IKLAN BERBAYAR

Wednesday, May 26, 2010

UMNO - DAJJAL MERBAHAYA - SESAT DAN MENYESATKAN

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al-Arqam (Al-Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada Umno juga.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, ini kerana Umno sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al-Arqam.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin kali ketiga di Putrajaya tempoh hari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al-Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

Menurutnya, Umno yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama.

Sebaliknya, kata beliau Umno memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja.

Baru-baru ini, tambahnya, Kerajaan Malaysia yang mana Umno merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada Berjaya Group yang bukan sahaja untuk pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010.

Katanya lagi, tetapi ia berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan ke atas empat liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn Bhd juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn Bhd.

“Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

“Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku ahli Umno?” soalnya.

Menurutnya lagi, mempertikaikan hukum Allah SWT jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.

Bagi Nasrudin, kalau dikatakan konsert khas anjuran Al-Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempoh hari dan bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung.

“Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik Umno BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini.

2 comments:

  1. Tidak dinafikan apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi itu betul, selain Al Arqam, UMNO juga perlu dipantau. Tapi beliau jangan lupa PAS juga perlu dipantau kerana sejak kebelakangan ini terlalu sibuk berpolitik sehingga tidak menunaikan janji manifesto pilihanraya PRU-12.

    PAS telah menyamakan antara ISLAM dengan parti. PAS telah menyempitkan keluasan Islam sebagai ad deen, kepada kesempitan fikrah firqah kepartian. Sehingga menfatwakan sesiapa yang menolak PAS bermakna menolak Islam. Sesiapa yang menolak PAS, halal dimusuhi, halal dipulaukan, halal dicerca, halal diperangi.....

    Bahkan fatwa yg paling buruk sepanjang sejarah Islam adalah dengan mendakwa, sesiapa yg menolak PAS tak akan masuk syurga.....PAS telah berjihad umat islam masuk parti, bukan berdakwah kepada keluasan Islam itu sendiri...Andai firqah kepartian itu merupakan tunjang utama terbentuknya sebush dsulsh islam, rasulullah saw terlebih dahulu akan membentuknya bersama para sahabat ra ajmain....

    Baiklah....silakan pantau UMNO, tapi silakan pantau PAS, sesungguhnya PAS telah mengadakan bid`ah yang lebih buruk dan fitnah yang akhirnya merosak keaslian dan kemurnian ajaran islam sendiri.....

    ReplyDelete
  2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete