IKLAN BERBAYAR

Thursday, April 2, 2009

LPT-"LEBUHRAYA PANTAI TIMUR"-"LEBUHRAYA PENUH TONG"


Saudara...LPT adalah antara projek gah Barisan Nasional yang telah diserahkan kepada MTD....

East Coast Expressway Phase 1 (ECE1)
It was a year of improved performance for the division, emanating from much improved operating conditions and efficiency achieved. Contribution from MTD Construction Sdn Bhd (‘MTDC’) augurs well for the division’s prospects in the near and medium term. The division registers a combined pre-tax profit of RM25.6m, a marked improvement as compared to the previous year. This is on the back the acceleration of works at the RM1.3bn East Coast Expressway Phase 1 project (‘ECE1’).

Existing outstanding orderbook remains sanguine at RM1.0bn as at 31 March 2002. In addition to ECE1, the division maiden venture in India worth approximately RM175m went underway in the period under review. This is expected to keep the division occupied over the next two years. Efforts are underway to look for projects in the
domestic and overseas markets, which is in line with its on-going earnings diversification plans.

The division is expected to benefit immensely from the Federal Government pump priming efforts in the near and medium term. The Federal Government recent intention to resume construction of ECE2, which is a continuation of ECE1, is expected to strengthen its existing outstanding orderbook further. In addition to bidding for Federal Government funded and privatisation projects, the division is expected to
benefit from the spin-off benefits generated from its newly acquired subsidiary, Metacorp Bhd which is likely to be involved in some road upgrading works within its concession area and property development.



Demikianlah antara petikan dari lama sesawang MTD Berhad. Kita boleh melihat bahawa projek LPT Fasa 1 bernilai 1.3 billion dan MTD terus mengaut keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 25.6 juta. Fasa dua projek LPT antara Pahang dan Terengganu tidak kurang hebatnya. Bernilai hampir RM 1.4 Billion.

Lebuhraya sepanjang 169 KM dengan 8 susur keluar dan tol. Kadar tol anatara Karak - Kuantan ialah RM 19.60 dan kadar antara Karak-Gambang ialah RM 16.90.

Persoalannya. Sejak dibuka pada tahun 2002 hingga kini LPT tak pernah siap-siap. LPT sering dipenuhi oleh "tong-tong merah" (kon-kon),sering ditutup sebelah,berlubang disana-sini dan antara lebuhraya pembunuh utama di Malaysia. Bayaran tol sepatutnya dilupuskan hingga LPT benar-benar siap,tol dikenakan adalah untuk perkhidmatan kononya,tetapi apabila perkhidmatan yang disediakan amatlah teruk,apa guna tol? Seseorang itu sanggup membayar tol yang mahal kerana mahukan perjalanan yang selesa,pemanduan yang tenang dengan kelajuan 110 km/jam. Namun apakan daya.....keadaan di LPT sama-sekali tidak memberikan ketenangan dan kedamaian pemanduan.

Jalan penuh lopak,beralun-alun,bergelombang dan hampir setiap 10km ada sahaja susur ketepi kerana jalan ditutup sebelah. Keadaan ini berlaku sejak LPT dibuka dan hinggalah sekarang. Apakah dalam projek pembinaan pun BN membiarkan prinsip "TERUK! Dulu,kini dan selamanya". Memanglah segala yang sedang dilakukan adalah untuk membaik pulih LPT,tetapi dalam keadaan yang teruk begini MTD yang sedang makan hasil suapan rakyat Malaysia perlulah memikirkan untuk melupuskan tol atau sekurang-kurangnya "diskaun lah 90 peratus".....kan untung dah banyak tu.





Kerajaan pula.....sedarlah dari mimpi.....ingatlah,tiada seorang pun hamba Allah yang melalui LPT berpuas hati dengan kadar tol berbanding perkhidmatan yang amatlah teruk ini. Menggunakan LPT hanyalah "penggunaan dalam keterpaksaan".

No comments:

Post a Comment