Nik Aziz bakal rasmi bangunan PAS Pahang, 9 Jun
Bangunan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman 3 akan dirasmikan pada 9 Jun ini jam 4.50 petang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, program berkenaan dijangka akan turut dihadiri para pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti KeAdILan Rakyat dan DAP selain para pemimpin PAS dari kawasan dan cawangan seluruh Pahang serta para penyumbang Dana Bangunanan PAS negeri.
Pada sebelah malamnya, Tuan Guru akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di tapak Kompleks Perhubungan PAS Pahang di Kerdau.
Menurut Roslan, Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa ItiQa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000 ringgit.
*SAYA MERUPAKAN SALAH SEORANG PENERIMA SUMBANGAN DANA TAQWA BERJUMLAH RM17500.00 SAYA SEBAGAI WARIS IBU SAUDARA SAYA DAN MEWAKILI KELUARGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAS PAHANG BAGI SUMBANGAN KESELURUHAN BERJUMLAH RM 19,000.00,TERMASUK RM1,000 WANG KHAIRAT KEMATIAN PADA HARI KEMATIAN IBU SAUDARA SAYA*JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA.
Peniaga Kecil, Penjaja Memainkan Peranan Penting Bangun Ekonomi Negara,
Sumbang RM654.2 Bilion Kepada KDNK Tahun Lalu
-
*TEMERLOH:* Komuniti peniaga kecil dan penjaja di negara ini memainkan
peranan penting dengan sumbangan sebanyak RM652.4 bilion kepada Keluaran
Dalam Neg...
12 hours ago





No comments:
Post a Comment