Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di Kuantan pada 18 April ini (Sabtu).
Menurut sumber KeAdilan Pahang, Anwar dijadualkan akan merasmikan Ibu Pejabat KeAdilan Pahang yang baru di jalan Beserah berhadapan Poliklinik Beserah.
Sehubungan itu majlis jamuan bersama rakyat akan diadakan mulai jam 5.00 petang manakala ceramah umum membabitkan Anwar dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pahang akan diadakan pada jam 9.00 malam di tempat sama.
Ini adalah kali pertama Anwar datang ke Pahang selepas Pakatan Rakyat menang dalam dua pilihan kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 7 April lalu serta peralihan kuasa Abdullah-Najib 3 April lalu.
Anwar dijangka akan memperjelaskan isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat yang perlu diketahui para pendokong perjuangan oposisi.
Pada hari yang sama juga PM (Perdana Mongolia) akan berada di Kuantan. Mari kita lihat majlis mana dapat sambutan rakyat bawahan tanpa kerahan dan arahan.
Kerajaan Negeri Tetap Akan Teruskan Laporan Polis Terhadap Individu
Menfitnah Program Bantuan Bakti Negeri Pahang (BN Pahang)
-
*KUALA LIPIS: *Kerajaan Negeri Pahang tetap meneruskan laporan polis
terhadap individu yang didakwa memfitnah program bantuan Bakti Negeri
Pahang (BN Pah...
21 hours ago

No comments:
Post a Comment