Selsema Babi: Tentera Amerika dikuarantin di kem Kuantan
Harakahdaily
Fri | Jun 26, 09 | 1:14:24 pm MYT
KUANTAN,- Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang sedang menjalani siri eksesais kesiapsiagaan dan latihan kerjasama 2009 (CARAT 2009) di sini, dikuarantin di sebuah kem tentera dekat sini, kerana disyaki dijangkiti virus Influenza A (H1N1) sejak Rabu.
Menurut laporan agensi berita, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri Pahang Dato' Hoh Khai Mun dipetik sebagai berkata, anggota tentera terbabit dikuarantin di kem terbabit kerana telah menunjukkan simptom H1N1.
"Sesiapa juga jika didapati menunjukkan tanda-tanda virus berkenaan akan dikuarantin sebelum keputusan sampel darahnya diketahui sama ada positif atau tidak.
"Ini adalah prosedur biasa, bagaimanapun setakat ini, Pahang masih bebas daripada H1N1," katanya ketika dihubungi.Khamis.
Hoh berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berkenaan anggota tentera terbabit.
Eksesais CARAT 2009 selama 10 hari yang bermula 23 Jun lepas itu merupakan siri latihan dua hala tahunan yang melibatkan 1,600 anggota tentera dari Amerika Syarikat dan enam negara Asean - Malaysia, Thailand, Brunei, Singapura, Filipina dan Indonesia.
Eksesais itu bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan, perkongsian maklumat, kerjasama taktikal antara anggota tentera terlibat serta turut melaksanakan pelbagai program sosial dan khidmat masyarakat. _
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
Jangan dok nak komen kerajaan je...... Kalau awak tu makan gaji kerajaan buatlah cara makan gaji, jangan tahu nak kedarah je.... banggang punya rakyat. lebih baik matilah, daripada hidup menyusahkan orang.
ReplyDeleteKalau dah tau hal tentera dan dan sebagainya p lah tolong dema yang sakit tu. banggang punya manusia.
aik....terima kasih lah wahai si karat biru umno atas komen anda....saya ni tak makan gaji dengan kerajaan...tapi kerajaan makan gaji dengan saya....saya bayar cukai rm 130 ribu setahun....bukan rm 130 macam saudara ratuayu....jadi saya ambil berat dengan anak-anak buah yang makin gaji saya bagi...terutamanya pegawai2 kerajaan,mana yang tak betul hendaklah dibetulkan,mana yang betul kita sokong,bukan membabi buta. why your comment sounds like desperate? is it u was the one quarantined? comment pun tak pandai.....please lah bro...u try to read back what u typed up there and try to explain back lah...whats wrong with u actually?
ReplyDelete