kerana mempunyai kemampuan yang cukup hebat.
"Dr Ismail turut dikenali di peringkat dunia kerana beliau seorang OKU mempunyai kepakaran yang jarang dimiliki orang lain," katanya di sini.
Dr Ismail meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini. Dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besar Singapura kira-kira jam 8 pagi tadi.
Allahyarham mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan OKU yang cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa.
Dr Ismail juga Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech yang diasasnya.
Meninggalkan seorang balu dan enam anak. Arwah dilahirkan di Pasir Mas pada 2 September 1947.
Semasa hayatnya pernah mendapat anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah. _
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment