Alhamdulillah,kuliah maghrib kita berjalan baik,sambutan pun baik,cuma kurang "bukan ahli",maybe coz hujan renyai-renyai,namun begitu permulaan yang baik. Moga usaha kita diberkati Allah SWT.Lepas kuliah kita semua solat Isya' berjemaah dan alhamdulillah Sdr.Rosli sponsor murtabak untuk majlis makan-makan.Moga diperluaskan rezeki Sdr.Rosli dan bisnes murtabak di pasar malam bertambah kencang.....kepada semua yang hadir terutamanya ahli-ahli cawangan....terima kasih...jazakumullahukhairan jaza'..... lepas ni kuliah 29hb Mac pulak. Insya Allah.....
(ni program makan murtabak li lepas kuliah)
KULIAH MAGHRIB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
15 MAC 2009 : AHAD : PASTI AL-HUDA
OLEH : USTAZ MOHD.TARMIZI YAHAYA
PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD
DALAM MEMAHAMI ISLAM : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman
purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad S.A.W menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad S.A.W itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.
2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad S.A.W, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad S.A.W itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya: Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu (Al-Ahzab 33 : 21)
3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad S.A.W boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Muhammad S.A.W
4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah S.A.W adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum hukum Islam.
5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan pengajaran yang sihat kerana Muhammad S.A.W sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda S.A.W berda’wah. Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad S.A.W ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad S.A.W membidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA ERTI KIRANYA HANYA TARIKH KELAHIRAN RASULULLAH YANG DI SAMBUT TETAPI RASULULLAH SAW TIDAK DIJADIKAN CONTOH IKUTAN TERBAIK DALAM SEGALA ASPEK MERANGKUMI DIRI,KELUARGA DAN KEPIMPINANNYA. CARA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI NEGARA KITA AMAT MEMALUKAN APABILA ISTERI PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA TERMASUK ISTERI PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN BETUL SEOLAH-OLAH MEMPERSENDA DAN MEMPERMAINKAN AJARAN RASULULLAH SAW YANG MEWAJIBKAN SETIAP WANITA ISLAM MENUTUP AURAT ATAS ARAHAN ALLAH SWT.
SILA DAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN di PASTI AL-HUDA DENGAN MELAYARI http://tamantassyabab.blogspot.com
SUSUNAN : IBNUHOSMAN
No comments:
Post a Comment