JANGAN MUDAH PERCAYA ....musuh sengaja melaga-lagakan kita.
Salam sahabat-sahabat seperjuangan,
Kita janganlah mudah percaya kepada berita, perkhabaran dan maklumat; tapislah dulu, siasat dulu, jangan mudah percaya. Kekadang kita lebih percayakan surat khabar daripada sahabat sendiri.
Adalah merupakan satu kesalahan besar jika kita mudah mempercayai isu yang sedang berlaku mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan,hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.
Waspadalah, kerana banyak yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi, mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat orang-orang yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwwah tersebut belum terurai dan para sahabat bercerai-berai.
Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya.
Suatu hal penting yang perlu anda perhatikan adalah, terkadang sikap anda membuat para pendengki menebarkan boleh hasutannya, seperti jika anda terlalu menampakkan cinta yang berlebihan terhadap sahabatmu di hadapan mereka. Mungkin anda mengira mereka suka melihatnya, kerana yakin bahawa seharusnya mereka seperti anda yang menyukainya, padahal mereka berbalik iri ketika mendengar ucapanmu. Bahkan kerana anda sering terlihat menjumpai sahabat, dapat memicu perasaan tidak suka, mereka cemburu dan dengki, lalu mencuba untuk menghancurkan kemesraan hubunganmu dengannya. Untuk itu, pandai-pandailah dalam mengungkapkan isi hati kepada sahabatmu ketika berada di tengah-tengah orang banyak.
Sekian, terima kasih.
Sedutan dari blog Ustaz Yusof Embong,TPJ Pas Pahang
Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang
Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah
-
*KUALA LUMPUR:* Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal
dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke atasnya
untuk ...
2 days ago

No comments:
Post a Comment