|
| |||
Sejarah itu akan tercatat pada 28 Febuari ini di Balai Islam, Lundang apabila Menteri Besar Kelantan dijangka hadir menonton filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang diadaptasikan daripada novel tulisan Habiburrahman El-Syirazi. Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, tayangan filem berkenaan dijangka bermula jam 9 malam. “Selain itu pihak penganjur turut menjemput pensyarah Jabatan Pengajian Media UM, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mengupas filem tersebut. “Oleh itu, saya menjemput orang ramai hadir bersama-sama menonton filem bercorak kerohanian itu selain untuk berhibur, ia juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya di sini. Baru-baru ini, lebih 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ bahagian pertama yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC). Tayangan filem tersebut diadakan sempena Hari Hiburan Islam yang turut menampilkan penulis asal cerita berkenaan, Habiburrahman yang didatangkan dari Indonesia. Tayangan tersebut diadakan secara percuma dan ia merupakan box office di Indonesia 2009.
|
Perlawanan Legenda Pahang Menentang Kelantan Pada 7 November Ini
Menyasarkan Kehadiran 25,000 Hingga 30,000 Penonton
-
*KUANTAN:* Perlawanan legenda Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul
Makmur pada 7 November ini menyasarkan kehadiran 25,000 hingga 30,000
penonton b...
10 hours ago

sila lihat comment ana dalam ruangan comment PRU13 UPU SG ISAP. DLM BLOGGER MTD TG LUMPUR
ReplyDelete