Seks, tiger show, pelacur, carut, bahan torture SB Malaysia
Bila teknik mencarut dan mengeluarkan kata-kata lucah dilakukan oleh seseorang pegawai penyiasat (I.O), pada hakikatnya (I.O) tersebut menjalankan perintah bosnya.
Menghamburkan kata-kata lucah dan mencarut adalah merupakan satu bentuk torture atau penyeksaan. Itulah sebabnya teknik ini digunakan.
Bila teknik ini perlu digunakan ditentukan oleh elit atasan SB setelah mengkaji profail dan latarbelakang tahanan tertentu.
Elit atasan SB memahami bahawa golongan aktivis agama, ahli-ahli intelek, ahli akademik dan pendidik serta aktivis politik yang bermoral tidak gemar dengan perkataan-perkataan lucah. Ini kerana mencarut dan mengeluarkan kata-kata lucah adalah satu akhlak yang buruk bagi mereka yang bermoral. Menyebut kata-kata kotor menunjukkan rendahnya akal budi dan akhlak seseorang itu.
Biasanya, tahanan seperti ini merasakan begitu tertekan apabila kata-kata lucah dan mencarut dihamburkan kepadanya. Bagi golongan ini kata-kata seperti adalah satu penyeksaan. Ia merupakan satu jenis torture.
Teknik ini telah digunakan terhadap Dr Munawar Anees dengan begitu berjaya sekali. Dimaki dengan jeritan bertalu-talu F*ck dan F*cker sudah cukup untuk menyeksa serta mematahkan semangat dan kelumpuhkan ketahanan beliau.
Saya sendiri didera dengan kata-kata lucah dan mencarut dan saya akui bahawa saya merasakannya sebagai satu azab yang amat membebankan.
Dalam penahanan ISA pertama pada tahun 1998, ASP Wan Ariffin dalam bilik soal-siasat mencarut-carut kepada saya dengan menggunakan segala kata-kata lucah yang pernah satu tahu wujud dan tidak saya tahu wujud sebelum itu!. ASP Wan Ariffin menghamburkan kata-kata kotor kepada saya dengan mukanya berada hanya beberapa inci sahaja daripada muka saya. Beliau mencarut-carut tidak kurang dari satu jam!.
Saya tahu nama beliau sebagai Wan Ariffin kerana beliau bersama ASP Riduan adalah dua orang pegawai yang menahan dan menguruskan penahanan saya sebelum saya dibawa masuk ke PRC pada penahanan tersebut.
Apa yang tidak sanggup didengari daripada ASP Wan Ariffin adalah beliau memilih kata-kata lucah yang mendeskripsikan alat sulit wanita dan perlakuan seks lelaki dengan wanita dan lelaki dengan lelaki!.
Walaupun I.O seumpama itu menjalankan kerja-kerja keji itu sebagai mematuhi arahan daripada pihak elit atasan SB, tetapi dari gaya dan kelancaran mereka mencarut jelas kelihatan bahawa mencarut dan melakukan kerja-kerja kotor yang berkaitan dengan seks itu seperti sudah menjadi darah daging mereka.
Saya hampir menganggap itulah dunia mereka. Dunia yang penuh maksiat dan kepura-puraan. Sebahagian mereka memang sudah sebati dengan perbuatan-perbuatan keji ini.
I.O-I.O yang menceritakan tentang kisah-kisah pelacur dan pelacuran boleh menceritakan perkara tersebut dengan begitu terperinci sekali. Demikian juga mereka yang terlibat menyelinap masuk ke dalam jaringan jenayah seks seperti tiger show boleh memperincikan secara jelas kisah-kisah keji ini. v I.O-I.O itu seperti telah menghayati maksiat dan perbuatan keji itu!.
Pada penahanan kali kedua, saya didera dengan mereka bercerita tidak henti-henti pengalaman I.O-I.O 'memantau' kegiatan tiger show!. Saya sedar tujuan mereka menceritakan perkara-perkara seperti itu hanyalah sebagai teknik mendera saya.
Saya juga sedar setiap kali saya membantah dan mengingatkan mereka agar tidak bercerita perkara-perkara tersebut di hadapan saya, makin naik minyaklah mereka dengan cerita-cerita yang lebih menjijikkan dan disulami pula dengan gelak ketawa mengilai-ngilai. v Riuh rendah mereka bercerita tentang satu tiger show hebat yang mereka 'pantau'. Tiger show sebenarnya adalah Thai-Girl Show. Ia merupakan aksi di mana perempuan bogel menunjukkan pelbagai gaya menggunakan alat sulitnya untuk melakukan perkara-perkara yang aneh dan merbahaya.
Kata seorang I.O dengan gelak mengilai seperti orang hilang akal: "Saari engkau tahu... dia masukkan razor blade dalam b*gh*t dia....masuk semua tau... lepas tu dia tari gelek.. lepas tu kangkang... keluarkan semula razor blade tu!".
Tambah seorang I.O lagi: "Ada yang boleh masukkan bola ping pong ke dalam b*gh*t dia ... lepas tu dia keluarkan semula".
Seorang I.O lagi menambah: "Ada yang boleh buka penutup botol dengan b*gh*t dia...".
Paling mendapat gelak ketawa menghilai-hilai adalah apabila seorang I.O berkata: "Ada lelaki tu letak sebatang rokok dekat b*gh*t dia... lepas tu lelaki tu cucuh api... b*gh*t dia hisap rokok tu keluar asap..."
"Kah kah kah"!!.
Bingit memang bigit. Benci memang benci. Tapi mereka tidak boleh ditegur. Mereka sedang menjalankan arahan bos atasan mereka untuk mendera tahanan ISA. Tambahan lagi mereka enjoy melakukan kerja tersebut.
I.O-I.O itu seolah-olah mendapat kemuncak kepuasan kerjaya dengan mematuhi arahan bos dan dapat pula menzahirkan kepuasan batin mereka dengan bercerita kisah-kisah kotor dan jijik serta keji itu!.
Mereka seolah-olah merasakan telah menjalankan kerja dengan cemerlang apabila melakukan kerja-kerja 'pemantauan' seumpama itu.
Ada I.O bercerita: "Kami juga siasat kes seorang perempuan lesbian.. kami hantar SB perempuan.. duduk sama dia"!.
Apa yang berlaku antara mereka berdua boleh disimpulkan dengan kata-kata I.O tersebut: "Kami..... demi menjalankan tugas... kalau kena tidor dengan isteri orang pun kami buat"!.
Cara penceritaan tersebut belaku begitu bersahaja sehingga sukar mengenal apakah tiada batas-batas dosa dan pahala dalam elit atasan SB ini mengeluarkan arahan kepada anak-anak buahnya untuk menjalankan tugas-tugas mereka.
Semasa ditahan pada tahun 1998, saya juga didengarkan dengan bermacam-macam cerita tentang amalan seks I.O sendiri. Sama ada mereka bercerita kisah-kisah itu untuk semata-mata mendera saya atau sebagai cara untuk bermegah-megah di hadapan saya, saya tidak pasti.
Beliau adalah seorang yang berpangkat ASP. Saya juga tahu nama beliau dan menurut tanda nama itu beliau seorang Haji!. Semasa tahanan ISA 1998, sebahagian I.O memakai tanda nama mereka. Tanda nama palsu atau betul tidaklah saya tahu.
Beliau bercerita bahawa beliau melanggar peraturan polis yang melarang berpoligami. Katanya beliau mempunyai tiga orang isteri. Kerana sifat kerjanya yang selalu kerja di luar kawasan, berkali-kali beliau mengatakan bahawa beliau runsing tentang alat sulitnya yang tidak mahu berfungsi!.
Katanya: "Hei aku punya *%^&$ tak boleh naik lah.. Aku susah hati. Aku ada beli satu pam.. guna bateri. Kata orang pam tu boleh naikkan semula *%^&$ aku"!.
Sambungnya lagi kepada seorang I.O lain di hadapan saya: "Masa aku ke Sabah... aku panggil sorang pelacur Filipina.. aku bukak dia semua.. aku pun telanjang.. aku suruh dia jilat semua.. badan aku.. *%^&$ aku...semua. Dekat satu jam dia main dengan aku.. jilat semua.. tapi tak naik juga *%^&$ aku.. Akhirlah dia marah.. campak baju kat muka aku.. lari keluar"!.
Bukan sahaja mereka bercerita di hadapan tahanan ISA tentang kejahatan mereka sendiri, mereka juga bercakap-cakap tentang kekejian bos mereka dalam kegiatan seks.
Menurut seorang I.O yang bercerita kepada I.O yang lain, katanya ada seorang ketua polis negeri yang hendak tamat perkhidmatannya. Seperti biasa dia diberikan hadiah bercuti ke luar negara. Tidak jauh, cuma ke sebuah negara jiran.
Kebetulan I.O itu menjaga protokol untuk percutian ketua polis tersebut. Untuk itu perlulah beliau mengatur jadual dan acara percutian tersebut.
Kata I.O tersebut: "Benda yang dia check dulu adalah perempuan.. kat mana....dengan perempuan apa.. Nak yang mahal punya.. tak nak yang biasa-biasa. Teruk lah budget kena cari perempuan yang mahal. Dah tu nak yang muda. Tak sedar diri nak pencen.... dah tua bangka"!.
Sempat pula mengutuk tu!.
Jelas, bagi mereka yang pernah melaluinya, dihambur dengan kata-kata lucah dan mencarut secara bertubi-tubi adalah satu jenis penyeksaan... satu torture!.
Itulah salah satu teknik soal-siasat yang mana SB-SB dilatih dan diarahkan untuk melakukannya terhadap tahanan ISA.
(OLEH ABU URWAH) YB SAARI SUNGIB
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment