Assalamualaikum wbt.
Hari ini 6 April 2009,Isnin. Pemuda PAS Cawangan Taman TAS akan bertolak ke Bukit Gantang beberapa jam dari sekarang,maklumlah semua kerja,cuti tidak diluluskan dan bermacam-macam kesulitan ditempuhi bersama untuk menjayakan konvoi ke Bukit Gantang. Moga Allah memberikan kemudahan dan kelapangan kepada kita semua dalam usaha memenangkan Islam dan perjuangan Islam.
Konvoi hari ini Insya Allah menaiki dua buah kereta,BMW 525 SE milik Sdr.Rahim dan Naza milik Sdr.Amran. Insya Allah. Antara yang turut serta ialah,Sdr.Rosli,Sdr.Adi,Sdr.Shideen,Hj.Zaharudin,Sdr.Azman dan Sdr.Zali.
Kita ke Bukit Gantang,Perak dengan mengikhlaskan niat kepada Allah. Pergi untuk Islam,bekerja untuk Islam. Walaupun sebanyak mana pun manusia menolak kebenaran dan hakikat Islam mewajibkan berpolitik atas kedangkalan pemikiran dan ilmu,kita yang telah mengikuti tarbiyyah hendaklah membulatkan tekad dan iltizam untuk bersama barisan perjuangan Islam.
Seumpama menggenggam bara api,kita bersama dalam perjuangan Islam. Biarpun pemimpin Barisan Nasional berubah ganti,tetapi selagi hakikat menegakkan hulum Allah tidak terlaksana,selagi Islam terus dipinggir,selagi maksiat berleluasa,selagi Al-Qur'an terus disisih,kita tidak akan berganjak dari medan perjuangan. Biarpun jihad kita tidak sehebat jihad para pejuang HAMAS di Palestin,tidak memegang senjata seperti mereka,tapi disisi Allah,perjuangan untuk menegakkan agamaNya tetap murni. Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya,Al-Qur'an dan Sunnah adalah dasar ketetapan Allah sebagai panduan,namun BN terus menyisihkan dua sumber utama ini,apatah lagi ijma' Ulama dan Qias.
Najib terus dikongkong bayangan Altantuya,pilihanraya kecil ini menjadi medan ujian yang teramat besar,masa depan politik BN tertumpu disini. Masa depan dan keyakinan rakyat keatas pemimpin baru BN akan dinilai dsini. Medan ini adalah medan ujian yang teramat besar. Najib akan buat apa sahaja bagi menarik minat rakyat dan pengundi,menutup aib dan memadam arang-rang yang pernah terconteng diwajahnya.
Pakatan Rakyat sewajibnya melangkah dengan "gah",bukan kerana ego atau berbangga diri,tetapi bergerak dengan suatu ilitizam keyakinan bahawa masa depan adalah ditangan mereka yang berjuang atas dasar kebenaran,keadilan yang termaktub dalam Islam.
Biarpun rasa takut,risau menyelubungi diri-diri kita yang kerdil ini,tetapi apabila melangkah ke medan,marilah kita melangkah seperti para sahabat Rasulullah SAW semasa memasuki Makkah diperistiwa Fathul Makkah,walaupun mereka penat berjalan berhari-hari dari Madinah ke Makkah,tiba sahaja di Makkah,mereka melangkah dengan "izzah Islam",keyakinan,harapan dan kesyukuran bahawa MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM.
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan.....
Kalah dan menang adalah ketentuan Allah,yang penting....kita usaha...jangan kita tersungkur dilapangan dakwah sebelum kita mengatur langkah. Awasilah....HARTA,TAKHTA dan WANITA.......moga ALLAH menjadikan kita ini hamba-hamba yang tulus ikhlas dan sentiasa memberikan taufik dan hidayahNya untuk kita terus melangkah agar tidak tersilap langkah yang mebuatkan kita tersungkur rebah.
ISLAM PASTI MENANG......itulah JANJI ALLAH........cepat atau lambat.....kita hendaklah terus berusaha.
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment