IKLAN BERBAYAR

Sunday, April 19, 2009

Ulama' Jangan Hina Professional - Professional Jangan Hina Ulama'

Saya baru kembali dari Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Paya Besar,Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun nampak kekurangan sedikit sebanyak. Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Yahaya menang tanpa bertanding. Saf pimpinan tiada muka baru,semuanya muka lama kekal dipilih.

Saya tertarik dengan ucapan perasmian yang telah dibuat oleh seorang Ustaz,YDP Kawasan berhampiran Kawasan Paya Besar yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Paya Besar.

Dalam ucapan beliau,beliau menyatakan agar biarlah golongan Ulama sahaja yang diangkat sebagai pemimpin.

Saya agak terkilan dengan ucapan beliau. Kebetulan saya telah dicalonkan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan. Bukan saya yang meminta jawatan tersebut,tetapi telah dicalonkan tanpa pengetahuan saya sendiri. Saya bukan Ulama',tapi golongan professional,bekerja sebagai Pengarah Urusan beberapa syarikat perniagaan. Saya banyak terlibat dengan golongan koperat dan professional. Namun begitu dengan kehendak Allah dicalonkan juga untuk bertanding.Begitu juga dengan ramai calon-calon lain,bukannya semua bertaraf ustaz,tapi dari pelbagai latar belakang,dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,bukan mencalonkan diri sendiri seolah-olah gila kuasa.

Saya memerhatikan bahawa seolah-olah timbul satu fahaman bahawa golongan professional ini jahil agama dan tidak boleh memimpin. Mengapa ulama' perlu menghina golongan professional?...apakah golongan professional ini "gilakan kuasa",apakah golongan professional ini "tamak harta"...."gila pangkat"....

Sepatutnya tidak boleh sama sekali seorang perasmi mesyuarat agung melobi agar dipilih ulama' sahaja....menghentam golongan professional secara terbuka sedangkan turut ada dalam senarai pencalonan ialah golongan professional yang dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,dicalonkan oleh ahli-ahli lain yang melihat karisma mereka.

Ulama' jangan sesekali mengecilkan skop makna ulama'....ulama' bukan sahaja bermakna golongan yang pandai agama sahaja.....ulama' bermaksud "orang yang berilmu"....ilmu yang membawa kepada hampirnya diri kepada Allah...skop maksud ulama itu teramat luas...seorang saintis,seorang arkitek,seorang jurutera,seorang ahli perniagaan,seorang guru,seorang pensyarah,seorang pakar ekonomi juga adalah ulama selagi mereka beriman kepada Allah dan mereka menggunakan ilmunya untuk Islam.

Dalam PAS sendiri kita boleh melihat contoh Naib Presiden,Husam Musa. S/U Agung PAS Dato' Kamarudin Jaa'far dan ramai lagi termasuk YB Salahudin Ayub,Mahfuz Umar,Muhammad Sabu,mereka ini semuanya adalah golongan professional yang beriman kepada Allah dan mereka alim dalam bidang mereka. Mereka gunakan ilmu mereka untuk tujuan Islam....bukan kepentingan diri.

Mengapa boleh berlaku dalam suasana pemilihan akan diadakan,seorang perasmi bertaraf Ustaz berkempen agar memilih Ulama' sahaja dan pada masa yang sama menghina dan memperlekeh golongan professional. Kelihatan seolah-olah golongan Ulama' ketakutan kehilangan kuasa....

Ulama' sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana golongan professional turut bersama mereka membantu perjuangan Islam. PAS sendiri sepatutnya merasa gembira kerana dibantu dan dipimpin oleh gabungan Ulama' dan Professional. Bayangkan kiranya hanya Ulama' sahaja yang memimpin tetapi tidak disokong oleh golongan professional.

Pemimpin-pemimpin PAS terdiri dari gabungan Ulama' dan Profesional,bukan hanya Ulama' dan bukan hanya professional.

Pemimpin-pemimpin PAS hendaklah lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka selepas ini demi kesinambungan perjuangan Islam,bukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hendak membawa PAS kembali kebelakang. Ingatlah bahawa DS Nizar,Al Marhum Prof Dzulkifli Muhammad,Dr.Hasan Ali dan ramai lagi adalah antara pendukung PAS dari golongan professional yang telah dan sedang berjuang dalam PAS dengan penuh keikhlasan.

Oleh sebab yang demikian,Ulama Janganlah Menghina Professional dan Professional Janganlah Menghina Ulama',tetapi bergabunglah demi kepentingan Islam.

No comments:

Post a Comment