IKLAN BERBAYAR

Monday, May 11, 2009

MUKTAMAR PEMUDA PAS PAHANG

Perwakilan DPP Pahang yang bermuktamar 10 Mei, hari ini telah mencalonkan Ustaz Nasarudin Hasan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Untuk jawatan Timbalan, Sabki Yusuf (Setiausaha DPP Pusat) menjadi pilihan majoriti perwakilan manakala bagi jawatan Naib Ketua, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz menjadi pilihan ramai.

Sementara bagi jawatan AJK, perwakilan telah menyerahkan pencalonan kepada pimpinan DPPNP yang baru.

Muktamar DPP Negeri kali ke 27 hari ini dirasmikan Ketua Penerangan DPP Pusat, Suhaizan Kayat menggantikan Datuk Mahfuz Omar, di Kompleks Imam Syafie, Jerantut.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan perwakilan pemuda selaku pimpinan parti supaya bekerja sebagai pemimpin rakyat bukan pemimpin politik semata mata.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa PAS mampu memerintah Pahang pada PRU akan datang.

Turut hadir di upacara perasmian tersebut ialah Setiausaha BPPNP Roslan Zainal, bekas Ketua Pemuda Ustaz Nasarudin Tantawi dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang, N.Balasubramaniam.

Ustaz Suhaimi menang tanpa bertanding

Ustaz Suhaimi Saad Pemangku Ketua DPP Pahang menang tanpa bertanding sebagai Ketua DPPNP bagi sesi 2009-2011, manakala bagi jawatan Timbalan Ketua, penyandangnya sesi lalu ditentang Ustaz Shahril Azman Abd Halim Ketua DPP Kuala Krau. Naib Ketua dimenangi tanpa bertanding Abdullah Karim, Ketua Penerangan sesi lalu.

3 tinggalkan Pemuda

Setiausaha DPPNP Hasanudin Salim,Exco DPPNP Mohd Ghaust dan Dr Nilam Abd Manaf telah meninggalkan DPPNP kerana melebihi usia 40 tahun.

Mereka telah diberi kepercayaan kawasan masing masing untuk terus menyumbang tenaga membantu parti.

Hasanudin kini setiausaha PAS Temerloh, Dr Nilam pula YDP PAS Raub manakala Mohd Ghaus diamanah sebagai Naib YDP Indera Mahkota.

Seramai 17 orang bertanding bagi merebut jawatan Exco DPPNP.

Senarai Exco DPPNP sesi 2009-2011 adalah seperti berikut:

Pengerusi Tetap: Ustaz Rosli Jabar
Timbalan:Hasnan Harun

Ketua Pemuda: Ustaz Suhaimi Saad
Timbalan Ketua: Ustaz Shahril Azman Abd Halim
Naib Ketua: Abdullah Karim
Ajk Yang Terpilih:
1. Ustaz Hazmi
2. Mohd Fadhil Nor Abd karim
3. Ustaz Fazli Ibrahim
4. Mutacohiri Ludin
5. Ust Nazri Ahmad
6. Akmar Alias
7. Ustaz Jauhari Ishak
8. Johari Wahid
9. Khairul Fathi
10. Shaharudin Mohamad

No comments:

Post a Comment