Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,
Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan.
Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam
Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau:
Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah
mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti
cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk
berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda
beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui
keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian
Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya.
Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di
Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata:
Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan:
Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan.
Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata:
Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali
kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia
berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka
dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan
aku seraya berkata:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Al-Alaq: 1-5)
Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan
Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."
Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan
menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang
hak."
Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin
Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang
lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam
bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata:
"Wahai sepupuku,
dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda:
"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata:
"Ya.
Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan
dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku."
Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti
sementara waktu.
Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui
Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa
sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5). Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata:
"Wahai Muhammad,
kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak
kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak mara mahupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus tercegat berdiri, tidak ke depan mahupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutuskan utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat).
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment