IKLAN BERBAYAR

Tuesday, April 28, 2009

KEPIMPINAN ULAMA DAN KERJASAMA PROFESIONAL

Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 28, 09 | 9:34:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."

Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat.

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan.

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya. - azm

MUKTAMAR PEMUDA PAS PAHANG

Friday, April 24, 2009

BANNER SAMBUT NAJIB- DARI "YANG DI GANTUNG"



PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG UCAP TAHNIAH KE NAJIB NI ADALAH ANTARA YANG DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO DAN DIKENAKAN TINDAKAN DISPLIN OLEH UMNO SENDIRI.

KESIAN-KESIAN.....BODEKLAH...

MANALAH TAHU KALAU-KALAU DENGAN BANNER NI, NAJIB USAHAKAN TARIK BALIK HUKUMAN KEPADA MEREKA.....

BLOG TERDAHULU BERTAJUK "PAYA BESAR LUBUK RASUAH ADA ULASAN TENTANG MEREKA INI...

BANNER MEMBODEK TERGANTUNG DI JEJANTAS PERMATANG BADAK DARIPADA MEREKA YANG DIGANTUNG DAN DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN PARTI....

TERGANTUNG,DI GANTUNG.....KENA GANTUNG....PENING-PENING.....LAMA-LAMA SAKIT JANTUNG....

KLIK DI GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH BESAR.....

Ulasan PahangDailyOnline- Isu saman oleh "mangsa liwat".

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak. Cuma kami banyak memaparkan serta membahaskan isu-isu panas berkaitan politik tanah air sejak mula beroperasi. Kami tidak mempunyai premis yang tetap dan sebagainya. Krew-krew kami juga berada dimana-mana dan menjalankan tugas secara sukarela tanpa kekangan dari mana-mana pihak. Justeru itu, kami juga hairan kenapa Saiful beriya-iya benar ingin menfailkan tindakan saman terhadap blog ini. Walhal, jika beliau membicarakan soal maruah dan harga diri, kenapa beliau tidak menyaman "fitnah yang paling nyata" terhadap beliau yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman, Hospital Pusrawi serta lain-lain media arus perdana yang telah menyiarkan laporan perubatan beliau dulu?. >> Blog Saiful

Bukankah ia boleh dikategorikan sebagai "fitnah" kerana Saiful mengatakan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kenapa tidak disaman sahaja pihak-pihak terbabit jika Saiful benar-benar ingin berbicara soal maruah dan harga diri. Justeru itu kami menantikan tindakan selanjutnya untuk memantau perkara ini. Memandangkan buat masa ini kami mempunyai ramai editor dan krew yang bergerak aktif secara online buat masa ini. Disamping itu juga, Saiful juga harus pandai membezakan "pandangan peribadi", "analisis" dan "fitnah". Kami tidak menghalang beliau masuk ke blog ini, tetapi ini adalah hak peribadi kami. Samalah juga Saiful tuduh Anwar liwat dirinya, Anwar mencabar beliau dan membuat laporan polis beliau difitnah. Tetapi satu pun kertas siasatan tidak dibuka oleh pihak polis. Kenapa bila Saiful buat laporan polis, begitu "pantas seperti kilat" mereka membuat siasatan. Bukankah ada "something wrong" dan "keistimewaan" buat Saiful. Kenapa bila krew kami di Kuantan yang disiasat polis iaitu Blogger Cucumatkilau membuat laporan polis Saiful pula menfitnah blog ini, pihak polis "diam membisu"? Dimanakah keadilan sebenarnya dalam kes seperti ini? Bukankah ini membuktikan ada sesuatu yang tersirat sebenarnya !

[Pihak kami menasihatkan semua krew blog ini yang berada di seluruh Malaysia agar dapat bersabar dengan dugaan dan rintangan ini. Itu adalah hak dan tanggungjawab Saiful untuk menyaman blog ini kononnya menfitnah beliau. Tetapi beliau tidak berani untuk menyaman fitnah yang dibuat oleh doktor dan hospital Pusrawi itu kerana beliau tahu jika tindakan itu dibuat sudah pasti beliau akan kalah. Tambahan pula banyak bukti-bukti kukuh termasuk laporan perubatan yang telah dikeluarkan dan bakal menjadi bukti penting. Ini bermakna Saiful akan menyaman pihak-pihak yang beliau fikir tidak mempunyai cukuo senjata untuk menentang beliau di mahkamah. Termasuk juga dengan Anwar Ibrahim itu sendiri, beliau yakin akan menang kerana Anwar pasti gagal mengemukakan bukti yang kukuh atas kes ini. Persoalannya jika Saiful orang yang jujur dan benar, kami pula mencabar beliau sekali lagi menyaman Dr.Mohamed Osman dan Hospital Pusrawi yang lebih jelas menfitnah beliau].

Najib dialu-alukan di Indonesia???? Cubalah ke Mongolia.

PM Malaysia telah membuat lawatan kerja ke Indonesia,tetapi disambut sebagai lawatan rasmi oleh Presiden Indonesia. Berita TV tak habis-habis gembar-gemburkan lawatan Najib pada hari ini.

Semasa menonton TV3 tadi,saya terfikir,agaknya apa akan jadi kalau-kalau Najib buat lawatan rasmi ke Mongolia?

Agaknya beranikah Najib buat lawatan kerja atau lawatan rasmi ke Mongolia?

Agaknya bagaimanakah sambutan pemimpin Mongolia?

Agaknya bagaimanakah sambutan rakyat Mongolia?

Agaknya bagaimanakah reaksi keluarga Altantuya?

Semua ini bermain-main difikiran saya.

Saya rasa,ada baiknya Najib pergi ke Mongolia.

Barulah persoalan-persoalan ini akan terjawab.

Rosmah jangan lupa ikut sekali.....

SAMAN RM63,000,000.00 (RM63JUTA)- Elok MB letak jawatan!

Eksklusif: Kes Saman Isu Balak RM63 Juta, Adnan Yaakob Dianggap Melanggar Perintah Mahkamah Bila Enggan Membayar Ganti Rugi Kepada SGMSB
KUANTAN [2.30 pm] - Kedegilan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan Kerajaan Negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah. Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari. "Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut. "Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu. "Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini. Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Zara'ai Alias. Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka. "Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi di masa hadapan.
[Kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan rakyat Pahang sendiri, malahan juga kepada rakyat Malaysia seantero dunia. Sepatutnya ia sudah lama diselesaikan di meja rundingan antara kedua-dua belah pihak, kerana keputusan kes telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Sudah jelas bahawa syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd telah menang dan wajar mendapat gantirugi. Rakyat tidak perlu tahu apa yang berlaku antara kedua-dua belah pihak sebelum ini. Mereka hanya perlu tahu, kenapa kes ini tidak diselesaikan secara profesional dan tidak mengaibkan Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Apakah rakyat yang terpaksa menanggung kesilapan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan?. Dalam hal ini pihak terbabit tidak boleh lagi mencabar keputusan mahkamah,walaupun kami difahamkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan yang membuat keputusan kes terbaru ini telah ditukarkan beberapa bulan yang lalu gara-gara kes ini. Namun keadaan menjadi sebaliknya, bila beliau masih lagi menjadi hakim kes berkenaan. Ini sungguh memeranjatkan dan diketahui oleh ramai peguam terkenal di negeri Pahang ini. Hakim yang bersikal adil akan ditukar, sama seperti Hakim S.M Koomathy dalam kes perpindahan mahkamah Anwar Ibrahim dulu. Beliau dicutikan dan digantikan dengan hakim yang baru. Justeru itu, rakyat berhak menilai kedudukan yang ada sekarang. Apakah tragedi sebuah Kelab Golf (Astanan Golf & Country Club) iaitu Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang disita gara-gara gagal menjelaskan bayaran pinjaman RM30 juta kepada Agro Bank akan berlaku pula kepada Kerajaan Negeri Pahang sendiri kali ini.

Wednesday, April 22, 2009

EX-PKR - BERTANDING DI PENANTI-sumber pahangdailyonline

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Penanti, Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang & Exco Wanita Pusat , Aminah Abdulah Tawarkan Diri Jadi Calon Bebas

PETALING JAYA [12.03 pm] - Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan.Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas. “Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti,” kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR. “Saya terpanggil untuk bertanding… saya sudah membuat keputusan untuk bertanding,” kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007. Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran penyandangnya meletakkan jawatan Khamis lalu.

Penanti yang dilihat sebagai kerusi kuat PKR merupakan salah satu bahagian DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diterajui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. UMNO, parti komponen BN, akan bermesyuarat Jumaat ini sama ada mahu meletakkan calon ataupun sebaliknya. Sambil menjelaskan sudah pun membuat persiapan untuk bertanding di Penanti, Aminah berkata, beliau memutuskan bertanding atas prinsip mahu menegakkan keadilan dan kebenaran. “Bagi saya menang atau kalah tidak kisah… memanglah kita bertanding untuk mencapai kemenangan, tapi tujuan saya mengambil keputusan untuk bertanding ialah kerana mahu menegakkan keadilan dan kebenaran,” kata Aminah, sambil menambah, beliau bertanding bukan untuk membalas dendam terhadap kepimpinan PKR. “Sebagai parti PKR adalah baik, tapi orang dalam parti itu bermasalah,” katanya. Aminah, 56, yang menjalankan perniagaan ukiran dan perabot bersama suaminya berkata, “dalam Keadilan (PKR), kini sudah tidak ada ketelusan.” “Bagi saya, dulu waktu Keadilan ditubuhkan kita berjuang untuk rakyat… tapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah keluar (dari penjara tahun 2004), ramai orang mula merebut jawatan. Saya merasakan perjuangan PKR sudah tiada hala tuju,” kata ibu kepada empat orang anak ini.

[Biarpun Aminah Abdullah sanggup bertanding atas calon bebas, namun kemeriahan tidak akan terasa sebanarnya jika BN tidak meletakkan calonnya. Bukan sahaja kemeriahan, malah rakyat di Penanti juga tidak merasa untuk mendapat "durian runtuh" atau "projek mee segera" jika ini berlaku. Justeru itu UMNO Permatang Pauh harus merayu dan melobi supaya pilihanraya kecil tetap juga disertai BN demi menjaga periuk nasi mereka. Jika tidak, projek juta-juta ringgit tidak akan turun sekiranya BN tidak menyertai kali ini. Apapun kami terfikir juga, apakah SPR dan pihak polis akan bertugas seperti biasa jika BN tidak sertainya. Kemungkinan besar polis pun tidak akan memantau atau diarahkan menjaga perjalanan pilihanraya tersebut jika BN tidak bertanding. Ini bagi tidak membuang masa mereka di sana nanti. Kenyataan Aminah bahawa bukan bertanding untuk menang, jelas sekali akan "menjerat dirinya" sendiri. Semua orang bertanding untuk menang, tetapi rupanya Aminah adalah antara calon wanita yang tewas dulu dan kini masih bersedih hati]

ERDOGAN - ANWAR - TOK GURU DAN PEMILIHAN

Tahun ini adalah tahun pemilihan dalam PAS. Menjelang Jun 2009 para perwakilan akan memilih kepimpinan peringkat tertinggi. Perwakilan PAS bukan perwakilan UMNO dan bukan juga perwakilan PKR. Perwakilan PAS adalah ahli PAS,bukan ahli PKR,bukan ahli DAP,bukan ahli UMNO dan bukan ahli MIC/MCA lebih-lebih lagi.

Saya agak kelakar apabila membaca akhbar Sinar Harian tempoh hari,Selasa 21 April 2009.
Seorang profesor yang tak pernah pun didengar namanya mengulas soal ERDOGAN dan team pro Anwar bakal menguasai PAS.

Saya gelak besar,teringat iklan Mirnawan Nawawi dengan iklan POLIDENT nya,teringat kata-katanya "sejak menggunakan POLIDENT,saya yang gelak besar dengan mereka".....

Saya rasa saya nak gelak besar,"sejak membaca akhbar pro kerajaan,saya gelak besar"...

Entah apa-apa wartawan-wartawan ini memutar belitkan isu...mesti pening kepala mereka berfikir....malah berfikir nak bagi nama sebuah team dengan team erdogan pun bukan senang....hanya kaki belit boleh dapat idea semudah tu...Erdogan ialah nama Perdana Menteri Turki yang membuat beberapa perubahan.....nama ini digembar-gemburkan oleh orang yang tak dapat tersenarai dalam kabinet menteri baru-baru ini tapi jadi ketua pemuda UMNO...dia ni sibuk sebut Erdogan-Erdogan ni sebab kebetulan muka si Erdogan ni lebih kurang lah dengan Anwar.... ada iras-iras macam Anwar dan Anwar pun ada iras-iras macam dia....

Tapi cuba tuan-tuan tengok gambar saya letak dulu....yang bertajuk Najib-Netanyahu - Se"rupa" tapi tak....????.....

Maknanya kalau dalam PAS,puak-puak UMNO duk kata adanya team Erdogan...maka tak salah lah kita kata dalam UMNO yang berkuasa sekarang ini adalah team Netanyahu laknatullah...tak gitu?????

Wahai wartwan-wartawan dan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sekalian,

Kami ahli PAS bukan macam kamu...kami ini ada usrah,kami memilih pemimpin bukan untuk kepentingan poket kami atau poket mereka....kami memilih pemimpin atas dasar ISLAM dan IMAN....

Ikhlas adalah asas kepimpinan....

Pemimpin kami jauh dan sangat-sangat jauh nak dibandingkan dengan pemimpin UMNO....umpama langit dan bumi...umpama Nizar dan Zambry....jauh bezanya....

UMNO dan BN tak perlulah nak susah payah mengatur kepimpinan PAS dengan cara budak-budak pra sekolah mengadu kepada cikgu bila diganggu rakan lain....akibat takutkan orang lain...maka mulalah mengadu domba....membatu api....

Itu biasalah....cara budak-budak sekolah...yang masih kecil.....

Tapi UMNO dan BN agaknya tak pernah bersekolah....

Apa kena mengena ANWAR dengan PAS dan PEMILIHAN PAS....eh eh eh...

Wahai ahli UMNO dan BN....ANWAR ahli PAS ke???

Kami ni nak pilih pemimpin PAS....bukan nak pilih pemimpin PKR woi....

Kami ada pemimpin kami sendiri yang kami berikan bai'ah kepada mereka.....kami bukan berikan bai'ah kepada mereka seperti ahli PEKIDA....bai'ah yang entah apa-apa tak mengikut sunnah....atau seperti bai'ah ahli UMNO atau pemimpin UMNO mengangkat sumpah....bai'ah kami tak boleh dijual beli dengan duit dan RM,RM,RM serta pandangan-pandangan kolot seperti katak bawah tempurung oleh pemimpin dan wartawan-wartawan berkepala biru...

Anwar tiada kena mengena dengan PAS....kalau ANWAR tiada pun....kami ahli PAS akan terus berjuang kerana ALLAH dan RasulNYA....kami bukan berjuang untuk ANWAR....

Anwar adalah pemimpin PKR.....dan parti-parti yang bersatu di bawah payung PAKATAN RAKYAT......kami terima Anwar dan semua pemimpin-pemimpin parti-parti lain di bawah Pakatan Rakyat sebagai pemimpin rakyat....

Anwar ke,Lim Kit Sian ke,Karpal Singh ke,Nurul Izzah ke atau siapapun mereka....kami terima sebagai pemimpin selagi berjuang untuk rakyat dan kepentingan rakyat....tapi bukan sebagai orang yang boleh menentukan corak kepimpinan dalam PAS....

Pemimpin PAS akan dipilih oleh perwakilan....bukan Anwar yang tentukan....bukan Erdogan yang tentukan...

Jadi...ahli-ahli UMNO dan BN....lebih elok anda semua hanya senyap dan memerhati kerana anda sebenarnya kini dipimpin oleh Team Netanyahu.....

Allah Matlamat Kami,Sunnah Pegangan Kami,Al-Qur'an Panduan Kami......bukan ulasan-ulasan wartawan dan media pro kerajaan berkepala biru yang cuba nak pecah belahkan kami....PEMUDA PAS TAMAN TAS mengajak semua ahli PAS agar kita beristiqamah dengan perjuangan Islam,kita berdoa setiap hari dan waktu agar hati-hati kita ini diikhlaskan dalam perjuangan,agar bisikan-bisikan syaitan sepanjang perjalanan dakwah tidak menjatuhkan kita....

Marilah kita berjuang iklhas kerana Allah,memilih kepimpinan yang iklhas kerana Allah....kita sama-sama lah berdoa agar Allah membersihkan PAS dari pemimpin yang tidak ikhlas "kalau-kalau ada"....manalah tahu....ada ahli-ahli team Netanyahu yang menyamar jadi ahli PAS nak rebut kuasa sebab PAS bakal menang dan team Netanyahu bakal pupus agaknya....

Moga Allah memelihara kita.....

NAJIB OH NAJIB-ALTANTUYA OH NAJIB

Walaupun baru tidak sampai 20 hari Dato' Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, namun sudah banyak petanda awal yang menunjukkan era pemerintahannya belum dapat menggamit keyakinan rakyat. Retorik perubahan yang diuar-uarkannya nampak dangkal dan bersifat kosmetik, hanya sekadar mahu mengelabui pandangan orang ramai.

Mungkin Najib menjangkakan rakyat mudah tersilau dengan beberapa pengumuman yang dilafazkan di hari pertama menadi PM, seperti membebaskan 13 tahanan ISA, menarik balik penggantungan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan, selain cebisan tindakan populis mendekati golongan bawahan, seperti ditunjukkan dalam lawatan mengejut ke Jalan Petaling ("China Town"), Kampung Kerinchi (majoriti Melayu) dan Jalan Tun Sambanthan, Brickfields ("Little India").

Sampai bila dapat bertahan tanpa permaidani merah?

Akhbar harian, seperti biasa, memuja-muji kunjungan Najib yang dibuat tanpa protokol itu: "Tanpa permaidani merah dan tanpa bunga manggar, Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara bagi bertemu dan mengetahui masalah rakyat biasa. Beliau yang memakai baju khaki lengan pendek hijau cair dan seluar khaki coklat cair meluangkan masa kira-kira dua jam di kawasan perniagaan di Jalan Petaling, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields."

Ternyata pancingan Najib tidak mengena walaupun "umpan dimakan ikan" apabila calon BN tewas dengan lebih teruk lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, lima hari selepas beliau menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang hanya sempat menerajui kerajaan selama lima tahun lima bulan - berbanding keputusan pilihan raya umum, Mac 2008. Rakyat sukar "disihirkan" lagi, tidak sepertimana pilihan raya umum ke-11 apabila mandat terbesar dalam sejarah diberikan kepada Abdullah yang baru enam bulan menerajui negara, juga dengan pelbagai janji dan jaminan retorik.

Meneruskan tradisi perdana menteri terdahulu, Najib turut mengemukakan slogan untuk memukau rakyat, "Satu Malaysia", pastinya sebagai percubaan untuk menarik kembali sokongan kepada Umno-BN, yang sejak Mac 2008 mengalami kemerosotan yang cukup ketara. Namun, bagi seorang profesor sains politik, segala "pembaharuan" yang cuba ditonjolkan Najib "serba tidak menjadi".

"Bagi saya konsep One Malaysia lebih teruk retoriknya, hatta berbanding dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Abdullah Badawi. Ya, cuba saudara sebutkan dengan saya, apa yang Najib hendak tekankan dalam konsep barunya itu?

"Apa yang barunya dalam nilai-nilai One Malaysia itu, seperti ketabahan, rendah diri, kesetiaan dan sebagainya? Hal-hal seperti itu, bagi saya, tidak perlu diceritakan lagi. Najib nampaknya terperangkap dalam satu benda yang dia sendiri tak boleh buat demi kepentingan rakyat. Ini semua kerana beliau mendapat salah nasihat," tegas pensyarah muda yang petah berkata-kata itu.

"Rakyat Malaysia mahu tindakan segera menyelesaikan pelbagai masalah harian yang menyesakkan hidup. Mereka sudah jelak dengan macam-macam slogan yang akhirnya tidak membawa makna apa-apa kepada kehidupan mereka," tambahnya lagi.

Retorik kosong

Beliau turut mengkritik Najib yang pada awalnya, seperti ditunjukkan di Petaling Street, tidak mahu disambut dengan perarakan bunga manggar atau permaidani merah, tetapi dalam kunjungannya selepas itu tetap diraikan sebagai pembesar.

"Semuanya retorik kosong sahaja, daripada seorang perdana menteri baru," ujar profesor sains politik itu lagi.

Kenyataan Najib yang hanya mendedahkan rasa takutnya kepada suara rakyat terbongkar apabila beliau tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan, ekoran perletakan jawatan Adun Penanti, Pulau Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Baginya, pilihan raya kecil tanpa didahului oleh kematian wakil rakyat hanya membuang masa, tenaga dan wang rakyat.

Ya, sejak bila pula Umno-BN prihatin dengan dana awam yang dibazirkan melalui pilihan raya kecil? Wow, sejuk hati mendengar pemimpin utamanya mula berbicara soal perbelanjaan berhemat sehingga sanggup tidak mahu turut serta dalam pilihan raya kecil demi menyelamatkan wang pembayar cukai. Bermimpikah kita? Saya teringin juga mendengar pandangan, sahabat lama saya, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mengenai isu pembaziran duit rakyat ini.

Dari segi lain, konsep Satu Malaysia menekankan "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Soalnya, mengapa Najib terlalu takut untuk berdepan dengan suara rakyat apabila keadaan memaksanya bertindak begitu? Kenapa perlu direka alasan yang tidak masuk akal, yang hanya menyebabkan orang ketawa atau geli hati mendengarnya?

Harus rujuk mandat baru rakyat

Bukankah menganjurkan pilihan raya kecil itu juga satu amalan lazim demokrasi, yang apabila sampai waktunya pemimpin dan parti politik harus turun mendapat mandat semula daripada rakyat?

"Apakah Najib takut berdepan soalan rakyat yang mahu bukti apakah benar rakyat yang didahulukan?" soal profesor yang ternyata menyimpan banyak persoalan yang belum terjawab. "Jika Abdullah Badawi salah besar kerana menaikkan harga petrol dahulu, mengapa Najib tidak boleh turunkan sehingga RM1.30 seliter? Mengapa perlu berbulan-bulan untuk mengkaji kadar tol dan pemansuhan ISA? Bukankah itu semua perkara mudah yang boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai dua minggu?"

Namun, yang lebih menjolok mata, masakan Najib sudah lupa, pada 29 Mei 1997, dua pilihan raya kecil terpaksa diadakan serentak bagi meletakkan Dato' Seri Abu Hassan Omar, ketika itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dengan itu Abu Hassan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di kerusi Dun Permatang, yang juga dikosongkan Jamaluddin Adnan. Mengapa tidak timbul soal membuang masa dan tenaga, apatah lagi membazirkan dana awam?

Malah, jika diteliti laporan muka depan The Star, 18 April lalu, perbelanjaan SPR mengendalikan lima pilihan raya kecil, di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, jauh lebih rendah berbanding dengan peruntukan pasukan polis (PDRM).

Pembaziran wang rakyat untuk polis

Menurut laporan akhbar berkenaa, semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, SPR membelanjakan RM409,000, manakala pihak polis, RM2.5 juta; di Kuala Terengganu, SPR (RM580,000), polis (RM11.5 juta); di Bukit Gantang, SPR (RM600,000), polis (RM7 juta); di Bukit Selambau, SPR (RM400,000), polis (RM5 juta); dan Batang Ai, SPR (RM400,000), polis (RM5 juta). Jumlah kesekuruhan, SPR membelanjakan RM2.4 juta, sementara pihak polis, RM31 juta.

Bagaimanapun, sidang Parlimen pada 18 Februari lalu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung bahawa polis telah membelanjakan sebanyak RM15.53 juta di Kuala Terengganu, iaitu RM4 juta lebih tinggi daripada anggaran kos dalam jadual di atas.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat mengkritik kehadiran begitu ramai anggota polis, sehingga ada yang menganggarkan jumlahnya melebih 10,000 orang, seolah-olah Kuala Terengganu menjadi zon perang. Di mana saja anda akan bertemu polis dan khemah putih tempat penginapan mereka jelas menarik perhatian masyarakat setempat.

Belanja polis jauh lebih besar

Di Parlimen juga, Chor memaklumkan bahawa perbelanjaan pasukan polis untuk mengawasi pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya kurang sedikit daripada Kuala Terengganu. Ini bermakna kos di Permatang Pauh juga sekitar RM15 juta, jauh lebih besar daripada anggaran seperti ditunjukkan dalam jadual.

(Kalau benar kita memerlukan pengawasan daripada pihak polis seramai itu, mungkin kos sebesar itu boleh diterima. Tetapi, semua orang tahu, rakyat kita bukan perusuh atau penjenayah, yang meletakkan undang-undang dalam tangan mereka. Kita tidak memerlukan kawalan ketat sebegitu rupa. Banyak pihak melihat kehadiran pasukan keselamatan itu adalah satu strategi BN (tidak pasti sama ada pendekatan itu akhirnya memakan diri BN sendiri) untuk mencapai kemenangan).

Perbelanjaan itu belum termasuk yang dihanguskan jentera kempen BN, yang bukan sahaja menggunakan peruntukan parti, malah membazirkan bukan sahaja wang rakyat tetapi juga kemudahan dan jentera kerajaan.

Bayangkan berapa ramai menteri yang turun berkempen menggunakan dana awam? Ada kementerian yang mengadakan hari bertemu pelanggan di kawasan pilihan raya, yang langsung tidak ada kena mengena, selain untuk turut berkempen memenangkan BN. RTM yang membuat liputan langsung, misalnya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Bukit Gantang, tentunya menghabiskan wang yang bukannya sedikit.

Saya pernah mendedahkan ratusan ribu ringgit wang universiti digunakan untuk perbelanjaan pemantau pilihan raya oleh urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi mengesan mahasiswa yang berkempen untuk pembangkang, antaranya di Machap, Melaka dan Ijok, Selangor.

Had perbelanjaan kempen tidak pernah dipatuhi

Walaupun undang-undang pilihan raya membataskan perbelanjaan kempen setakat RM200,000 untuk pilihan raya kawasan Parlimen dan RM100,000 untuk Adun, tetapi dipercayai jentera BN membelanjakan jauh lebih besar daripada itu. Lim Kit Siang menganggarkan untuk kempen di Batang Ai sahaja - kawasan yang dijangka BN menang mudah - parti itu membelanjakan kira-kira RM70 juta.

Saya tidak mahu anda terperanjat atau "terkejut beruk" jika kita menjumlahkan semua perbelanjaan BN untuk lima pilihan raya kecil itu. Wang rasuah politik itu sebenarnya datang daripada dana awam juga, yang diperolehi melalui salahguna kuasa dan amalan tumbuk rusuk.

Ringkas cerita, kalaupun Najib takut berdepan kempen di Penanti, iaitu salah satu Dun di bawah Permatang Pauh, kita cadangkan carilah daleh lain, alasam yang boleh diterima akal sedikit.

"Mungkin Najib takut dikejar hantu Altantuya kot? Yalah, Penanti adalah kubu Anwar, takkan Najib nak mengulangi sumpahnya lagi sepertimana yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu," soal pensyarah sains politik tadi.

Mendengar saya ketawa di hujung talian, beliau menegaskan, "Lutfi, isu Altantuya bukan soal remeh, Najib betul-betul risau ...."_

SAMAN RM63,000,000.00 (RM63JUTA)-Pahang Bakal Bankrap????

Isu Pembalakan: Saman RM63 Juta Oleh Seruan Gemilang Makmur, MB Pahang Mohon Tangguh Perintah Buat Bayaran Untuk Syarikat Terbabit
KUANTAN- Satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, esok bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memerintahkan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, membayar RM63 juta kepada sebuah syarikat berhubung kegagalan mematuhi kontrak konsesi balak. Ini disahkan oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mat Zara'Ai Alias, ketika dihubungi hari ini. Mahkamah Tinggi Kuantan semalam mengarahkan Adnan melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan Pahang. Dalam satu sidang media di sini, hari ini, Adnan berkata bayaran itu tidak dapat dilunaskan kerana kes itu belum diselesaikan. Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah Mahkamah Persekutuan membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas kerajaan negeri gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000. Adnan berkata, kes kerajaan negeri itu ditolak atas sebab teknikal dan kerajaan negeri tidak berpeluang membentangkan kes dengan sewajarnya. "Kita sudah memfailkan permohonan baru pada 22 Disember tahun lalu dan ini akan didengar Jumaat ini," katanya. Adnan menjelaskan kes saman itu membabitkan syarikat pembalakan dengan kerajaan negeri dan bukan dirinya seorang kerana laporan yang disiarkan media menggambarkan seolah-olah saman itu adalah antara beliau dan syarikat terbabit.

*****INGATKAN BN ni pandai sangat memerintah,rupanya memerintah sampai nak bankrap.
ADALAH LEBIH BAIK DI BUBARKAN KERAJAAN NEGERI DAN DI ADAKAN PILIHAN RAYA,BAGI PELUANG KEPADA RAKYAT PAHANG UNTUK MEMILIH KEPIMPINAN BARU. RASANYA INI LAH HADIAH BUAT UMNO DAN BARISAN NASIONAL YANG BERIA-RIA SAMBUT KEDATANGAN NAJIB KE KUANTAN TEMPOH HARI,PADA 18 APRIL.

PENUH KAIN RENTANG,BANNER,BANTING UCAP TAHNIAH,ENTAH BERAPA JUTA BN PAHANG HABISKAN DUIT BUAT SEMUA TU DAN BAYAR UPAH KEPADA KONTRAKTOR PEMASANGAN.

MEMBAZIR DUIT TAK TENTU PASAL,KAIN RENTANG BESAR-BESAR UCAP TAHNIAH PADA NAJIB MACAM NAJIB TU RABUN JE. TAK PERLULAH MEMBODEK SAMPAI KE TAHAP TU. UCAP TAHNIAH BERPADA-PADA LAH KALAU DAH TANGGUNG HUTANG SAMPAI NAK TERGADAI NEGERI.******

Tuesday, April 21, 2009

WAHYU

Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,
Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan.
Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam
Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:
Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah
mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti
cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk
berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda
beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui
keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian
Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya.
Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di
Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata:
Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan:
Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan.
Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:
Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali
kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia
berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka
dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan
aku seraya berkata:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Al-Alaq: 1-5)

Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan
Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."
Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan
menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang
hak."

Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin
Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang
lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam
bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata:

"Wahai sepupuku,
dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:
"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata:
"Ya.
Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan
dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."
Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti
sementara waktu.
Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui
Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa
sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5). Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata:

"Wahai Muhammad,
kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak
kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak mara mahupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus tercegat berdiri, tidak ke depan mahupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutuskan utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat).

Monday, April 20, 2009

PEMUDA PAS TAMAN TAS - Jawatan Kosong

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sunday, April 19, 2009

Ulama' Jangan Hina Professional - Professional Jangan Hina Ulama'

Saya baru kembali dari Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Paya Besar,Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun nampak kekurangan sedikit sebanyak. Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Yahaya menang tanpa bertanding. Saf pimpinan tiada muka baru,semuanya muka lama kekal dipilih.

Saya tertarik dengan ucapan perasmian yang telah dibuat oleh seorang Ustaz,YDP Kawasan berhampiran Kawasan Paya Besar yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Paya Besar.

Dalam ucapan beliau,beliau menyatakan agar biarlah golongan Ulama sahaja yang diangkat sebagai pemimpin.

Saya agak terkilan dengan ucapan beliau. Kebetulan saya telah dicalonkan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan. Bukan saya yang meminta jawatan tersebut,tetapi telah dicalonkan tanpa pengetahuan saya sendiri. Saya bukan Ulama',tapi golongan professional,bekerja sebagai Pengarah Urusan beberapa syarikat perniagaan. Saya banyak terlibat dengan golongan koperat dan professional. Namun begitu dengan kehendak Allah dicalonkan juga untuk bertanding.Begitu juga dengan ramai calon-calon lain,bukannya semua bertaraf ustaz,tapi dari pelbagai latar belakang,dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,bukan mencalonkan diri sendiri seolah-olah gila kuasa.

Saya memerhatikan bahawa seolah-olah timbul satu fahaman bahawa golongan professional ini jahil agama dan tidak boleh memimpin. Mengapa ulama' perlu menghina golongan professional?...apakah golongan professional ini "gilakan kuasa",apakah golongan professional ini "tamak harta"...."gila pangkat"....

Sepatutnya tidak boleh sama sekali seorang perasmi mesyuarat agung melobi agar dipilih ulama' sahaja....menghentam golongan professional secara terbuka sedangkan turut ada dalam senarai pencalonan ialah golongan professional yang dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,dicalonkan oleh ahli-ahli lain yang melihat karisma mereka.

Ulama' jangan sesekali mengecilkan skop makna ulama'....ulama' bukan sahaja bermakna golongan yang pandai agama sahaja.....ulama' bermaksud "orang yang berilmu"....ilmu yang membawa kepada hampirnya diri kepada Allah...skop maksud ulama itu teramat luas...seorang saintis,seorang arkitek,seorang jurutera,seorang ahli perniagaan,seorang guru,seorang pensyarah,seorang pakar ekonomi juga adalah ulama selagi mereka beriman kepada Allah dan mereka menggunakan ilmunya untuk Islam.

Dalam PAS sendiri kita boleh melihat contoh Naib Presiden,Husam Musa. S/U Agung PAS Dato' Kamarudin Jaa'far dan ramai lagi termasuk YB Salahudin Ayub,Mahfuz Umar,Muhammad Sabu,mereka ini semuanya adalah golongan professional yang beriman kepada Allah dan mereka alim dalam bidang mereka. Mereka gunakan ilmu mereka untuk tujuan Islam....bukan kepentingan diri.

Mengapa boleh berlaku dalam suasana pemilihan akan diadakan,seorang perasmi bertaraf Ustaz berkempen agar memilih Ulama' sahaja dan pada masa yang sama menghina dan memperlekeh golongan professional. Kelihatan seolah-olah golongan Ulama' ketakutan kehilangan kuasa....

Ulama' sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana golongan professional turut bersama mereka membantu perjuangan Islam. PAS sendiri sepatutnya merasa gembira kerana dibantu dan dipimpin oleh gabungan Ulama' dan Professional. Bayangkan kiranya hanya Ulama' sahaja yang memimpin tetapi tidak disokong oleh golongan professional.

Pemimpin-pemimpin PAS terdiri dari gabungan Ulama' dan Profesional,bukan hanya Ulama' dan bukan hanya professional.

Pemimpin-pemimpin PAS hendaklah lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka selepas ini demi kesinambungan perjuangan Islam,bukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hendak membawa PAS kembali kebelakang. Ingatlah bahawa DS Nizar,Al Marhum Prof Dzulkifli Muhammad,Dr.Hasan Ali dan ramai lagi adalah antara pendukung PAS dari golongan professional yang telah dan sedang berjuang dalam PAS dengan penuh keikhlasan.

Oleh sebab yang demikian,Ulama Janganlah Menghina Professional dan Professional Janganlah Menghina Ulama',tetapi bergabunglah demi kepentingan Islam.

Saturday, April 18, 2009

TEKS PERBINCANGAN USRAH MINGGU NI-17 April

PESAN TERAKHIR
Wahai MUJAHID DAKWAH!
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lam.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau
ditingga]kannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-mengumtum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah tolan penolong engkau di medan bakti?
Wahai MUBALIGH ISLAM!
Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama, Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kemarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seroang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna
dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi langsungnya prijuangan Cita ke depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam ke depan setelah ini.
Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.

Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan teman seiringmu juga.
Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu. Mereka adalah anak dan zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan sudut-sudut yang gelap.

Wahai si JURU DAKWAH!
Kini engkau telah sampai ke tonggak sejarah. Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan, terletak pesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dan tempat itu hidup kenangan lama. Masa lalu penuh keharuan dan kenangan.
Duri dan derita, dera dan kepapaan, keringat dan airmata.
Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu. Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah, dengan horizon yang tajam.
Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.
Tahukah engkau, bahawa engkau hanyalah sebuah mata dan rantai sejarah yang panjang itu? Telah lalu beberapa kafilah dan kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya. Sungai airmata dan titisan darah sepanjang jalan yang membentang dan pangkal hingga ke hujung yang tidak
kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan. Romantik dan heroik zaman silam masih menggemakan gentasuara di tengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan
menyeiuruh kepada angkatan kemudian.
Daftar para Syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada yang hidup, bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia. Dan celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita yang masih hidup.
Dan lihatlah pula kafilah hidup yang sudah mendesak juga ke batas perhentian.
Masa kini rupanya “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi

Wahai si TUKANG SERU!
Emtah berapa lagi jatah umar engkau yang masih tinggal, kita tak tahu.
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?
Sejarah berjalan terus, lampau dan datang, kini dan nanti.
Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?
Masa yang akan datang penuh rahsia, tersimpan dalam kandungan ghaib, misteria gelap bagi kita. Masa silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?
Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dan puncak zaman sekarang? Dalam kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.
Engkau kini berada di antara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa. Engkau kini berada antara idealisme dan realisme dunia.
Idealisma yang engkau miiki dan realisme dunia yang engkau hadapi.
Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan sentiasa.
Sanggupkah engkau lalu di tengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?
Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?
Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!
Jalan ini masih panjang, rantau masihjauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah peijalanan ini.
Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu, — aku pun tidak.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalang ramping itu telah jauh ke tengah.
Awan menyerang kiri dan kanan, gelombang mengganas dan badai menghempas.
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.
Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas ke selamatan pelayaran ini.
Kini kita telah jauh berada ditengah. Pelabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang ranah-tanah tapi belum jua tampak.

Wahai MUJAHID ISLAM!
Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan. Engkau dan Umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga diri sendiri.Tak ada tolan penolong selain Dia semata, yang melindungi kita dan awal mula sampai hari ini.Jalan masih panjang, rantau Cita masih jauh. Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh rasanya.
Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.
Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti: setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan menyingsing.
Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.
Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat. Di halaman langit tak ada bintang. Berfikirlah sejenak dan melihatlah ke atas ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dan sebutir terang di halaman langit.

Wahai UMAT RISALAH!
Dengarlah suara Bilal bergema dan ufuk ke ufuk!
Dengarlah seruan azan bersahut-sahutan dan Menara ke Menara!
Renunglah suara Takbir berkumandang di mana mana, memanggil Umat ini dengan kalimat sakti: Hayya ‘alah Syalah! Hayya ‘ala! Falah! Marilah Sembahyang, marilah Menang!
Engkau pandanglah Umat Jama’ah itu berdiri bersyaf-syaf di belakang seorang Imam, Ruku’ dan Sujud bersama-sama.
“Suatu pandangan dari udara atas dunia Islam pada saat sembahyang, akan memberikan pemandangan dan sejumlah lingkaran konsentrasi yang terdiri dan kaum Muslimin, dengan jari-jarinya yang bertitik-pusat di Ka’bah di Mekah, dan yang terus mengambil tempat yang lebih luas, dan Sierra Leone sampai ke Kanton
dan dan Toboisk sampai Tanjung Pengharapan”, — demikian Philip K. Hitti melukiskan kaum Muslimin dikala menyembah Tuhannya.
Engkau lihatlah mereka di dalam Masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana tekanan masa, dengan sepi di tengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah,
masih berdiri menegakkan Splat. Kaum Muslimin itu masih tetap melakukan ‘ibadah kepada Tuhannya, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dan udara menolong kaum yang lemah ini.
Wahai Tuhanku, kalaulah adalah di antara Umat ini yang berhak menerima Ridha dan Ma’unahMu, —kalau adalah di antara Umat ini yang berhak menerima bantuanMu, mereka itulah dia! Merekalah yang berhak menerima gemilang sayang Mu
dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah, mengangkat kaum yang tertindas!

Wahai UMAT DAKWAH!
Amanat perjuangan itu kini jatuh ke tangan kaum yang lemah Dhu’afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana tak ada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan Umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu ‘afaikum! (Hadis).
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.
Bimbinglah tangan Umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiarkan Umat ini ditelan kesepian; jangan dibiarkan Umat ini ditakuti oleh hantu-kesangsian, tanpa pimpinan.
Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthousiasme. Sinarkan apatisme dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak dan kenyataan!
Denyutkan kembali jantung Umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah Tauhid mereka!
Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.
( Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َا تَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ Ø£َØ­ْبَبْتَ ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÛŒَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ† ÛŒَØ´َاء ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ بِالْÙ…ُÙ‡ْتَدِینَ ( 56
“Sesungguhnya Engkau (Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang kau kasihi,tetapi Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya,dan DIA mengetahui dengan golongan yang diberikan petunjuk.”
Al Qashash: 56.

Friday, April 17, 2009

ANWAR DAN NAJIB SAMA-SAMA DI KUANTAN 18 APRIL

Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di Kuantan pada 18 April ini (Sabtu).

Menurut sumber KeAdilan Pahang, Anwar dijadualkan akan merasmikan Ibu Pejabat KeAdilan Pahang yang baru di jalan Beserah berhadapan Poliklinik Beserah.

Sehubungan itu majlis jamuan bersama rakyat akan diadakan mulai jam 5.00 petang manakala ceramah umum membabitkan Anwar dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pahang akan diadakan pada jam 9.00 malam di tempat sama.

Ini adalah kali pertama Anwar datang ke Pahang selepas Pakatan Rakyat menang dalam dua pilihan kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 7 April lalu serta peralihan kuasa Abdullah-Najib 3 April lalu.

Anwar dijangka akan memperjelaskan isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat yang perlu diketahui para pendokong perjuangan oposisi.

Pada hari yang sama juga PM (Perdana Mongolia) akan berada di Kuantan. Mari kita lihat majlis mana dapat sambutan rakyat bawahan tanpa kerahan dan arahan.

Wednesday, April 15, 2009

BUKIT GANTANG- Kenduri Kesyukuran PAS Taman TAS

Pada 12 APRIL,Pemuda PAS Taman TAS dengan kerjasama PAS Cawangan telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena kemenangan PAS dan PR di dua bukit sekaligus bersama program kuliah maghrib Ustaz Suhaimi Saad,Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang.

Program ini adalah program "minit-minit terakhir",langsung tak dibincang dalam mesyuarat. Sekembali dari Bukit Gantang,Sdr.Rahim semasa sedang minum direstoran bersama-sama AJK lain telah terlepas sebut "kita buat kenduri nak?"....

Lalu Sdr.Amran,Sdr.Shideen,Sdr.Rosli,Sdr.Adi dan beberapa sahabat lain terus setuju dan terus rancang ditempat yang sama dan hari yang sama. Terus dicari tukang masak,terus dicari sumber kewangan dan hasilnya Alhamdulillah pada malam itu jugak kita dapat kumpul lebih kurang RM1500.00. Terus di tempah kambing dari Sdr.Azman dan terus diatur menu. Malam itu jugak Sdr.Rahim siapkan iklan promosi bersama risalah jumaat.

Alhamdulillah...hasilnya sungguh mengejutkan. Buat sesuatu kerana Allah sudah pastinya akan datang pertolongan Allah. Semua persiapan dibuat dengan rapi tanpa sebarang kerenah birokrasi. Syukur kepada Allah kerana telah membantu kita.

Kehadiran luar jangkaan. Kuliah Ustaz Suhaimi mendapat sambutan hebat. Tak muat PASTI AL-HUDA,solat Isya' sampai melimpah keluar. Berikut antara gambar-gambar yang sempat saya ambil,maaf sebab lambat update,malam tersebut makcik saya telah meninggal dunia dan saya pulang ke kampung. Baru hari ini saya dapat update.

2 ekor kambing dengan kehadiran lebih kurang 200 orang...


















Sunday, April 12, 2009

ALLAH SEBAGAI PENOLONG

Saudara,
Yang dapat membantu kita untuk ltu adalah "taqwa kepada Allah", baik ketika
sendiri mahupun di tengah keramaian, juga "yakin akan janji Allah", yang tiada
keraguan di dalamnya.

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan
mengerjakan amal-amal shalih bahwa Dia sungguh sungguh akan menjadikan mereka
berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah
diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka berada dalayn ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap
menyembah~Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku.
"(An-Nur:; 55)

Di samping itu, kita harus membekali diri dengan ikatan kasih sayang yang
mendalam untuk meneguhkan hati dan mengokohkan pijakan bersama Kitabullah dan
syariat Allah yang jelas.

Untuk kefakiran kukenakan pakaian kebesaran
Untuk kesabaran kupilin tali yang panjang
Aku bersabar kerana tekad, bukan kerelaan
Dan kubangun dakwahku, generasi demi generasi

Allah swt. berfirman,
"Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertaqwalah kalian kepada Allah supaya kalian beruntung." (Ali Imran: 200)

Friday, April 10, 2009

KENDURI KESYUKURAN

SEMPENA KEMENANGAN PAS DI BUKIT GANTANG,PAS TAMAN TAS AKAN MENGADAKAN KENDURI KESYUKURAN PADA 12 APRIL 2009. PROGRAM BERSAMA KULIAH MAGHRIB. GOTONG-ROYONG MEMASAK AKAN BERMULA SELEPAS ZOHOR DI PASTI AL-HUDA. KAMBING 2 EKOR,IKAN 10 KILO. PENDUDUK SEKITAR TAMAN TAS DI JEMPUT HADIR,SYARATNYA DENGAR KULIAH SEKALI. KULIAH MAGHRIB USTAZ SUHAIMI SAAD,KETUA PEMUDA PAS NEGERI PAHANG. AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Thursday, April 9, 2009

GAMBAR-GAMBAR KONVOI PAS TAMAN TAS KE BUKIT GANTANG


MINUM DI BUKIT GANTANG - KEPENATAN-KAMI SAMPAI SEKITAR JAM 1 PAGI


SELEPAS MINUM KAMI TERUS KE MASJID INI. MASJID A'LA,MEMBERSIHKAN DIRI DAN TIDUR MENUNGGU SUBUH.

BERKUNJUNG KE BILIK GERAKAN PAS PAHANG...SEBELUM MEMULAKAN KONVOI.....


HIAS KERETA DI MASJID A'LA....BMW MILIK SDR.RAHIM DAN NAZA SDR AMRAN....MASA NI RAMAI AHLI PAS LAIN DATANG MEMBANTU DAN KAMI BERKONGSI BENDERA DAN POSTER. NASIB KAMI BAWA BENDERA BANYAK....







ANTARA BANNER DAN POSTER MENARIK YANG KAMI TEMUI...YANG GAMBAR ISMAIL SAFIAN DI DANOK NI TAK TAHULAH SIAPA YANG TAMPAL...BANYAK KELIHATAN....RASANYA MUNGKIN ADA UNSUR SABOTAJ DARI BN SENDIRI YANG TAK SUKA KAT DIA. DI FAHAMKAN ISMAIL DAH BUAT LAPORAN POLIS MENGATAKN GAMBAR INI SUPER IMPOSE....ZAHID HAMIDI PULAK PI KONSERT SEPARUH BOGEL....TAK TERCABUT PULAK KUPIAH DIA...MALULAH SIKIT WOI KAT KUPIAH TU....



ANTARA BENDERA PELIK YANG KAMI TEMUI....KELIHATAN BENDERA PAS DI ATAS SEKALI,DI IKUTI BENDERA BN DAN PKR....ENTAHLAH....SATU BATANG KAYU,TIGA PARTI KONGSI....AGAKNYA BN PUN ADA NIAT NAK SERTAI PAKATAN RAKYAT

SOLAT ZOHOR DI MASJID BERHAMPIRAN TEMERLOK....USTAZ BADRUL AMIN MENGIMAMKAN SOLAT...

BERHENTI ISI MINYAK....




DERETAN KERETA MEMBAWA BENDERA PAS.....

KONVOI KAMI BERHENTI REHAT DI KAWASAN CHANGKAT JERING. KELIHATAN PEMUDA-PEMUDA CINA DARI KELAB PENYOKONG PAS TURUT SERTA.



BERHENTI MAKAN DURIAN SEMASA PERJALANAN PULANG....SEDANG KAMI MAKAN,GENG WANITA UMNO DAN PEMUDA UMNO PUN SAMPAI,MAKAN DURIAN DENGAN WAJAH SEDIH JE SEMUA. RASANYA YANG JUAL DURIAN TU PUN UMNO. BILA LIHAT WAJAH-WAJAH WANITA UMNO...DAH KELIHATAN TANDA-TANDA MEREKA NAK KALAH...MACAM ADA HAL TAK PUAS HATI JE....

PERJALANAN PULANG...KENANGAN DI BUKIT GANTANG BANYAK MEMBERIKAN PENGALAMAN KEPADA KAMI SEKALIGUS MENAMBAHKAN KENALAN SERTA MENGERATKAN UKHWAH SESAMA KAMI. MOGA ALLAH MERAHMATI USAHA KAMI.