Alhamdulillah...hari ini dapat kita ber "usrah" bersama-sama. Kehadiran pun memberangsangkan. Pasar Malam tak menjejaskan komitmen ahli jemaah PAS Cawangan untuk menghadirkan diri. Ustaz Yusof Embong pun hadir memberikan penjelasan mengenai Aqidah Islamiah. Syukur kepada Allah kerana kita bukan sahaja dapat mendirikan solat maghrib berjemaah,malah kita dapat bermathurat bersama-sama,berbincang mengenai persoalan aqidah,berbincang tentang gerak kerja jemaah dan seterusnya solat Isya' bersama-sama yang diimamkan oleh Ustaz Yusof. Terima kasih sekali lagi kepada Sdr.Rosli untuk murtabak yang di sponsor oleh beliau...Alhamdulillah...Moga bertambah berkat rezeki Sdr.Li. Hingga kita bertemu kembali pada minggu hadapan 24 Mac 2009. Kepada pemuda cawangan...jangan lupa usrah pemuda 22 Mac 2009...jam 9.00 malam di Pasti Al-Huda.
Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera
Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap
-
*MELAKA*: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan
keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenangan yang
dip...
2 days ago

No comments:
Post a Comment