Hari ini KDN telah mengeluarkan arahan menggantung keluaran Harakah selama 3 bulan. Ini lah bukti BN pondan. Tak berani berdepan dengan suara pembangkang. Dah lah semua media disekat. Kerajaan BN makin lama makin bacul berdepan dengan Pakatan Rakyat. Kebodohan pemimpin BN makin jelas. Suara Keadilan pun di gantung selama 3 bulan. Takut sangat BN ni bila pihak Pakatan Rakyat bagi ulasan tentang isu-su semasa termasuk isu keporak-perandaan BN menjelang pemilihan parti. BN yang bakal dipimpin oleh Najib nampaknya musuh kepada demokrasi. Najib nampaknya nak amalkan pemerintahan kuku besi. Ni sedutan dari Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.
Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang Rampas Bijih Timah, Kapal Dan
Lori Bernilai RM4.107 Juta
-
*KUANTAN:* Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang buat kali pertama
menumpaskan aktiviti pemunggahan bijih timah secara haram dengan anggaran
bara...
20 hours ago
No comments:
Post a Comment