IKLAN BERBAYAR

Saturday, March 14, 2009

HANCUR SUDAH AKHLAK KITA : BACA…JANGAN TAK BACA…PANAS !!!!!!( Oleh : ibnu Hosman)

Saudara-saudaraku….Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, pembuangan anak menjadi trend masyarakat hingga hampir setiap hari kita melihat di media massa isu pembuangan anak tanpa perikemanusian mengalahkan binatang. Remaja muslim semakin hancur sikapnya,tidak lagi mengenal aurat yang menjadi syariat dalam agama.

Batas-batas pergaulan tidak dipelihara. Trend anak-anak muda berpelukan di khalayak ramai termasuk di atas motor bersama pasangan tanpa rasa malu semakin menjadi. Gadis dan wanita melayu Islam tidak lagi tahu rasa malu,mendedah aurat dan tubuh tanpa takut azab Allah di neraka nanti. Ada suami-suami yang sangat-sangatlah jelas kedayusan mereka membiarkan isteri mereka berseluar pendek ber t-shirt malah berkemban menyidai kain malah melepak ditepi jalan sambil berbual dengan jiran tanpa takut kemurkaan Allah.

Ibubapa dengan bersahaja membiarkan anak-anak mereka sesuka hati,remaja perempuan tanpa segan silu dengan berpakaian seksi berseluar pendek kehulu-kehilir dengan motor seolah-olah mahu menunjuk kepada semua orang dialah paling lawa,paling seksi,paling ramai peminat di Taman TAS atau dimana-mana sahaja. Padahal dia dikutuk oleh para malaikat dan hina teramat hina di sisi ALLAH. Trend ini semakin merebak,menjadi-jadi mungkin akibat pengaruh media massa yang tak kenal erti Islam,hiburan melampau batas.

Kebelakangan ini kedengaran isu “ tangkap basah” semakin banyak di Taman TAS dan kawasan sekelilingnya. Pihak JAIP mencegah maksiat agar bala tidak menimpa semua. Seks bebas juga telah menjadi trend,remaja tidak takut dosa ZINA,malah sampai ketahap merakam/video asmaradana ZINA

mereka kononnya hebat untuk ditunjuk-tunjuk kepada rakan-rakan.

Tersebarlah video clip ZINA mereka dan berbanggalah mereka. Sedangkan di akhirat sana azab api neraka menanti mereka. Tersebar jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf.

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan.

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas.

Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16)

No comments:

Post a Comment