IKLAN BERBAYAR

Tuesday, March 31, 2009

USRAH CAWANGAN 31 MAC 2009




ALHAMDULILLAH......syukur kepada Allah kerana dengan izinNya kita dapat berusrah hari ini. Mendirikan solat maghrib berjemaah,membaca al-mathurat,berbincang dan seterusnya mendirikan solat isya' berjemaah. Topik kita hari ini adalah Ciri-ciri manusia yang berakidah. Usrah hari ini mendapat sambutan luar jangkaan. Moga Allah merahmati mereka yang hadir dan bagi ahli-ahli yang tidak dapat hadir moga dapat menghadirkan diri pada usrah akan datang. Pada minggu hadapan usrah kita ditangguhkan ke minggu yang akan datang kerana konvoi cawangan ke Perak. Moga Allah swt merahmati kita semua dan kita digolongkan bersama golongan yang berjuang untuk agama Allah swt.

Monday, March 30, 2009

SEKITAR PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG








KULIAH MAGHRIB 29 MAC 2009





Alhamdulillah....syukur pada hari ini kita dapat meneruskan agenda kuliiah maghrib kita. ini merupakan kali kedua kita berkuliah selepas kuliah Ustza Tarmizi pada 15 Mac lalu. Kuliah seterusnya Insya Allah pada 12 April akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suhaimi Saad,pemangku Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang. Hari ini kuliah telah disampaikan oleh Sdr.Abdul Rahim menggantikan pengkuliah yang sepatutnya hadir tetapi tidak dapat bersama-sama kita atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sdr. Abdul Rahim telah menyentuh tentang kewajiban berjuang untuk Islam dan janji-janji Allah akan PASTInya kemenangan Islam. Teks perbincangan kuliah boleh dibaca dalam blog post terdahulu. Kuliah mendapat sambutan yang memberangsangkan;namun tradisi utamakan hiburan JOM HEBOH di Kuantan dan FUNFAIR di Taman TAS telah mengakibatkan kurang minat terhadap program-program berbentuk Islam. Masyarakat kini yang gila hiburan yang tidak langsung peka kepada Islam telah menjadi robot-robot yang telah diprogramkan hanya untuk bekerja siang hari dan malam habiskan masa dengan anak-anak dan keluarga atau didepan TV. Inilah golongan yang tidak peka,rasa selesa dengan keamanan negara tapi tidak pedulikan kehancuran akhlak dan moral. Terima kasih sekali lagi kepada Sdr.Rosli kerana sponsor murtabak. Kepada Sdr. Safarul,terima kasih sebab bertungkus lumus siapkan air,kepada Sdr. Amran,Rashideen,Haji Zaharudin,terima kasih banyak-banyak sebab siapkan tempat. Moga "baby" yang hadir sekali ini bakal menjadi muslimah solehah.....bertemu kembali pada Usrah Cawangan Selasa 31 Mac 2009,Usrah Pemuda Cawangan 3 April 2009, dan KONVOI KE BUKIT GANTANG pada 6 April 2009.

Sunday, March 29, 2009

ISLAM PASTI MENANG-KULIAH MAGHRIB CAWANGAN 29MAC2009

ISLAM PASTI MENANG

إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ - وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ اللَّهِ أَفْوَجاً - فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوِبَا

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.
Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya. Firman Allah Taala.

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.
Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.
Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.
Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.


Fajar menyinsing
Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa
golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.
Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat
dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.
Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam
telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.
Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi
banyak…"(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Wednesday, March 25, 2009

Najib-Netanyahu-SE"RUPA" TAPI TAK SE"????"




Saudara...
Sejak beberapa hari ini setiap kali melihat wajah bakal PM kita atau Prime Minister In Waiting yang bernama Najib atau ada yang menggelarnya "najis" atau ada juga yang gelarnya "mat port dickson" atau ada juga yang gelarnya "lanun monggolia"....saya sering teringatkan wajah Benjamin Netanyahu,Perdana Menteri Israel yang baru memenangi pilihanraya Israel dan sedang sibuk uruskan kerajaan perpaduan kononnya. Benjamin Netanyahu seorang yang sangat zalim,Islam musuh utamanya,semasa kempennya bagi memenangai pilihanraya "si syaitan" ini menjanjikan Israel yang lebih kuat dan melupuskan HAMAS serta teruskan kezaliman keatas Palestin.

Saudara...
Bakal Perdana Menteri di Malaysia belum pun jadi PM tapi sedikit sebanyak cara Netanyahu ini telah dipelajarinya bagi menindas musuh-musuh politiknya. Kadang-kadang saya terfikir juga,samada Najib yang meniru Netanyahu atau Netanyahu yang meniru Najib. Wajah mereka berdua pun hampir-hampir serupa sahaja. Entah lah....mungkin ada sebab Allah telah ciptakan sedikit sebanyak persamaan antara kedua-duanya.

Apapun mereka berdua ini nampaknya menjadikan "kuku besi" sebagai jalan pemerintahan,si Najib beriya-iya berucap di Perhimpunan Agung UMNO mendesak menolak pemimpin yang rasuah,tidak bermoral. Tapi nampaknya UMNO SEMAKIN BODOH apabila tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Kadang-kadang saya rasa kesian sangat kepada ahli-ahli UMNO ni. Dah jelas sangat pemimpinnya tidak bermoral,kaki rasuah,skandal dan kuat menipu...tapi kenapalah ahli-ahli UMNO ni terus ikut telunjuk pemimpin-pemimpin mereka. Kami ahli PAS kalau pemimpin buat salah,kami tak akan taat dan kami akan tegur mereka. Tapi UMNo ni betul-betul dah penakut,bacul sampai terpaksa guna gangster tak kiralah gangster berdaftar berpakaian seragam warna merah,biru atau 3 warna berbelang. Pemuda PAS masih terus bersabar.....ingatlah wahai ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.....jangan khianati demokrasi kerana padah menanti. Fikir-fikirlah sendiri.-OLEH ABUAZIZAH-

IR NIZAR VS DR ZAMBRY???

PETIKAN HARAKAHDAILY-NET
Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat. - wann/mks._

USRAH CAWANGAN 24 MAC 2009

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana pada hari ini dapat kita berusrah bersama-sama. Kehadiran sangat memberangsangkan. Nampaknya semakin mendapat sambutan program Usrah kita ini. Mungkin ini adalah tanda bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat khususnya dicawangan Taman Tas sendiri. Pemuda semakin ramai menyertai usrah. Hari ini kita berbincang soal penghayatan Aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah kerana kita dapat memahami konsep pembinaan diri,keluarga,masyarakat,negara dan alamiyyah berlandaskan Islam dan sekaligus mengaplikasikan Aqidah dalam jiwa kita agar terbentuk JILUL Qur'an atau generasi Qur'an. Usrah Pemuda pada 22 Mac lepas kita telah mengupas persoalan peringkat dakwah yang dibahaskan oleh Imam Hasan Al-Banna. Kita sama-sama dapat memahami konsep Taarif,Takwin dan Tanfiz. Moga sesi-sesi perbincangan Ilmiah yang kita jalankan secara jamaah ini akan membina diri kita menjadi hamba-hamba yang bertakwa dan disayangi ALLAH. Hari ini kita juga telah berjaya secara jamaah membuat kemeje PAS TAMAN TAS yang tak kurang lawanya. Tempahan pun sungguh memberangsangkan. Betullah apa yang pernah kita bincangkan sebelum ini mengenai TREND TERKINI.....baju-baju UMNO dan Barisan Nasional dah tak laku.Ramai orang malu nak pakai,tapi ramai yang buat kain buruk lap lantai. Mungkin tak lama lagi UMNO pun jadi KAIN BURUK....moga ahli-ahli UMNO cepat-cepat sertai PAS dan tinggalkan BN yang tak habis-habis rasuah dan penuh dengan skandal pemimpin-pemimpinnya. Moga hidayah dan nur Islam meresap kedalam hati-hati kita untuk bergerak dalam jemaah Islam untuk Islam kerana tugas kita sebagai khalifah ALLAH masih belum berakhir.

Tuesday, March 24, 2009

BN BACUL,PENAKUT

Nampaknya ternyata kerajaan BN semakin "kecut dan takut" dengan suara rakyat yang bakal menenggelamkan keegoaan mereka dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan 7 April nanti. Terkini, pihak polis terutamanya FRU dipercayai telah mengganas dan menyerang orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Padang Awam Cinta Sayang dekat sini malam tadi. Polis dipercayai telah melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang orang ramai hadir dan mendengar amanat Anwar itu. Selain gas pemedih mata, pihak polis juga dipercayai telah menggunakan meriam air "water canon" bagi tujuan tersebut. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dalam keadaan ketakutan dan kecoh sekali. Kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima mini Anwar memperkenalkan calon PKR bagi Kerusi DUN Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil kawasan itu nanti. Lebih memilukan ialah pihak polis mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam sehingga 11.30 malam untuk menyerang orang ramai yang tidak berdosa itu. Kami juga difahamkan seramai lebih kurang 50 orang telah ditangkap oleh pihak polis termasuk pemimpin tertinggi PKR negeri, para peniaga gerai dan penduduk setempat. Manakala itu antara mereka yang ditahan termasuklah Senator Zamri Yusof, Setiausaha Negeri Hafiz Ali dan Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Selain kehadiran pihak FRU untuk menyerang orang ramai, pihak polis juga dipercayai telah mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk menghalang orang ramai hadir ke ceramah Anwar malam tadi. Difahamkan lebih 10 ribu rakyat setempat dan luar telah hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah Anwar malam tadi.

Monday, March 23, 2009

KDN GANTUNG HARAKAH-BARISAN NASIONAL "PONDAN"

Hari ini KDN telah mengeluarkan arahan menggantung keluaran Harakah selama 3 bulan. Ini lah bukti BN pondan. Tak berani berdepan dengan suara pembangkang. Dah lah semua media disekat. Kerajaan BN makin lama makin bacul berdepan dengan Pakatan Rakyat. Kebodohan pemimpin BN makin jelas. Suara Keadilan pun di gantung selama 3 bulan. Takut sangat BN ni bila pihak Pakatan Rakyat bagi ulasan tentang isu-su semasa termasuk isu keporak-perandaan BN menjelang pemilihan parti. BN yang bakal dipimpin oleh Najib nampaknya musuh kepada demokrasi. Najib nampaknya nak amalkan pemerintahan kuku besi. Ni sedutan dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

Thursday, March 19, 2009

Lembaga Disiplin UMNO - Rasuah UMNO

Demikianlah kisah UMNO dan BN. Pemimpin kaki rasuah. SPRM tak ambik tindakan pun.

Ni senarai pemimpin kaki rasuah. Ahli Parlimen kawasan kita ni pun ada. Lebih memalukan YB Dun Panching yang baru setahun jadi ADUN pun terlibat dan diberi amaran. Apakejadahnya UMNO ni? Betullah Paya Besar lubuk rasuah pemimpin UMNO. Ramainya pemimpin UMNO Paya Besar terlibat.

Senarai Keputusan Lembaga Disiplin Umno

• Dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno

1. Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Naib Presiden Umno / Ketua Bahagian Bukit Katil
• Digantung tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau sepenggal pemilihan

1. Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid
Ketua Pemuda Kota Belud
2. Salmah Pin

Ketua Wanita Bahagian Bandar Tun Razak
3. Saadun Basirun
Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil / Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka

4. Rosli Hasan
Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil

5. Zalina Ismail
Naib Ketua Puteri Bahagian Bukit Katil

6. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Ketua Pemuda Bahagian Maran

• Digantung setahun daripada 12 Mac 2009

1. Datuk Mokhtar Samad
Ketua Bahagian Bandar Tun Razak

2. Datuk Abdul Manan Ismail
Ahli Umno Bahagian Paya Besar


3. Amran Mat
Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krai

4. Mohd Zuki Mohd Zain
Ketua Cawangan Gua Musang


• Diberi amaran

1. Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah

Timbalan Ketua Bahagian Paya Besar

2. Mohd Zaili Besar

Ahli Jawatankuasa Bahagian Paya Besar

3. Mohd Shohaimi Jusoh

Naib Ketua Bahagian Paya Besar

4. Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Naib Ketua Pemuda Umno / Ketua Pemuda Bahagian Rembau

Tuesday, March 17, 2009

USRAH CAWANGAN 17 MAC 2009


Alhamdulillah...hari ini dapat kita ber "usrah" bersama-sama. Kehadiran pun memberangsangkan. Pasar Malam tak menjejaskan komitmen ahli jemaah PAS Cawangan untuk menghadirkan diri. Ustaz Yusof Embong pun hadir memberikan penjelasan mengenai Aqidah Islamiah. Syukur kepada Allah kerana kita bukan sahaja dapat mendirikan solat maghrib berjemaah,malah kita dapat bermathurat bersama-sama,berbincang mengenai persoalan aqidah,berbincang tentang gerak kerja jemaah dan seterusnya solat Isya' bersama-sama yang diimamkan oleh Ustaz Yusof. Terima kasih sekali lagi kepada Sdr.Rosli untuk murtabak yang di sponsor oleh beliau...Alhamdulillah...Moga bertambah berkat rezeki Sdr.Li. Hingga kita bertemu kembali pada minggu hadapan 24 Mac 2009. Kepada pemuda cawangan...jangan lupa usrah pemuda 22 Mac 2009...jam 9.00 malam di Pasti Al-Huda.

TEKS PERBINCANGAN USRAH PEMUDA MINGGU NI

SEPULUH WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA
Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Sunday, March 15, 2009

Kuliah Maghrib 15 MAC 2009



Alhamdulillah,kuliah maghrib kita berjalan baik,sambutan pun baik,cuma kurang "bukan ahli",maybe coz hujan renyai-renyai,namun begitu permulaan yang baik. Moga usaha kita diberkati Allah SWT.Lepas kuliah kita semua solat Isya' berjemaah dan alhamdulillah Sdr.Rosli sponsor murtabak untuk majlis makan-makan.Moga diperluaskan rezeki Sdr.Rosli dan bisnes murtabak di pasar malam bertambah kencang.....kepada semua yang hadir terutamanya ahli-ahli cawangan....terima kasih...jazakumullahukhairan jaza'..... lepas ni kuliah 29hb Mac pulak. Insya Allah.....
(ni program makan murtabak li lepas kuliah)

KULIAH MAGHRIB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

15 MAC 2009 : AHAD : PASTI AL-HUDA

OLEH : USTAZ MOHD.TARMIZI YAHAYA

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD

DALAM MEMAHAMI ISLAM : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman

purbakala.

Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W

Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi Muhammad S.A.W menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad S.A.W itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad S.A.W, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad S.A.W itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya: Yang bermaksud;

Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab 33 : 21)

3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad S.A.W boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Muhammad S.A.W

4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah S.A.W adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum hukum Islam.

5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad S.A.W sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda S.A.W berda’wah. Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad S.A.W ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.

Sejarah Muhammad S.A.W membidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).

Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA ERTI KIRANYA HANYA TARIKH KELAHIRAN RASULULLAH YANG DI SAMBUT TETAPI RASULULLAH SAW TIDAK DIJADIKAN CONTOH IKUTAN TERBAIK DALAM SEGALA ASPEK MERANGKUMI DIRI,KELUARGA DAN KEPIMPINANNYA. CARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI NEGARA KITA AMAT MEMALUKAN APABILA ISTERI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA TERMASUK ISTERI PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN BETUL SEOLAH-OLAH MEMPERSENDA DAN MEMPERMAINKAN AJARAN RASULULLAH SAW YANG MEWAJIBKAN SETIAP WANITA ISLAM MENUTUP AURAT ATAS ARAHAN ALLAH SWT.

SILA DAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN di PASTI AL-HUDA DENGAN MELAYARI http://tamantassyabab.blogspot.com

SUSUNAN : IBNUHOSMAN


KEKUATAN KITA DIBINA DENGAN USRAH

Salam buat sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana hasil usaha kita bersama dan setelah melalui banyak perbincangan dalam usrah kita dapat menghasilkan blog kita dengan keizinan Allah SWT.

Sahabat-sahabat sekalian,
Betapa indahnya usrah kita,ikatan kita atas dasar aqidah Islamiyah dapat kita jalin dengan penuh kasih sayang...

Mari kita renung rukun-rukun usrah yang dikupas oleh Imam Hasan Al-Banna,

1. Taa'ruf 2. Tafaahum 3. Takaaful

Selepas terjalin perkenalan antara kita atas kefahaman yang satu maka telah kita bersama-sama secara jamaie menghasilkan blog ini untuk kemudahan kita bersama.

Sahabat sekalian....

Moga ukhwah yang kita bina atas dasar Islamiah ini terus utuh dan mantap....kita berkasih sayang kerana Allah dan cinta kerana Allah....usrah kita minggu ni kita akan bincang bab Bekalan Angkatan Dakwah dan kajian tentang PPSMI....Insya Allah...

Saturday, March 14, 2009

HANCUR SUDAH AKHLAK KITA : BACA…JANGAN TAK BACA…PANAS !!!!!!( Oleh : ibnu Hosman)

Saudara-saudaraku….Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, pembuangan anak menjadi trend masyarakat hingga hampir setiap hari kita melihat di media massa isu pembuangan anak tanpa perikemanusian mengalahkan binatang. Remaja muslim semakin hancur sikapnya,tidak lagi mengenal aurat yang menjadi syariat dalam agama.

Batas-batas pergaulan tidak dipelihara. Trend anak-anak muda berpelukan di khalayak ramai termasuk di atas motor bersama pasangan tanpa rasa malu semakin menjadi. Gadis dan wanita melayu Islam tidak lagi tahu rasa malu,mendedah aurat dan tubuh tanpa takut azab Allah di neraka nanti. Ada suami-suami yang sangat-sangatlah jelas kedayusan mereka membiarkan isteri mereka berseluar pendek ber t-shirt malah berkemban menyidai kain malah melepak ditepi jalan sambil berbual dengan jiran tanpa takut kemurkaan Allah.

Ibubapa dengan bersahaja membiarkan anak-anak mereka sesuka hati,remaja perempuan tanpa segan silu dengan berpakaian seksi berseluar pendek kehulu-kehilir dengan motor seolah-olah mahu menunjuk kepada semua orang dialah paling lawa,paling seksi,paling ramai peminat di Taman TAS atau dimana-mana sahaja. Padahal dia dikutuk oleh para malaikat dan hina teramat hina di sisi ALLAH. Trend ini semakin merebak,menjadi-jadi mungkin akibat pengaruh media massa yang tak kenal erti Islam,hiburan melampau batas.

Kebelakangan ini kedengaran isu “ tangkap basah” semakin banyak di Taman TAS dan kawasan sekelilingnya. Pihak JAIP mencegah maksiat agar bala tidak menimpa semua. Seks bebas juga telah menjadi trend,remaja tidak takut dosa ZINA,malah sampai ketahap merakam/video asmaradana ZINA

mereka kononnya hebat untuk ditunjuk-tunjuk kepada rakan-rakan.

Tersebarlah video clip ZINA mereka dan berbanggalah mereka. Sedangkan di akhirat sana azab api neraka menanti mereka. Tersebar jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf.

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan.

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas.

Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16)

Friday, March 13, 2009

WAHAI PEMUDA

Wahai Pemuda

Terjemahan versi 2.0 Julai 2002

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.

Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Wahai angkatan pemuda!

Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.