Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita sebentar tadi (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :
Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.
SPRM Pahang Berjaya Tahan Lima Pengusaha Kebun Musang King Di Raub, Siasat
Aktiviti Pengubahan Wang Haram
-
*KUANTAN:* Lima peneroka haram, termasuk seorang pekerja ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan kerana disyaki
mengusahakan...
14 hours ago
No comments:
Post a Comment