Pada hari ini 3 April 2009,Jumaat,jam 9.30 pagi,Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Maka telah sempurnalah teori " RAHMAN" dalam sistem perlantikan PM Malaysia. Rahman,Abdul Razak,Hussein Onn, Mahathir , Abdullah dan akhirnya Najib.
Sebenarnya apabila kita fikir kembali, apabila sesuatu itu telah sempurna maka akan berlaku suatu peristiwa besar. Contohnya,apabila Rasulullah SAW membaca ayat Al-Qur'an yang bermaksud " Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu,dan aku telah sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha ke atas kamu Islam sebagai agama"...maka para sahabat Rasulullah SAW ada yang berteriak menangis kerana telah tahu bahawa Rasulullah SAW akan wafat tidak lama lagi kerana misi dakwah baginda SAW telah sempurna.
Kiranya kita fikirkan teori RAHMAN ini,mungkin adalah suatu simbolik akan kehancuran Barisan Nasional dan bakal berakhirnya PM dari Barisan Nasional. Mungkin selepas ini akan terukir sejarah bahawa Perdana Menteri Malaysia bermula dari yang pertama hingga ke enam sahajalah dari Barisan Nasional. Tetapi PM Malaysia yang ketujuh dan seterusnya mungkin dari Pakatan Rakyat pula dan mungkin teori baru ialah teori "ANWAR"....yang dimulakan oleh Anwar sendiri sebagai PM...atau teori HADI yang dimulakan oleh Ust.Hadi....walau apa pun.....hakikat kesempurnaan dakwah Rasulullah SAW adalah sesuatu yang sangat berbeza dengan teori "RAHMAN"....Rasulullah SAW diwafatkan oleh Allah SWT kerana telah sempurna mesej dan wahyu Allah sebagai panduan umat manusia,tetapi teori RAHMAN pula berbeza,berakhirnya PM dari Barisan Nasional kerana mendukung maksiat dan bertambah hina,tiada langsung penghijrahan kearah kebaikan,pemimpin yang menggantikannya pula sangat jijik di mata dunia. Barisan Nasional akan berkubur kelak kerana PM yang ke enam dari Barisan Nasional adalah seorang yang jijik,dibenci oleh kawan dan lawan. Namanya masih belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah didunia ini,skandalnya dan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya tersebar diseluruh dunia.
Rakyat Malaysia pada hari telah kehilangan maruah kerana Najib dilantik menjadi PM. Setiap rakyat Malaysia akan dipandang hina oleh dunia seluruhnya kerana membenarkan Najib menjadi PM. Walaupun kita dari PAS menentang keras perlantikan Najib,tapi kita tetap berasa malu kepada masyarakat dunia seluruhnya diatas perlantikan ini.
Ini lah satu tarikh yang perlu kita ingati bersama. Tarikh kita kehilangan maruah dimata dunia dengan terangkatnya seorang yang jijik menjadi PM.
PAS tetap mencabar Najib untuk saman media antarabangsa yang telah menyiarkan berita skandalnya dan penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kiranya Najib benar,mengapa tidak diambil tindakan? Apakah hanya setakat itu sahaja maruahnya. Pemuda PAS TAMAN TAS berasa amat-amat kecewa dengan perlantikan Najib sebagai PM. Kami berasa amat malu kepada dunia seluruhnya.
Pemuda PAS TAMAN TAS mengajak seluruh penduduk sekitar Taman TAS khusunya dan seluruh rakyat amnya agar cukuplah memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah Najib menjadi PM terakhir dari Barisan Nasional sekaligus BN berkubur bersama-samanya. Biarlah PM yang ke 7 muncul dengan teori baru setidak-tidaknya teori ANWAR atau teori HADI.....
No comments:
Post a Comment