IKLAN BERBAYAR

Friday, June 12, 2009

RAHSIA POLIMIK KERAJAAN PERPADUAN

5 Rahsia PAS yang ahli kurang faham

"Apa perlunya isu Kerajaan Perpaduan disebut-sebut sehingga PKR dan DAP kurang selesa? Sebenarnya, ada sekurang-kurangnya 5 rahsia mengapa isu ini perlu disebut oleh PAS untuk kepentingan politik Islam.

1. Kerusi PAS memang lebih sedikit dari PKR dan DAP tetapi itu bukan ukuran sokongan ke atas PAS sedikit. Sebaliknya, umum maklum bahawa PKR dan DAP mendapat kerusi sebegitu kerana sokongan ahli-ahli PAS juga dan strategi PAS yang tidak merebut kerusi yang banyak sewaktu PRU yang lalu.

TAPI, PAS perlu menjelaskan kepada DAP dan PKR bahawa PAS masih parti yang kuat dan bila-bila masa PAS mahu, PAS masih boleh keluar dari Pakatan dan menyertai BN (sekalipun PAS tidak bercadang buat begitu pada masa ini).

2. Sekiranya PAS tidak menyebut langsung isu Kerajaan Perpaduan, parti lain khususnya DAP melalui Karpal Singh dikhuatiri membuat tuntutan yang bukan-bukan. Dengan menyebut isu Kerajaan Perpaduan, PAS mengingatkan PKR dan DAP bahawa PAS masih mempunyai alternatif lain seperti BN, sesuatu yang TIDAK ADA pada DAP dan PKR. DAP tidak boleh masuk BN kerana UMNO anti-DAP dan PKR juga tak boleh masuk BN kerana faktor Anwar. Isu ini menguntungkan PAS kerana DAP dan PKR harus faham kekuatan sebenar PAS.

3. PAS bukan memperjuangkan parti, tapi MEMPERJUANGKAN ISLAM. Pada bila-bila masa PAS mendapati perjuangan untuk Islam lebih sesuai melalui saluran lain selain Pakatan, PAS berhak buat begitu. Perjuangan DAP dan PKR pun jelas bukan perjuangan politik Islam. UMNO sekurang-kurangnya semua ahlinya Islam. Yang membuatkan PAS menentang UMNO ialah dasarnya yang sekular, rasuah, suka tikam belakang dan suka menindas.

4. PAS parti yang perlu amanah. Sekiranya PAS menafikan hak PAS untuk berbincang dengan parti lain, PAS tidak boleh lagi berbincang di masa depan dengan parti lain dan ini merugikan PAS. Sekiranya DAP dan PKR menegur PAS berikutan resolusi PAS mengharamkan SIS kerana 'kita patut berbincang', mengapa DAP dan PKR marah sangat bila PAS berbincang dengan parti politik lain.

5. PAS perlu ada strategi jangka panjang. UMNO ditolak rata-rata rakyat kerana barisan kepimpinannya yang korup. Jika di masa depan UMNO ada barisan kepimpinan yang baik dan Islamik, tidak mustahil untuk PAS berbincang ketika itu. Sewaktu Anwar Ibrahim MASUK UMNO dahulu, kepimpinan PAS tidak pun mengkritik Anwar dengan teruk, cuma menegur secara mesra. Jadi, PKR dan DAP tak payahlah bimbang sangat dengan perbincangan PAS dan UMNO suatu ketika dahulu.

Rasullullah berbincang dengan Yahudi dan kafir Quraish, apa sangatlah UMNO tu. Tapi kita ingat jua pesanan Nabi, jangan dipatuk 2 kali ditempat yang sama! UMNO ni suka mematuk jadi hati-hatilah...
"

1 comment:

  1. Mmg la PKR bukan perjuangan Islam seperti Pas kerana ahli PKR pun ramai yg bukan Islam. Tetapi adakah PKR menentang dasar Pas seperti Umno tentang walaupun Umno tu seratus peratus ahlinya Islam? Pas banyak peluang mengembangkan Islamnya bila berada di bawah kerajaan PR berbanding dengan berada di bawah Umno. Itu faktanya. Tetapi jika Pas kepingin sgt duduk bersama Umno, masakan PKR dan DAP hendak menghalang. Harap2 Umno boleh laksanakan Islam sebagaimana yang Pas mahukan semata2 ahli2 Umno itu Islam kesemuanya.

    ReplyDelete