IKLAN BERBAYAR

Friday, April 24, 2009

SAMAN RM63,000,000.00 (RM63JUTA)- Elok MB letak jawatan!

Eksklusif: Kes Saman Isu Balak RM63 Juta, Adnan Yaakob Dianggap Melanggar Perintah Mahkamah Bila Enggan Membayar Ganti Rugi Kepada SGMSB
KUANTAN [2.30 pm] - Kedegilan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan Kerajaan Negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah. Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari. "Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut. "Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu. "Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini. Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Zara'ai Alias. Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka. "Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi di masa hadapan.
[Kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan rakyat Pahang sendiri, malahan juga kepada rakyat Malaysia seantero dunia. Sepatutnya ia sudah lama diselesaikan di meja rundingan antara kedua-dua belah pihak, kerana keputusan kes telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Sudah jelas bahawa syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd telah menang dan wajar mendapat gantirugi. Rakyat tidak perlu tahu apa yang berlaku antara kedua-dua belah pihak sebelum ini. Mereka hanya perlu tahu, kenapa kes ini tidak diselesaikan secara profesional dan tidak mengaibkan Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Apakah rakyat yang terpaksa menanggung kesilapan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan?. Dalam hal ini pihak terbabit tidak boleh lagi mencabar keputusan mahkamah,walaupun kami difahamkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan yang membuat keputusan kes terbaru ini telah ditukarkan beberapa bulan yang lalu gara-gara kes ini. Namun keadaan menjadi sebaliknya, bila beliau masih lagi menjadi hakim kes berkenaan. Ini sungguh memeranjatkan dan diketahui oleh ramai peguam terkenal di negeri Pahang ini. Hakim yang bersikal adil akan ditukar, sama seperti Hakim S.M Koomathy dalam kes perpindahan mahkamah Anwar Ibrahim dulu. Beliau dicutikan dan digantikan dengan hakim yang baru. Justeru itu, rakyat berhak menilai kedudukan yang ada sekarang. Apakah tragedi sebuah Kelab Golf (Astanan Golf & Country Club) iaitu Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang disita gara-gara gagal menjelaskan bayaran pinjaman RM30 juta kepada Agro Bank akan berlaku pula kepada Kerajaan Negeri Pahang sendiri kali ini.

No comments:

Post a Comment