Eksklusif: Pilihanraya Kecil Penanti, Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang & Exco Wanita Pusat , Aminah Abdulah Tawarkan Diri Jadi Calon Bebas
PETALING JAYA [12.03 pm] - Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan.Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas. “Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti,” kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR. “Saya terpanggil untuk bertanding… saya sudah membuat keputusan untuk bertanding,” kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007. Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran penyandangnya meletakkan jawatan Khamis lalu.
Penanti yang dilihat sebagai kerusi kuat PKR merupakan salah satu bahagian DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diterajui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. UMNO, parti komponen BN, akan bermesyuarat Jumaat ini sama ada mahu meletakkan calon ataupun sebaliknya. Sambil menjelaskan sudah pun membuat persiapan untuk bertanding di Penanti, Aminah berkata, beliau memutuskan bertanding atas prinsip mahu menegakkan keadilan dan kebenaran. “Bagi saya menang atau kalah tidak kisah… memanglah kita bertanding untuk mencapai kemenangan, tapi tujuan saya mengambil keputusan untuk bertanding ialah kerana mahu menegakkan keadilan dan kebenaran,” kata Aminah, sambil menambah, beliau bertanding bukan untuk membalas dendam terhadap kepimpinan PKR. “Sebagai parti PKR adalah baik, tapi orang dalam parti itu bermasalah,” katanya. Aminah, 56, yang menjalankan perniagaan ukiran dan perabot bersama suaminya berkata, “dalam Keadilan (PKR), kini sudah tidak ada ketelusan.” “Bagi saya, dulu waktu Keadilan ditubuhkan kita berjuang untuk rakyat… tapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah keluar (dari penjara tahun 2004), ramai orang mula merebut jawatan. Saya merasakan perjuangan PKR sudah tiada hala tuju,” kata ibu kepada empat orang anak ini.
[Biarpun Aminah Abdullah sanggup bertanding atas calon bebas, namun kemeriahan tidak akan terasa sebanarnya jika BN tidak meletakkan calonnya. Bukan sahaja kemeriahan, malah rakyat di Penanti juga tidak merasa untuk mendapat "durian runtuh" atau "projek mee segera" jika ini berlaku. Justeru itu UMNO Permatang Pauh harus merayu dan melobi supaya pilihanraya kecil tetap juga disertai BN demi menjaga periuk nasi mereka. Jika tidak, projek juta-juta ringgit tidak akan turun sekiranya BN tidak menyertai kali ini. Apapun kami terfikir juga, apakah SPR dan pihak polis akan bertugas seperti biasa jika BN tidak sertainya. Kemungkinan besar polis pun tidak akan memantau atau diarahkan menjaga perjalanan pilihanraya tersebut jika BN tidak bertanding. Ini bagi tidak membuang masa mereka di sana nanti. Kenyataan Aminah bahawa bukan bertanding untuk menang, jelas sekali akan "menjerat dirinya" sendiri. Semua orang bertanding untuk menang, tetapi rupanya Aminah adalah antara calon wanita yang tewas dulu dan kini masih bersedih hati]
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment