KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu  judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk  menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura  kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan  perjudian Singapura iaitu di Marina Bay. Alasan yang digunakan adalah, tanah ini  mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah  dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat  usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Alasan yang digunakan adalah, tanah ini  mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah  dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat  usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian  yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.
Semalam  Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam  retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Melalui  perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu  syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.
Padahal,  sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh  KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam  Malaysia lagi.
Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk  menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB  di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.
Najib  berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan  dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak  Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.
Tanah yang dikatakan  bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina  Bay Sands Casino Resort.
"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi  resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor,  CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.
 Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana  menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa  kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan  negara kepada negara luar.
Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana  menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa  kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan  negara kepada negara luar.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr.  Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa  kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada  hak ke atasnya.
"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut  sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh  dibahagi-bahagi," katanya.
Najib katanya perlu lebih telus dan  terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian  40 peratus kepada Singapura itu.
Ini kerana, rakyat katanya tidak  mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa  yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada  kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.
Malaysia juga  jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau  Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.
"Kita tidak tahu apa  yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat  tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.
"Ini  bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya  lagi.
Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno  melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman  Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani  krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.
.jpg) 
 


 
 
 
 
 
 
 
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
ReplyDelete