Saman RM63 juta: Rakyat terima padah, Adnan mesti hadir di mahkamah
PAS Pahang melahirkan kekesalan atas prestasi pengurusan kerajaan negeri pimpinan Umno yang terlau lemah sehingga menyebabkan kewangannya berada pada tahap yang amat kritikal dan bermasalah.
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada media di pejabatnya baru-baru ini kecewa berpunca daripada itu rakyat terpaksa menanggung akibat yang tidak sepatutnya berlaku.
"Akibat daripada ketiadaan sumber kewangan yang mencukupi kita percaya rakyat pula akan dibebankan dengan kenaikan cukai dan sebagainya.
"Jumlah RM63 juta seperti yang diarah mahkamah dulu adalah sebahagian dari saman syarikat kepada kerajaan negeri. Kita ada dengar masih ada syarikat yang menyaman kerajaan negeri dalam jumlah yang jauh lebih besar dari itu," katanya.
Tuan Ibrahim turut mendesak Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob hadir sendiri ke mahkamah apabila kes penangguhan pembayaran keatas Syarikat Gemilang Makmur berjumlah RM 63 juta di dengar di mahkamah nanti.
"PAS Pahang mendesak Menteri Besar hadir sendiri ke Mahkamah apabila kes penangguhan pembayaran itu di dengar bagi membuktikan beliau bertanggung jawab kepada kerajaan negeri dan rakyat," katanya.
Shahaniza: UMNO Pahang Berpandangan Isu Tanah Membabitkan Masyarakat Orang
Asli Tidak Wajar Dipolitikkan Atau Dimanipulasi
-
*KUANTAN: *UMNO Pahang berpandangan isu membabitkan masyarakat Orang Asli
tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi bagi meraih perhatian serta
keuntung...
2 days ago

No comments:
Post a Comment