Kalimat ulama di dalam al-Qur'an
Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang mengetahui, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.
Daripada sebanyak seratus enam puluh tiga perkataan alim dan ulama di dalam al-Qur'an hanya sepuluh sahaja digunakan sebagai adjektif untuk manusia. Yang lain, dan yang terbanyak, adalah untuk Allah.
Hanya yang diturunkan di sini adalah ayat-ayat yang mengandungi perkataan "alim" atau "ulama" yang berkaitan dengan mansuia sahaja. (Bagi maksud "ulama agama" sila rujuk kalimat habr di halaman lain)
7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),
7:112. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."
12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."
15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."
26:34. Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),
26:37. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?
35:27. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.
35:28. Di antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
(ulama di sini bukanlah ulama agama tetapi ulama sekular)
51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka memberinya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).
ULAMA SUK'
Telah berkata Saiyidina Umar r.a,
"Perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara". Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal" , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, "Ulama Sukk".
Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan-tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.
Nabi pernah menggambarkan orang-orang yang boleh membaca Quran dengan baik, tetapi bacaannya itu tiadalah melewati kerongkongnya, iaitu hanya sekadar bacaan dan bukan menjadi amalan. Mereka sebegini terlucut dari agama Islam bagai terlucutnya anak panah dari busurnya.
Dalam sebuah hadis yang lain: "Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit". Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnyaapa yang keluar dari mulutnya adalah omongan kosang sahaja.
Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang yang mengajar ilmu pengetahuan secara lahir sahaja iaitu bukan sebab kebenaran yang dicari, tetapi nama dan kedudukan yang dihajati, maka ia adalah munafiq yang durjana. Malah ilmu yang diajarnya itu membawa kepada mudharat untuk semua manusia dan pada dirinya sendiri juga.
Hakikatnya, ulama yang alim yang beramal dengan ilmunya, dan mengajarkannya pula kepada orang lain maka dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, akan tetapi mengajarkan ilmu yang baik kepada org lain, maka nasibnya dalam bahaya, tetapi alim yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan apa yang dia tahu malah tidak pula mengajarkan kepada orang lain, maka golongan manusia inilah yang teramat rugi dan bahaya.
Apatah lagi jika dia mencipta-ciptakan ilmu yang tak pernah wujud dan menyuruh orang melakukan yang salah dan perkara-perkara syubhat dan keliru, lagi teruklah azab bagi alim ulama sebegini.
Kita sebagai muslim mutaakkhir, wajib kita tahu untuk membezakan antara golongan-golongan ulama ini. Yang manakah yang tulen dan yang manakah bertopeng supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubang kehancuran dek kerana kelemahan kita sendiri.
Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 175: "..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat"
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment