Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana pada hari ini dapat kita berusrah bersama-sama. Kehadiran sangat memberangsangkan. Nampaknya semakin mendapat sambutan program Usrah kita ini. Mungkin ini adalah tanda bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat khususnya dicawangan Taman Tas sendiri. Pemuda semakin ramai menyertai usrah. Hari ini kita berbincang soal penghayatan Aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah kerana kita dapat memahami konsep pembinaan diri,keluarga,masyarakat,negara dan alamiyyah berlandaskan Islam dan sekaligus mengaplikasikan Aqidah dalam jiwa kita agar terbentuk JILUL Qur'an atau generasi Qur'an. Usrah Pemuda pada 22 Mac lepas kita telah mengupas persoalan peringkat dakwah yang dibahaskan oleh Imam Hasan Al-Banna. Kita sama-sama dapat memahami konsep Taarif,Takwin dan Tanfiz. Moga sesi-sesi perbincangan Ilmiah yang kita jalankan secara jamaah ini akan membina diri kita menjadi hamba-hamba yang bertakwa dan disayangi ALLAH. Hari ini kita juga telah berjaya secara jamaah membuat kemeje PAS TAMAN TAS yang tak kurang lawanya. Tempahan pun sungguh memberangsangkan. Betullah apa yang pernah kita bincangkan sebelum ini mengenai TREND TERKINI.....baju-baju UMNO dan Barisan Nasional dah tak laku.Ramai orang malu nak pakai,tapi ramai yang buat kain buruk lap lantai. Mungkin tak lama lagi UMNO pun jadi KAIN BURUK....moga ahli-ahli UMNO cepat-cepat sertai PAS dan tinggalkan BN yang tak habis-habis rasuah dan penuh dengan skandal pemimpin-pemimpinnya. Moga hidayah dan nur Islam meresap kedalam hati-hati kita untuk bergerak dalam jemaah Islam untuk Islam kerana tugas kita sebagai khalifah ALLAH masih belum berakhir.
No comments:
Post a Comment